} -->
! яεα∂ мøяε τø ќиøω мøяε! !

Pages Available Here

  • Home
  • ♥ Fictions ♥
  • BioZ

Share your link here!

Followers

New FanFiction Uploaded! LOVE SONG : Yong Jun Hyung (BEAST), Lee Joon (MBLAQ), Jung Eun Ji (A PINK)

Suka blog ni?

Friday, January 20, 2012

PHD Yang Bahaya!



Assalamualaikum w.b.t..
Kali ini post ape nih? PHD? Pelajaran Habis Dah? ROFL bukanla ~
Ini PHD yang budak belum habis skolah pon ade - Penyakit Hasad Dengki



Aik? Kenapa pulak tiba-tiba je post pasal Penyakit Hasad Dengki ni?
Sebab saya sedang mengalaminya sekarang..hehe
Dengki dengan sape tuh? Dengki dengan my own fellow friends. HAH?
Kenapa? *Banyak tanye pulak* -.-

Tadi aku (guna bahasa diri 'aku' ye kali ni) pergilah blogwalking kat blog-blog kawan-kawan aku nih,
Amoih! Kalah blog aku.. -.-
Kalau dulu nampak orang lebih sikit, terus edit-edit pe sume kasi kita punya lebih meletup kaboom! Tapi ... entahlah musim ni aku malas sikit ~ keke

Haa..ni la pasal aku dengki, blog orang cantik-cantik. Hahaha, kan? -.-
Tapi biar je lah. Kesah ape aku, bak kate omputeh 'Don't judge a book by its cover'
Haa..blog cantik kalau isi yang ntah pape buat ape kan?
Tak kisahlaa blog aku buruk kan? Asal isi tu sendat padat..hahah~
Eii ko tunggu la .. time ni time ko, laen kali? Haaa~

Hanya nak luah perasaan..sekian, wasallam..

Eh? WAIT!!
Haaa, laju je nak tutup tu kan? >:(

Haaa, alang-alang share pasal PHD nih, saya nak bagitahu sedikit informasi lah pasal PHD nih..
Dipersilakan ...

Keadaan kehidupan manusia yang tidak sama inilah yang menimbulkan sifat iri hati dan hasad dengki pada diri manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan hasad dengki? Hasad dengki itu adalah salah satu penyakit hati yang melahirkan rasa sakit hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap agar kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain. Hasad dengki lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala. Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal sahabat dan rakan kerja. Keluarga yang rapat menjadi renggang, sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak sehaluan, semua ini disebabkan perasaan hasad dengki.

Sifat yang keji ini jika dibiarkan bersarang dalam hati manusia tanpa dibendung sudah tentu akan membawa kebinasaan kepada diri sendiri dan juga masyarakat kerana dari hasad dengki inilah akan timbul sifat-sifat mazmumah yakni sifat yang keji seperti sifat meninggi diri (sombong), membangga diri, merasa tidak puas hati yang akibatnya akan menimbulkan permusuhan dan persengketaan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

“Dari Anas sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api membakar kayu api” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Cuba kita renung dan jadikan iktibar para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sedikit pun tidak memiliki perasaan dengki dengan kesenangan dan nikmat yang dikecapi oleh saudara-saudara mereka yang lain. Walaupun kehidupan mereka ada yang terlalu miskin akan tetapi mereka sentiasa merasa lapang dan bersih serta tenang, mereka tidak pernah iri hati terhadap kesenangan orang lain hatta sesama mereka. Dengan sifat yang mulia ini mereka telah mendapat pujian dari Allah Subhanahu Wata’ala melalui firman-Nya dalam Surah Al-Hasyr ayat 9 tafsirnya :

“Dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu. Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat”.

Sebenarnya agama Islam amat melarang keras umatnya bersifat dengki kerana sifat dengki itu boleh memakan dirinya sendiri serta mendatangkan kesan yang buruk. Pada lazimnya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram sebaliknya sentiasa runsing dan resah gelisah, apatah lagi apabila melihat orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang. Lain halnya keadaan seseorang yang mengharapkan nikmat yang sama yang ada pada orang lain dan tidak pula ia bercita-cita melenyapkan nikmat tersebut sebaliknya ia berniat dan berusaha untuk mencapainya.

Bagi mencegah dan mengubati sifat dengki ini ada berbagai cara, antaranya :

Pertama : Kita hendaklah mengawasi diri dan menyedari bahawa penyakit hasad dengki boleh merosakkan diri.

Kedua : Kita hendaklah tahu mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dalam apa jua keadaan.

Ketiga : Jika kita melihat orang lain memperolehi nikmat atau kelebihan, kita hendaklah mengakui bahawa mereka memperolehinya dengan hasil usaha dan kurnia Allah Subhanahu Wata’ala.

Keempat : Hendaklah kita rajin bekerja, berikhtiar untuk mencari rezeki dan kurnia Allah Subhanahu Wata’ala.

Kelima : Janganlah kita membanding-bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi keadaannya.

Keenam : Sentiasalah kita berdoa memohon perlindungan kepada Allah Subhanahu Wata’ala dari sifat hasad dengki.

Ketujuh : Jika masih didapati hasad dengki dalam diri kita hendaklah bertaubat dan memohon ampun (beristighfar).

Di CopyPaste dr sebuah blog. :)
Haa, barulah habis entry ni. Oke, kalau rasa nak blah sekarang dah boleh blah.. XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Posted by Meniey at 11:16 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

Meniey said...

Testing comment.. :o

January 21, 2012 at 2:16 AM
Haris Kaito said...

test...test...one...two...three...

January 21, 2012 at 3:08 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mystery Gikwang

Mystery Gikwang

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countdown to PMR!




Tweet this blog!

Tweet
Follow @Ara970210

Total amount of visitors!

16848

some speech!

HWANYONG!
Follow if you likes this blog!
Get lost if you hates this blog!
Click the 'Fictions' tab to view all my FanFicts!
Please do leave your comment in the chatbox!
Please do leave your name and blog url in the MisterLinky.
No haters!
No copycat!
Feel free to 'Like' and 'Share' my posts.

-Sincerely from Ara-

♫♪ Get Some Music ♫♪

Komen kat sini!

Popular Posts

  • Love Song [FANFIC]
    “Omma, I have decided to search for job at Seoul. It’s already 2 years I worked at the plantation but we still didn’t have enough m...
  • Resahnya hatiku~
    Hmm.. aritu, cg ade tny spe nk msuk skolah sains kt kuala berang, aku pown tulis laa name. aku hrp sgt2 aku dpt skolah tuu. tp, td ad kwn bg...

Taggieys ♥

4Minute (2) Beast (4) Big Bang (1) ChangMin (1) DongHae (3) DongWoon (1) DooJoon (1) EunHyuk (1) EunJung (1) FanFic (16) GiKwang (2) Girls Generation (4) Hara (2) HeeChul (1) HyunA (2) HyunSeung (1) Jessica (2) Jino (1) JongHyun (1) JunHyung (3) KyuHyun (5) NaEun (1) RyeoWook (1) SHINee (1) SeungRi (1) SiWon (1) Sungmin (3) Super Junior (6) TaeYeon (2) WooYoung (2) Yesung (1) YoSeob (1) YoonA (2)

► Archives ◄

  • ▼  2012 (10)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ▼  January (7)
      • Rahsia di sebalik 'Monster Energy'
      • Cara Nak Tahu Kedai Yang Guna Pelaris?
      • Game Yang Menghina Islam?
      • Tafsir Mimpi Menurut Islam
      • PHD Yang Bahaya!
      • Rahsia di sebalik 'Angry Birds'
      • 35 Petua Pelajar Cemerlang
  • ►  2011 (41)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  August (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (7)
    • ►  March (15)
    • ►  February (7)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (50)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (14)

Feel free to Add or Follow

  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Myspace

Bloggieys ♥

  • ANITA ARUSZI'S BLOG
    Review : Aquaman 2018 - Baru-baru ini saya berkesempatan menonton Aquaman. Hasil belanja dari bekas anak-anak murid saya. Mereka ambil saya kat rumah lepas maghrib dan kami berk...
    6 years ago
  • FoLLoW mY hEaRt
    Interview for Law degree Uitm Shah Alam - Assalamualaikum. Haa seperti yang dijanjikan, jihah akan cerita pengalaman interview law haritu. 20hb Mei kalau tak silap heheh. First sekali, kena sia...
    8 years ago
  • Haris Kaito
    Pemikiran Kita - Assalamu'alaikum. Haritu masa dalam wad Haris ada main badminton. Eh? Sakit pun boleh main lagi ke? Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang walaupun ada ha...
    9 years ago
  • ::nur farisya adlin zulkifli::
    10 BEST QUOTES ^^ - Sometimes people put up walls, not to keep others out, but to see who cares enough to break them down.When life gives you a hundred reasons to cry, show li...
    13 years ago
  • ! blog Kerol nua
    -
  • A Gritos de Esperanza
    -

Dari mane para Visitors?

Berapa ramai Visitors dah?

free counters

Kamsahamnida for visiting here! Please do come again! Kekeke~

Blogger Templates by Taengny World. Powered by Blogger.