NOTHING HAPPENED ACTUALLY...hahaha~
just this;
9 April 2011
(Di dalam bilik study Blok A (Perempuan) Asrama SMK Padang Midin)
[AMNI]
Farhanah sedang tekun menjawab soalan.
Fatin pula sedang asyik menggunting dan menggam kertasnya.
Amira pula sedang khusyuk menulis surat penpal.
Khawa (Khawarizni) pula sedang membuat sesuatu terhadap rambutnya.
Amni pula sedang termenung memikirkan sesuatu sambil menulis benda yang anda baca ni…
Haizzzz…(Amni mengeluh). Dari tadi dia asyik memikirkan entah ape benda, dia sendiri tidak tahu. Mungkin kerana dia bosan sebab tidak mempunyai kerja sekolah untuk disiapkan malam ini atau…atau…atau…memikirkan seseorang yang digelar ‘Dongha’?
Oh…tidak mungkin. Dongha baru sahaja masuk ke mindanya semasa dia menulis ayat ini.
Kini, dia tidak tahu apa lagi yang harus ditulisnya dia atas kertas kajang ini.
Oh, mengapa? Tiba2 sahaja suasana di bilik study ini menjadi senyap……Ugh~
Amni sedang bercakap dengan Mira (Amira). (tak tahu ape yg dicakapkan) Tetapi sekarang sudah diketahui topik perbualan mereka. Sebenarnye mereka sedang berbincang tentang cerita ini. Mereka merancang untuk meletakkan cerita ini di blog dan facebook’s note Amni. Amni kini buntu idea. Dia tidak tahu apa yang patut ditulis lalu dia pun menghulurkan kertas kajang ini kepada Mira yang sedang tekun melihat Amni menulis di hadapannya.
[AMIRA]
Urgh…Amira juga buntu…dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal…oh…sungguh bosan…amira tengok amni yang sedang mengelamun ape ntah…Khawa pula sedang mencabut sesuatu daripada rambutnya…erm, mungkin uban or kelemumur…Tetibe Khawa nok tengok amira tulis bende nie…Amira maroh…Pahtu ye lari…Pahtu Khawa mari plop…nok tengok agi…Amira maroh…Amni sokong Amira…Khawa ngajuk…Uh..sape kisoh……Khawa sambung membace (novel)…Amira bagi kertas kajang nie ke Amni yang sedang bace surat kaba…
[AMNI]
Kini Amni mula menulis lagi. Entah apa yang akan ditulisnya, dia pun tidak tahu. Seperti biase, Khawa bertanya “Kul wape orh?” yang bermaksod “Pukul berape suda?”. Tetapi kelihatan tiada siapa yang melayannya. Wahida tiba-tiba muncul di tepi Amni. Amni pun menulis. Kemudian dia melihat Amira yang sedang menconteng surat kaba yang dibace Amni tadi. Sekali lagi dia menyerahkan kertas kajang ini kepada Amira.
[AMIRA]
I don’t know what to tulis…argh…tibe2 Fatini muncul depan Amni dan Amira…Fatini minum air guava…Pahtu ye kabo “Cite…Cite…Cite…Cite…” Deki arh tu orang panda wak cite…Khawa pula menyampuk dan berkata “Cis Mira…Fatini tengok dakpe…” dengan marahnya. Amira menjawab “biar ah…ye tak ambek terus kertas ni, ye tengok gitu er…” dengan selambanye…Oh…Amni menyanyi…bley tahan arh…Fatini tanye Amni…nok mkn ork? Tak tau dah nok tulis ape…Amira beri kertas kajang nie ke Amni…….. =.=”
[AMNI]
Dengan tidak sabarnye, Fatini mengajak mereka pergi makan ‘supper’ di dewan makan asrama, “Jom lah gi makan…makan…makan…”
[AMIRA]
Benonye Fatini kabo “Jom gi makam…makam…makam…” Ape ar ye ajok gi kubur…wak nape aw…sekarang Fatin pula mendesak untuk gi makan…urh…sambung lpas gi makan plop
(lpas sudoh mkn)…tut…tut…nok masok dorm orh… -TAMAT DI SINI SAHAJA- huhuu~
No comments:
Post a Comment