♥ Mianhaeyo! ♥
BAB 1
“Seung Ri!!! Cepat turun sarapan! Dah lambat nak ke sekolah ni. Baru hari pertama dah lambat,” ibunya berleter. Hampir setiap pagi ibunya terpaksa berleter kerana memang sejak dulu lagi Seung Ri memang susah untuk bangun pagi. “Ne! Ne! Ne! Nak turun lah ni. Tak payah sarapan lah, dah lambat. Nanti pandailah saya cari makanan kat tepi jalan nanti, makan masa berjalan. Pergi dulu ye! Annyeong!,” kata Seung Ri. Belum sempat ibunya membalas, Seung Ri sudah pun hilang dari pandangannya.
Sedang Seung Ri berjalan menuju ke sekolahnya, tiba-tiba ada dua suara kuat memanggilnya dari belakang, “Seung Ri!!!!!”. Dia menoleh kebelakang, dilihatnya ada dua orang lelaki yang amat dikenalinya iaitu kawan karibnya sejak sekolah menengah rendah lagi, Kyu Hyun dan Jong Hyun. Mereka pun berlari menuju ke arah Seung Ri dengan riangnya. Kyu Hyun mula berkata, “Hey! Jom pergi sekolah sama-sama! Macam tahun lepas~ Hehe~” Jong Hyun menyampuk, “Hehehe….apa kata kita lari? Korang sedar tak, kita dah lambat! Tak pasal-pasal kena denda pulak nanti!” Belum sempat Seung Ri berkata apa-apa, mereka berdua menarik tangan Seung Ri sambil berlari menuju ke sekolah.
Sesampainya mereka di sekolah, kelihatan semua pelajar sudah pun bekumpul di dewan sekolah untuk perhimpunan. Mereka menebalkan muka mereka lalu berjalan perlahan-lahan masuk ke dewan. Mereka beratur di barisan pelajar tahun 1 kerana mereka masing-masing belum mengetahui kelas mereka. Baru setengah jam perhimpunan berlangsung, Seung Ri sudah pun tertidur di bahu milik Kyu Hyun. Kadang-kadang kepala ditolak Kyu Hyun kerana dia berasa tidak selesa – kepala Seung Ri berat! Jong Hyun pula asyik menahan dirinya daripada tidur. Alangkah malunya jika dia tertidur dan pada masa yang sama, semua pelajar di sekelilingnya melihatnya. Matanya mula merah akibat menahan ngantuknya yang teramat sangat. Kyu Hyun hanya mendengar ucapan guru di hadapan dengan khusyuk tanpa rasa mengantuk walau sedikit. Ayat terakhir yang dikatakan oleh Guru Penolong Kanan HEM adalah, “Semua murid boleh bersurai dan kepada pelajar tahun 1, sila lihat kelas yang anda akan duduki di papan kenyataan di kantin sekolah. Tiba-tiba mata Jong Hyun menjadi segar mendengar ayat itu. Alangkah gembiranya perhimpunan pagi itu sudah tamat. Seung Ri pula serta-merta bangun dari tidurnya.
Dengan semangatnya, mereka berjalan menuju ke kantin bersama pelajar-pelajar tahun satu yang lain. Dengan tekun Seung Ri mencari namanya, “Seung Ri…Seung Ri…Seung Ri…Seung Ri…Seu..ah! Ahaa!! Aku dapat kelas pertama! 1A1! Kelas aliran Sains! Kyu Hyun! Jong Hyun! Aku Nampak name korang same kelas ngan aku!” “Hehehe…memang jodoh kite, sekelas dari mula-mula jadi pelajar dulu sampailah sekarang,” kata Kyu Hyun sambil matanya melihat ke arah papan kenyataan tersebut. “Baguslah tu! Jom masuk kelas! Aku nak duduk depan, baik cepat!,” kata Jong Hyun. Dia memang suka duduk di hadapan, sejak sekolah menengah rendah lagi – katanya dia akan selalu tertidur semasa cikgu mengajar jika dia duduk di belakang.
“Kringggggggggg!,” loceng kedua dibunyikan menandakan waktu rehat bermula. Mereka bertiga berjalan menuju ke kantin. Semasa Seung Ri selesai membeli air, sedang dia berjalan menuju ke meja, tanpa disedari, dia telah melanggar seorang perempuan yang juga selaku rakan sekelasnya – Yoon A. “Erk! Err…maaf ye awak~ saye tak sengaje~”, kata Seung Ri sambil membuat muka tak bersalah. “Erm…takpe. Nanti saya bersihkan baju saye,” kata Yoon A dengan tenang sambil tersenyum. Seung Ri sambung berjalan.
“Kringggggggggg!,” loceng ketiga pula dibunyikan menandakan waktu rehat tamat. Pelajar-pelajar berjalan menuju ke kelas masing-masing. Sebaik sahaja Seung Ri masuk ke kelas, dia ternampak Yoon A masih lagi mengesat-kesat bajunya yang agak kotor terkena air milik Seung Ri semasa rehat tadi. Dia lalu berjalan menuju ke arah Yoon A lalu meminta maaf sekali lagi, “Err…kotor lagi? Saye mintak maaf sangat-sangat! Saye betul-betul tak sengaje tadi!” Yoon A menenangkan Seung Ri yang agak gelabah itu, “Kan saya dah kata tadi, takpe. Saye tak marah pun.” Seung Ri ingin memastikan kata-kata Yoon A, “Err…betul ni? Emm..ok. By the way, chonun Seung Ri imnida.” Yoon A pula perkenalkan dirinya, “Owwh…chonun Yoon A imnida. Nice to meet you!” “Hehe…emm, saya nak perkenalkan dua kawan baik saye, Kyu Hyun dan Jong Hyun,” kata Seung Ri sambil menunjuk Jong Hyun dan Kyu Hyun. Jong Hyun dan Kyu Hyun serentak berkata, “Annyeong!”
Tiba-tiba kedengaran suara merdu berkata, “Annyeong haseyo!” Semua pelajar tiba-tiba bangun. Rupanya salah seorang guru mereka sedang masuk ke kelas mereka. Pada hari pertama persekolahan, seperti biasa, mereka akan menjalankan sesi berkenalan sesama pelajar dan guru. Pada hari pertama ini juga, masih tiada guru yang memberikan kerja rumah untuk disiapkan. Hari ini mereka cuma ‘flashback’ pelajaran subjek-subjek semasa di sekolah menengah rendah.
BAB 2
Sehari berlalu, hari ini guru-guru masih tidak member kerja kepada pelajar-pelajar. Apa yang mereka lakukan hanyalah berbincang tentang buku-buku latihan yang akan digunakan untuk subjek-subjek tertentu dan juga hari-hari tertentu. Seminggu kemudian, guru-guru mula member kerja sekolah. Sebagai permulaan, kerja sekolah yang diberikan hanya memerlukan 1 hingga 2 muka surat buku latihan. Semua pelajar juga berjaya menyiapkannya. Pada minggu ini sudah pasti tiada pelajar yang kena denda akibat tidak menyiapkan kerja sekolah.
Dua minggu kemudian iaitu tiga minggu selepas persekolahan bermula, ramai guru-guru yang mula memberikan kerja sekolah yang banyak! Kerja-kerja ini memerlukan 6 hingga 8 muka surat buku latihan. Masa ini, bagi Seung Ri, semua guru adalah teruk apatah lagi guru kelas mereka yang juga selaku guru subjek bahasa Korea mereka, Kim Tae Hee. Setiap kali masa guru itu pasti diberinya kerja yang bertimbun, melebihi guru-guru yang lain. Sakit hatinya bukan kepalang! Guru itu, sudahlah garang, suka beri kerja sekolah yang banyak, suka mendenda pelajar-pelajarnya, ditambah pula dengan ‘busybody’. Setiap perkara yang berlaku pada dirinya, semuanya ditanya dari pucuk hingga ke akar! Mengapa tidak mari ke sekolah? Kenapa boleh bangun lambat? Malam tadi buat apa sampai bangun lambat? Sakit apa? Semuanya ditanya walaupun tidak perlu!
Sikap guru itu bukan sahaja membuatkan Seung Ri benci padanya, malah pada Kyu Hyun, Jong Hyun dan rakan-rakan kelasnya yang lain. Bencinya Seung Ri pada guru itu terserlah apabila Seung Ri sengaja tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru itu. Dia juga melawan dengan nada menyindir apabila ditanya oleh guru itu.
Walaupun dia sudah berkali-kali didenda berlari pusing padang seluas 400m itu sebanyak 5 kali pusingan, dia tidak serik. Itu langsung tidak menjadi masalah pada dirinya yang memang aktif dalam sukan. Tetapi, dia memang tidak tahan apabila dia disuruh berjalan sekeliling sekolah sambil membawa sepanduk ‘Saya tak siap kerja sekolah!’ sambil membaca ayat itu kuat-kuat. Malunya bukan kepalang! Kini rasa bencinya pada guru itu semakin membuak-buak! Ingin saja dia luahkan semuanya pada guru itu tetapi entah mengapa, dia tidak terdaya. Sesungguhnya masih ada rasa hormat dalam dirinya sebagai pelajar di sekolah itu. “Ah! Shit!! Apesal aku asyik kena je ngan cikgu tu?!”, rungutnya dalam hati.
BAB 3
Setelah kejadian itu berlaku, dia sering menyumpah-nyumpah guru itu dalam hatinya. Pernah juga dia luahkan perasaannya itu pada dua kawan karibnya itu. Seung Ri tetap tidak serik-serik walaupun sudah sakit telinganya mendengar nasihat daripada dua kawannya itu. Yang paling mengejutkan Kyu Hyun dan Jong Hyun apabila Seung Ri berkata bahawa dia berharap guru itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan cedera parah.
Tanpa disedari, pipinya yang putih itu merah apabila ditampar kuat oleh Kyu Hyun, “Pangggggg!” Memang sukar untuk diterima kenyataan itu bagi lelaki seperti Kyuhyun. Entah mengapa, sampai hatinya untuk menampar sahabatnya yang amat baik padanya selama ini gara-gara kata-kata Seung Ri terhadap seorang guru yang juga dibencinya. Baginya, walau buruk mana pun dia, dia tetap guru kita! Tanpa guru, tidaklah kita bergelar pelajar. Seseorang takkan bergelar guru tanpa pelajar dan seseorang juga takkan bergelar pelajar tanpa guru. Pelajar dan guru sememangnya hidup untuk saling melengkapi.
Seminggu kemudian, satu berita yang amat menggegarkan kelas 1A1 iaitu guru kelas mereka terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan kini koma dan berada di wad ICU. Kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori tidak dapat dikawal lalu merempuh kuat dari belakang kereta yang dipandu guru itu. Alangkah terkejutnya Seung Ri apabila berita itu sampai ke telinganya. Perasaannya kini bercampur baur. Gembira. Sedih. Semua ada! Sungguh kesal. Apa yang berlaku kini adalah lebih teruk daripada harapannya selama ini. Tiba-tiba tubuhnya yang sasa itu rebah. Badannya mula terasa lemah.
Entah mengapa dia berasa amat kesal dan sedih setelah apa yang berlaku pada guru yang amat dibencinya itu. Dalam perjalanannya pulang, entah mengapa, tiba-tiba air matanya deras mengalir apabila memikirkan nasib gurunya itu. Kyu Hyun tiba-tiba berasa sebak dan matanya mula berkaca saat dia melihat Seung Ri. Jong Hyun hanya cuba menenangkan Seung Ri dengan menepuk lembut belakang Seung Ri. “Sudahlah tu, Seung Ri. Benda dah berlaku, menangis air mata darah sekalipun tak kan affect ape-ape kat cikgu tu. Berdoa je lah supaya cikgu cepat sembuh. Cikgu tu bukannya mati lagi, koma je! Ada harapan untuk sembuh! Kita berdoa ye?”, kata Kyu Hyun memberi semangat kepada Seung Ri. Namun tiada perubahan dalam diri Seung Ri. Dia tetap bersedih. Jong Hyun hanya menyokong Kyu Hyun tanpa memberi sebarang kata-kata semangat tambahan.
Seung Ri mula meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hatinya itu. Dia menangis kerana dia takut dia tidak sempat meminta maaf pada guru itu. Entah mengapa, baru kini dia sedar, semua perkara yang guru itu lakukan adalah untuk kebaikan pelajar-pelajar. Kerja sekolah yang banyak diberikan hanyalah untuk pelajar mudah memahami dan mengingati segala perkara yang diajar. Denda diberi adalah untuk pelajar sentiasa menyiapkan kerja sekolahnya. Pertanyaan bertubi-tubi yang selama ini dianggap busybody adalah sebenarnya menandakan bahawa dia ambil berat tentang pelajar-pelajarnya! Ohh! Babo! Kenapa aku tak sedar semua itu dari awal lagi, bisik Seung Ri dalam hati
BAB 4
Sejak hari itu,setiap hari sebaik sahaja sesi persekolahan tamat, Seung Ri akan terus menuju ke hospital tempat gurunya dirawat untuk menemaninya. Harapannya adalah supaya dialah orang pertama yang dilihat sebaik sahaja guru tersebut sedar dari komanya. Dia mahu perkataan pertama yang akan didengari oleh guru adalah kata-kata maaf daripadanya.
Setiap kali dia menatap wajah gurunya yang comel itu pasti air matanya akan mengalir. Suatu malam, saat titisan airmata Seung Ri meresap ke kulit putih dan gebu milik guru itu, tiba-tiba membuatkan guru itu membuka matanya. Seung Ri terkejut. Gembira! “Cikguuuuuu!!! Mianhaeyooo!! Maafkan saya cikgu! Selama ni saya selalu buat cikgu sakit hati! Saya tak bermaksud pun nak buat macam tu, saya Cuma tak sedar niat baik cikgu selama ni!”, kata Seung Ri sambil menangis teresak-esak di hadapan guru itu.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata salah seorang anak muridnya yang hensem itu, dia tersenyum, “Cikgu maafkan kamu. Cikgu tahu semuanya. Cikgu ni dah 10 tahun mengajar. Banyak benda cikgu dah lalui. Banyak kali cikgu hadapi pelajar macam kamu.” Seung Ri tersenyum mendengar kata-kata cikgunya itu. Dia sungguh tidak sangka hati gurunya itu selembut itu. Guru itu mengusap-usap kepala Seung Ri. Dia terharu melihat aksi Seung Ri yang sanggup menceritakan sikap buruknya selama ini semata-mata untuk memohon maaf darinya. Mereka pun menangis bersama-sama.
(Seminggu kemudian)
Sedang Seung Ri, Kyu Hyun dan Jong Hyun bercakap-cakap, tiba-tiba kedengaran satu suara yang amat dirinduinya, “Annyeong haseyo!” Dengan serta merta mereka berpaling ke belakang dan mereka dapati orang itu ialah, CIKGU KIM TAE HEE!!! Kini guru itu kembali mengajar. Kelas 1A1 kini kembali riuh setelah seminggu senyap sunyi.
Sejak hari itu, Seung Ri selalu menyiapkan kerja sekolahnya. Dia tidak pernah didenda walau sekalipun malah dipuji pula! Perkara yang agak menghairankan Kyu Hyun dan Jong Hyun pula apabila mereka melihat Seung Ri menjadi ringan tulang membantu cikgu Tae Hee mengangkat barang-barangnya. Hampir setiap hari! Sebelum ini, kutip sehelai plastik gula-gula pun dia tidak layan, kini dia membantu orang mengangkat barang-barang pula!
(Sebulan kemudian)
“Murid-murid! Cikgu ada satu perkara nak bagitahu kat awak semua. Tolong beri perhatian ye!”, kata cikgu dengan muka yang agak serius. “ughh…I feel awkward….,” kata Seung Ri dengan perlahan dengan perasaan yang agak berdebar. Mungkinkah ia berita buruk? Cikgu itu mula menyambung kata-katanya, “Sebenarnya….” “Ting…Ting…Ting…Ting…”, siren pengumuman berbunyi. “Ah! Menganggu betul!”, kata Seung Ri dalam hati. “Diminta kepada guru yang bernama Kim Tae Hee, sila datang ke pejabat sekarang juga. Sekian, harap maklum. Ting…Ting…Ting…Ting…” “Err…mianhae semua! Cikgu terpaksa ke pejabat! Annyeong!”, kata cikgu Tae Hee dengan agak tergesa-gesa. Belum sempat cikgu memulakan langkahnya keluar, Jong Hyun mula menyampuk, “Err…cikgu! Macam mana dengan…apa yang cikgu nak cakap tadi, please! Cakap dulu sebelum pergi!” Kelihatan semua pelajar menyokong Jong Hyun. Kelas mula riuh rendah dengan suara murid-murid. Kyu Hyun menyokong Jong Hyun sambil membuat muka kasihan, “Pleaseeee cikgu!” Entah mengapa, kali ini Seung Ri hanya senyap duduk di tempatnya sambil menundukkan muka. Mukanya runsing. Entah apa yang difikirkannya, hanya dia yang tahu. “Lain kali ye, kalau sempat cikgu masuk nanti, cikgu bagitahu. Kalau tak sempat, cikgu bagitahu esok ye,” kata cikgu itu.
“Errrhhh….stupid tol arh pengumuman tu! Sibuk plak nak panggil2 cikgu..Pergh!”, rungut Jong Hyun. “Sabar…kita doa je la cikgu sempat masuk nanti, aku pun tak sabar nak tahu ni!,” kata Kyu Hyun. Jong Hyun mempertahankan kata-katanya, “Kalau tak sempat macam mane?” “Esok?” “Kalau esok pun tak sempat macam mana?! Lusa dah start cuti musim panas!” “Erm…..” Tiba-tiba Seung Ri mula menyampuk setelah hampir berjam-jam dia hanya mendiamkan diri, “Err..korang, aku rasa tak sedap hati lah. Em, macam ade berita buruk yang cikgu nak sampaikan tu…” “Eehh??!!”, kata Jong Hyun dan Kyu Hyun serentak.
Menghampakan! Cikgu tidak sempat masuk ke kelas mereka. Mereka masing-masing pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Saat Seung Ri melangkah keluar dari kawasan pagar sekolah, tiba-tiba namanya dipanggil, “Seung Ri!” Kyu Hyun dan Jong Hyun turut mencari-cari arah suara itu. Nama mereka juga dipanggil!, “Jong Hyun! Kyu Hyun! Awak semua, mari sini kejap!” Akhirnya mereka temui apa yang dicar-cari. Suara itu datangnya dari arah kereta milik cikgu Tae Hee. Ternyata cikgu Tae Hee yang memanggil mereka. “Emm…ada apa cikgu?,” tanya Seung Ri kehairanan. “Cikgu nak hantar kami pulang? Hehehehe…”, kata Kyu Hyun sambil tersengih-sengih. “Cikgu! Cepatlah bagitahu apa yang cikgu nak cakap tadi..!”, kata Jong Hyun dengan nada merayu. “Hehehe…memang cikgu nak cakap benda tu pun, “kata cikgu itu sambil tersenyum. Kelihatan Jong Hyun tersengih-sengih sendirian membuatkan cikgu itu naik hairan lalu memandangnya. Tiba-tiba muka Jong Hyun berubah – tercengang, “Err…teruskan…teruskan…” Cikgu itu memulakan kata-katanya, “Sebenarnya…….esok cikgu tak boleh datang sekolah. Ade hal…sebab tu cikgu panggil kamu semua, cikgu nak sampaikan sesuatu. Esok kamu bagitahu la kat kawan-kawan yang lain ye…” “Apa dia cikgu?”, Kyu Hyun menyampuk. “Lepas cuti musim panas ni, awak tak kan nampak muka cikgu ni lagi...,” kata cikgu. “Eehhhh? Ke…Ken…Kenapa????”, tanya Jong Hyun kehairanan. Cikgu menyambung kata-katanya, “Cikgu akan dipindahkan ke sekolah lain, sebuah sekolah di pedalaman.” Tiba-tiba terasa sebak. Mata Jong Hyun dan Kyu Hyun mula berkaca. Seung Ri bukan setakat berkaca, air matanya mula mengalir. Sebak di dadanya tidak dapat ditahan lagi. Kenapa cikgu pergi saat hatiku mula menerima cikgu dalam hidup aku? Kenapa?! Rungut Seung Ri dalam hati.
BAB 5
Cuti musim panas kini berakhir. Terasa sungguh lain suasana kelasnya! Tidak lagi ceria seperti dulu. “Uhh…Uhh…Uhh…mata Seung Ri lebam~ Huhuhu~ :P “, sindir Jong Hyun. Kyu Hyun pula hanya memberikan senyuman sinis kepada Seung Ri. “Kelassss! Ade orang menangis! Mata dia lebam! Wooo! Hahaha!,” Jong Hyun cuba untuk menceriakan kelas yang senyap sunyi itu namun tidak berjaya. Dengan serta merta dia senyap kerana tiada seorang pun yang melayannya. Malunya!
Seung Ri duduk di tempatnya sambil menundukkan mukanya. Tiba-tiba Yoon A datang berdiri di sisinya, “Seung Ri…..” Seung Ri langsung tidak memalingkan mukanya. “Lee Seung Hyun…..” Walaupun nama penuhnya pula dipanggil, dia tetap mengendahkannya. “Oppa…..” Dia terkejut! Oppa? Dengan perlahan dia memalingkan mukanya. “Ohh..cutenye! ^^,” kata Yoon A dalam hati. “A…aw…awak nak ape?”, tanya Seung Ri perlahan. “Tak boleh ke?,” tanya Yoon A. “Huh? Emm? Tak boleh apa?,” tanya Seung Ri kehairanan. “Tak boleh ke saya temankan kawan saya yang dah jauh tenggelam dalam dunia kesedihan ni?,” kata Yoon A dengan tenang. “Emm…boleh saya tanya?”, tanya Seung Ri. “Apa dia?” “Apa maksud tadi tu….Emm..” “Maksud apa? Tadi? Apa?” “Oppa…emm, kenapa awak panggil saya macam tu…” “Emmm…..ah, eeh, awak tahu tak? “Tahu ape? Urgh~ tak boleh ke awak cakap sampai habis? Tak kan nak kena saya tanya dulu? Tahu apa? Tanya apa? Tak boleh apa? =..=!! Awak tak tahu ke saya tengah pening kepala ni!” “Errk…mianhaeyo oppa!” (adusshh…terlepas lagi – ‘oppa’) “Haissshhh….cepatlaa..tahu apa?” “Emm..ada orang minat kat awak..awak ada secret admirer…Nak tahu siapa?” “Bagitahu je lah!! Tu pun nak kena tanya ke, siapa??????!” “Emm….” “Siapa?!” “Saya! (ohh! Terlepas! Malunyeee!!) +_+)” “Emmm…awak….awak…minat….awak minat saya????” “Waa! Waa! Waa! Lupekanlah sume tu!”, dengan serta merta Yoon A bangun lalu meninggalkan Seung Ri di situ.
(17 tahun kemudian)
“Tskk…Tskkk…Tskkk...,” kedengaran Mi Young menangis dalam biliknya sendirian. Seung Ri membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. “Kenapa ni?”, tanya Seung Ri kepada anak perempuannya itu. “Tak de ape laa appa…” “Tipu laahh..ceritalah..tak kan dengan appa pun nak berahsia?” “Emm…Cuma pasal cikgu…..” “Cikgu? Kenapa dengan cikgu?” “Cikgu ni suka sangat bagi kerja sekolah banyak-banyak. Lepas tu, kalau tak siap, dia denda pusing padang, haritu Mi Young kena pusing keliling sekolah bawak sepanduk ‘Saya tak siap kerja sekolah!’. Malu laa appa!” Seung Ri tersentak. Perkara yang menimpa anaknya itu memang sama dengan perkara yang pernah dia lalui 17 tahun lepas. Pusing padang sekolah? Bawak sepanduk? Bagi kerja sekolah banyak-banyak? “Emm…siapa nama cikgu tu?” “Kim Tae Hee…” Seung Ri tersentak. Kim Tae Hee? Cikgu tu? OMG! “Mi Young….” “Ne?” “Cikgu tuu….cikgu appa dulu…appa pun pernah lalui perkara sama macam Mi Young…kerja sekolah dan denda.Dulu appa pun pernah membenci dia. Tapi appa menyesal. Appa langsung tak sedar semua perkara yang dia buat adalah untuk kebaikan appa jugak. Kerana dia, appa jadi orang yang berjaya sekarang. ” “Eehh? Betul ke, appa?” “Ne…appa nak Mi Young dengar baik-baik apa appa nak cakap ni…(tarik nafas sebentar)…Mi Young jangan benci cikgu tu…Mi Young buat semua kerja sekolah yang dia bagi ye. Jangan pernah melawan dia. Ingat tu! Appa tak nak Mi Young menyesal macam appa dulu…” “Eehh? Cuba cerita…” “Takpelah..appa tak nak ungkit perkara lama…Mi Young Cuma ingat je pesan appa tadi ye!” “Okay!! ^_^” Seung Ri kemudian mendakap anaknya. Mi Young pula mencium pipi appanya, “Sayang appa!” “Sayang Mi Young jugak! Belajar baik-baik ye!” “Ok, Mr. V.I, Big Bang’s Maknae!” “Eehh? Hehehe..” “Mulai sekarang, Mi Young akan menyiapkan semua kerja sekolah cikgu Tae Hee! Mi Young nak jadi orang berjaya macam appa!” ^_^V
"Jangan mudah membenci seseorang kerana kadang-kala orang yang kita benci itu yang akan kita kenang bila dia sudah tiada di sisi kita."
4 comments:
wahhhh... like.. (^_^)
penuh dgn artis korea..tak kenal..huhuu
@yad'z : ty^_^ feel free to read my other fanficts~ :D
hehehehe~ :)
hye3.... bnyknyer artis korea..hihi
dah follow kamu.. feel free to visit me back yaa ^_^
Post a Comment