Tadi saya tak tahu nak buat apa pastu saya pon fikir2 yang saya ni selalu mengantuk semasa belajar! saya pon gi kat google dan cari jalan penyelesaian untuk masalah saya ni... readers2 yang bergelar pelajar juga pasti ada yang menghadapi masalah ini, so, saya nak share beberapa tips untuk masalah mengantuk semasa belajar. harap ia berjaya! cuba ye~ Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah. ;)
1. Tidur awal
Jika anda mudah mengantuk akibat waktu tidur yang lewat, ubah jadual tidur anda kepada waktu yang lebih awal. Sekurang-kurangnya anda sudah melelapkan mata tepat jam 12 malam.
2. Basuh muka
Minta izin guru untuk keluar sebentar ke tandas. Basuh muka anda supaya kembali segar untuk beberapa minit lagi.
3. Senaman ringan
Lakukan sedikit senaman ringan atau regangan otot badan. Ini membantu melegakan otot-otot badan dan melancarkan perjalanan darah yang membawa bekalan oksigen ke seluruh badan terutama otak.
4. Persediaan awal
Buat ulangkaji awal sebelum sesuatu topik akan diajar oleh guru di dalam kelas. Ini membantu menimbulkan rasa minat terhadap topik yang diajar di dalam kelas dan lebih faham apa yang diajarkan kerana kita akan memberi tumpuan yang lebih kepada sesuatu yang kita minat.
5. Duduk dengan betul
Ketika sesi pembelajaran, duduk dengan betul. Tegakkan sedikit bahagian belakang ketika bersandar di kerusi.
6. Pemakanan
Lepas makan kita akan bertenaga, betul tak? Salah! Lepas makan tenaga kita akan tertumpu kepada proses penghadaman. Ini mengakibatkan tenaga akan berkurangan dan daya fokus mula berkurangan. Oleh itu, pastikan anda makan awal sekurang-kurangnya 1 jam sebelum kelas atau mengulangkaji pelajaran. Berikan masa untuk perut melaksanakan tanggungjawabnya. Selepas itu bolehlah menumpukan perhatian kepada pembelajaran dengan bersungguh-sungguh.
7. Minum air kosong/mineral & jus buah-buahan
Banyakkan minum air kosong, masak atau air mineral dan jus buah-buahan terutamanya oren bagi membantu proses penghadaman selain membekalkan zat dan vitamin kepada tubuh.
No comments:
Post a Comment