Watak-watak:
-Vampire/Pontianak
-Are-Dib Aza-Har (mangsa vampire/pontianak)
-Ahmad Fursan (Hero)
-Farid Fadli (Hero)
-Atyrah Afyfah (Pemberi maklumat)
-Nadia Naya (ibu kpd mangsa)
Malam Halloween kini tiba lagi. Bagi Adib, kanak-kanak berusia 13 tahun yang tinggal di Creepville bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal bernama Nadia, dia langsung tidak percaya dengan Halloween. Mengikut kepercayaan penduduk kampung di situ, setiap malam Halloween, banyak hantu yang berkeliaran. Sesiapa yang berada di luar rumah tidak memakai kostum dan tidak melakukan adat Halloween iaitu melawat ke rumah jiran-jiran , meminta manisan dan menyebut ‘Treat or Trick’ maka hantu-hantu yang berkeliaran akan merasuk, menyampuk atau menggigitnya (Vampire & Dracula) .
Suatu malam Halloween, Adib keluar rumah tanpa mengikut adat Halloween. Dia langsung tidak takut dengan hantu-hantu yang dikatakan akan menggigit atau merasuknya. Tetapi malangnya, akibat dia terlalu berani melanggar adat, tanpa disedari, seekor Pontianak telah menggigit lehernya. Tiba-tiba dia terasa badannya berubah dan pelik. Tetapi dia hanya menggangapnya biasa. Dia langsung tidak menghiraukannya. Dia meneruskan perjalanannya ke rumah.
Sesampainya di rumah, ibunya yang sedang masak di dapur lalu menyambut kepulangan anaknya. Tiba-tiba semangkuk sup yang dibawanya dari dapur itu jatuh ke lamtai lalu pecah apabila melihat keadaan anaknya yang sangat aneh. Mukanya pucat dan matanya menjadi merah. Lalu wanita berusia 45 tahun itu bertanya kepada anaknya itu, “Adib, kenapa dengan kamu ni?! Balik-balik pucat semacam je. Kamu tak sihat ke?” Lalu Adib menjawab, “Adib tak ada apa-apa lah ibu. Adib sihat saja. Adib pergi masuk tidur dulu ya ibu. Selamat malam.” Nadia hanya melihat kelakuan aneh anaknya itu.
Beberapa minit kemudian, Nadia terdengar sesuatu yang aneh dari arah bilik anaknya. Dia pun terus pergi ke bilik tersebut untuk melihat apa yang terjadi. Setelah melangkah masuh, dia terkejut apabila melihat anaknya berubah menjadi seekor Pontianak. Tiba-tiba dia melihat anaknya itu ingin menggigitnya dengan taringnya yang tajam. Fikirannya buntu. Dia hanya mampu duduk dan menjerit. Tetapi hasrat Pontianak itu tidak tercapai apabila dia melihat sebiji bawang putih di tangan ibunya itu. Dia melompat-lompat sambil menjerit ketakutan lalu terbang ke luar tingkap dan hilang.
Kemudian, ibunya cepat-cepat menelefon kawan-kawan Adib dan memberitahu tentang apa yang terjadi kepada Adib. Beberapa minit kemudian, berita ini sampai ke rakan sekelas Adib iaitu Fursan dan Farid. Mereka sangat terkejut mendengar berita itu.
Fursan: Farid, apa kita nak buat ni? Kita mana boleh biarkan Adib macam tu je! Dia kan kawan kita!
Farid: Aku tahu. Tapi macam mana? Aku bukan pakar sangat dalam hal-hal macam ni.
Fursan: (berfikir sejenak) Hah! Aku tahu! Kita minta tolong Atyrah, nak? Dia kan memang pakar dalam hal-hal macam ni.
Farid: Betul juga tu! Bijak juga kau ni ya. Hehe.
Fursan: Mestilah. Hehe. Jom pergi rumah Atyrah! Kita kena cepat! Kita kesuntukan masa ni!
Farid: Ok Ok! Jom!
9:30 malam, di rumah Atyrah – Fursan mengetuk pintu rumah Atyrah.
Atyrah: Ya? Eh, Fursan? Farid? Apa kau berdua buat di sini? Nak manisan? Mana bakul?
Fursan: Bukanlah! Atyrah, aku nak bincang sesuatu dengan kau. Boleh aku masuk?
Atyrah: Hmm..tapi nanti mak aku marah kalau bagi orang lelaki masuk.
Fursan: Alaa! Tak payah la bagitahu mak kau. Kita masuk senyap-senyap. Penting sangat ni!
Atyrah: Err..Ok Ok. Jom lah.
(Di bilik Atyrah)
Fursan: Ok. Line clear.
Atyrah: Hmm..cepatlah cakap apa yang kau nak cakap tu. Apa yang penting sangat ni?
Fursan: Farid! Kau lah pula cakap. Dari tadi aku je.
Farid: Ohh..Ok..Sorry..Ehemm, Atyrah, kau tak tahu lagi ke pasal Adib?
Atyrah: Adib? Kenapa dengan Adib?
Fursan: Hah! Confirm dia tak tahu lagi!
Farid: Macam ni, pukul 9 tadi, mak Adib telefon aku , bagitahu yang Adib dah bertukar jadi Pontianak.
Atyrah: Err..Ya ke? Hmm..Habis, kenapa bagitahu aku? Siap datang rumah lagi. Telefon je kan boleh.
Farid: Bukan macam tu. Aku dan Fursan datang ni sebab nak minta tolong kau, nak selamatkan Adib.
Atyrah: Eehh?! Kenapa minta tolong aku pula? Aku mana tahu apa-apa.
Farid: Tapi kau kan pakar dalam hal-hal macam ni. Pasal adat-adat, pantang larang, ca…..
Fursan: (menyampuk) Cara-cara nak pulihkan Adib!
Atyrah: Ohh..hmm, biar aku ingat balik. Seingat aku, cara nak pulihkan semula manusia yang digigit Pontianak, dengan cara menyiram atau memberi minum atau merendam mangsa ke dalam air bawang putih. Tapi dengan cara termudah, siram je la. Tapi kena lakukan sebelum pukul 12:00 malam, malam Halloween. Maksudnya, malam ni lah. Kau berdua ada lebih kurang dua jam setengah untuk pergi selamatkan Adib.
Farid: Err..Fursan, sempat ke?
Fursan: Mesti sempat! Atyrah, mana nak cari air bawang putih tu?
Atyrah: Hmm..tunggu kejap. Biar aku siapkan air bawang putih tu. Lama sikit. Dalam setengah jam siap la.
Fursan: Ok!
(Setengah Jam Kemudian)
Atyrah: Nah! Air bawang putih. Fursan kau ambil sebotol. Farid, kau ambil sebotol, untuk spare.
Fursan: Ok! Terima kasih!
Farid: Wahh! Malam ni kta jadi hero!
Atyrah: No problem! Farid, kau ni belum apa-apa dah berangan. Teruk betul. Haha!
Farid: Biasa.
Fursan: Ok! Jom pergi, Farid!
Farid: Jom!
Fursan: Err..Farid, jangan lupa bawa ais! Nanti di sana mesti panas!
Farid: Ok! Ok!
Mereka pun pergi ke lokasi yang dituju iaitu Istana Vampire di Oldsville, bersebelahan kampung Creepville. Mereka berjalan berpandukan peta yang diberi oleh Atyrah. Mereka juga dibekalkan rantai bawang putih untuk melindungi diri mereka dari digigit oleh Pontianak. Setelah 1 jam dalam perjalanan, mereka pun sampai di tempat yang dituju. Di sana, kelihatan satu jambatan gantung yang bawahnya terdapat lava-lava merah yang panas. Jambatan itu lah yang akan membawa mereka ke pintu Istana Vampire. Bagi Fursan, dia sanggup mengambil risiko semata-mata ingin menyelamatkan kawannya, Adib. Dia bergitu berani. Tetapi tidak bagi Farid, dia agak takut. Tetapi dia tetap akan melalui jambatan itu untuk mnyelamatkan Adib. Perlahan-lahan mereka melalui jambatan yang agak usang itu. Talinya yang kelihatan tidak lama lagi akan putus. Mulanya, tiada apa yang berlaku. Mereka dapat melaluinya dengan selamat. Tetapi setelah mereka sampai di hujung jambatan, tiba-tiba tali jambatan itu terputus. Fursan yang sempat menjejakkan kaki di tanah di seberang itu sempat memegang Farid yang terjatuh dari jambatan yang putus itu. Dengan tenaga yang ada, Fursan menarik Farid ke atas. Akhirnya mereka selamat. Apabila mereka selamat, mereka dapati ais yang dibawa oleh Farid habis cair semuanya kerana kepanasan yang melampau di situ. Fursan memarahi Farid kerana baju mereka basah gara-gara seguni ais yang cair itu.
Mereka meneruskan perjalanan mereka. Mereka berjalan menuju ke pintu istana usang itu. Ketika mereka menjejakkan kaki ke dalam istana itu, mereka sangat terkejut apabila mereka melihat salam istana itu kosong dan hanya terdapat tangga yang naik memusing. Diintainya dari tengah tangga itu, kelihatan tangga itu sangat tinggi. Dijangka kira-kira 19 tingkat untuk samppai ke puncak. Laratkah mereka menaiki tangga tersebut setelah menempuh perjalanan selama satu jam dari rumah ke istana tersebut. Tanpa melengahkan masa, mereka menaiki tangga itu. Ketika mereka sampai ke anak tangga ke 80 iaitu tingkat ke 16, jam sudah menunjukkan pukul 11:30. Dengan waktu yang ditunjukkan di jam tangan Fursan itu, mereka mempercepatkan lagi kaki mereka menaiki tangga itu.
Fursan: Aduhh..penatla. Kau tak penat ke, Farid?
Farid: Tak kot. Tak rasa apa-apa. Agaknya kaki aku dah patah kot.
Fursan: Gilokk! Kaki dah patah macam mana kau gerakkan kaki naik tangga ni?
Farid: Eh, tak perasan pula. Kaki aku tak patah lagi la. Ah! Penat pula!
Fursan: Mengada-ngada~
Sesampainya mereka di anak tangga ke 99, iaitu anak tangga yang terakhir, mereka terkejut apabila mereka mendapati sungguh ramai Pontianak-pontianak di situ bersama ketua Pontianak yang besar. Bersama segerombolan Pontianak itu, Fursan dan Farid ternampak Adib. Mereka takut tetapi dengan rantai bawang yang mereka pakai, mereka cuba memberanikan diri. Apabila terlihat rantai bawang putih itu, semua Pontianak-pontianak di situ terbang ketakutan kecuali ketua mereka. Ada yang tidak sempat terbang lalu jatuh ke bawah dan mati.
Fursan: Farid! Jom bertindak! Kita tak ada banyak masa lagi. Tinggal 5 minit saja lagi sebelum pukul 12:00 malam!
Farid: Ok! Aku sedia. Cepat keluarkan botol tu.
Fursan: Ah! Kau ni, kena lah kalahkan Pontianak besar tu dulu! Kau nak ke kita pula kena gigit gara-gara nak selamatkan Adib.
Farid: Err..kena gigit tu best tak? o.O
Fursan: Farid! Jangan main-main! Serius! Ini Serius, mesti bantu dia. (Nyanyi lagu Wonderpets)
Farid: Ok! Ok! Err..tapi macam mana? Cuba siram air bawang putih tu kat Pontianak tu!
Fursan: Ish, habis lah nanti. Kita nak siram Adib macam mana kalau air tu dah habis sebab siram Pontianak tu?
Farid: Tak apa. Kan ada sebotol lagi dengan aku.
Fursan: Ohh..Ya tak ya juga ya. Ok! Ok!
Tanpa melengahkan masa, Fursan pun menyiram sebotol air bawang putih itu ke Pontianak itu. Akhirnya mereka Berjaya menewaskan Pontianak itu! Pontianak itu meraung kesakitan. Tetapi itu hanya untuk sementara. Pontianak itu tak akan hilang selagi belum tepat pukul 12 malam. Kemudian, Farid pula beraksi. Dia menyiram Adib dengan air bawang putih yang ada padanya. Pada mulanya, mereka fikir Adib tak akan pulih semula kerana semasa Farid menyiram air itu, jam hanya satu saat sebelum tepat-tepat pukul 12 malam. Tetapi keputusannya menggembirakan mereka kerana mereka melihat Adib pulih kembali seperti asal.
Fursan: Wahh! Adib! Kau dah jadi manusia semula! :D
Farid: Yey~
Adib: Err? Hmm..kenapa rasa macam aku baru je hisap 5 liter darah manusia? Yerrk! =.=’
Fursan: Haha! Memang pun. Kau jadi Pontianak tadi. Nasib baik aku dan Farid sempat selamatkan kau! :D
Adib: Wahh! Kau dan Farid selamatkan aku?! Kau berdualah Hero aku! ^-^
Farid: Heheh..macam aku kata tadi. Kita akan jadi Hero~ Haha!
Fursan: Elehh..Hmm, jom la kita balik. Mengantuk laa.
Farid: Jom!
Adib: Jom!
Mereka pun berjalan pulang ke rumah. Pada pukul 1 pagi, mereka pun sampai di rumah Adib.
Nadia: Ohh! Adib anakku! Kau dah pulang!
Adib: Ibu..!!
Fursan: Heheh..Fursan?
Farid: Farid?
Nadia: Ohh..Fursan dan Farid! Kamu berdua memang hero! Terima kasih!
Fursan: Sama-sama! ^-^
Farid: No problem! :D
Keesokan harinya, telah tersebar di seluruh pelosok kampung Creepville tentang dua hero cilik bernama Fursan dan Farid. Begitulah ceritanya. Dah, tamat. :D
No comments:
Post a Comment