} -->
! яεα∂ мøяε τø ќиøω мøяε! !

Pages Available Here

  • Home
  • ♥ Fictions ♥
  • BioZ

Share your link here!

Followers

New FanFiction Uploaded! LOVE SONG : Yong Jun Hyung (BEAST), Lee Joon (MBLAQ), Jung Eun Ji (A PINK)

Suka blog ni?

Tuesday, December 06, 2011

Comeback FanFict : SPECIAL


SPECIAL

diadaptasi daripada MV Beast Beautiful dan I like you the best .

Lee Gi Kwang (Beast)

Yong Jun Hyung (Beast)


Son Na Eun (A Pink)

Yang Yo Seob & Son Dong Woon (Beast)

Yoon Doo Joon (Beast)

“Annyeong! Kita ada student baru. Em, boleh kamu perkenalkan diri kamu?” “Chonun Lee Gi Kwang imnida,” Gi Kwang memperkenalkan dirinya dengan penuh yakin sambil tersenyum. “Wahh budak baru...,” bisik Yo Seob kepada Jun Hyung. “Nerd nyee diaa..,”balas Jun hyung. “Hey Jun, nerd tu la bagus. Kita boleh gunakan dia kot?” Dong Woon mula memberi idea. “Hmm..betul jugak...,” Jun Hyung mula tersenyum.

Loceng berbunyi tanda tamat sesi persekolahan. Gi Kwang berjalan keluar dari kawasan sekolah menuju ke rumahnya. “Ehm, hey budak baru. Mm, nama apa ya, ohh! Gi Kwang, kan?” Jun Hyung memulakan rancangannya. Yo Seob dan Dong Woon juga mula mengepung Gi Kwang. Tiba-tiba Jun Hyung menarik kolar baju Gi Kwang. Gi Kwang tersentak. “Kalau kau nak selamat, kau kena dengar cakap aku, arasseo?!” Dengan perasaan takut yang menyelubung dirinya, Gi Kwang mengangguk. Jun Hyung mula melepaskan tangannya dari kolar Gi Kwang. “Mulai esok, kau join kitorang. Kau kena ikut setiap arahan kitorang, arasseo?” Sekali lagi Gi Kwang mengangguk lalu menundukkan mukanya.

Kata-kata Jun Hyung siang tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. ‘Eottokae? Baru hari pertama dah kena buli. Haih, apa boleh buat...,’ dia berbisik sendiri. Kata-kata Jun Hyung membuatkannya tidak boleh tidur. Menakutkan! Lama-kelamaan, fikiran Gi Kwang mula melayang jauh dari Jun Hyung. Lalu dia pun lena dibuai mimpi.

Keesokan paginya, Gi Kwang datang ke kelas seperti biasa. Namun kata-kata tersebut masih tidak dapat dilupakan. Dia harus bersedia dengan apa yang harus dihadapinya hari ini. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kelas, “Hey Gi Kwang! Duduk sini. Mulai hari ini, ini tempat kau. Aku dah cakap dengan mamat ni untuk tukar tempat dengan kau.” Tanpa membantah, Gi Kwang duduk di tempat seperti yang diarahkan iaitu di sebelah Jun Hyung.

Kelas bermula. Seperti biasa, pada 10 minit terakhir kelas Cikgu Jin Woon, mereka pasti akan ditanya pelbagai jenis kuiz dan pelajar yang biasa ditanya ialah Jun Hyung kerana biasanya dia tidak dapat menjawab soalan kuiz yang diajukan padanya. “Jun Hyung! Jawab soalan kuiz ni.” “Argh! Naega wae??” Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Bukankah budak nerd di sebelahnya itu dikenali sebagai pelajar yang genius? Inilah peluangnya! Dia memandang Gi Kwang sambil memberi isyarat supaya memberi tahu jawapan melalui ekspresi mukanya. Tanpa membantah, Gi Kwang membisik jawapannya melalui isyarat mulut. Kali ini, Cikgu Jin Woon sendiri terkejut kerana Jun Hyung dapat menjawab soalannya. “Bagus, Gi kwang,” kata Jun Hyung kepada Gi Kwang.

“Annyeong haseyo!” Kelas Cikgu Ji Hyo pula bemula. Sedang pelajar-pelajar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, “Err..Gi Kwang? Kenapa awak duduk kat situ? Bukan ke semalam saya tengok awak duduk kat sana?” Gi Kwang memandang Jun Hyung tanpa berkata apa-apa. Dengan arahan cikgu, Gi Kwang berpindah semula ke tempat asalnya.

Gi Kwang kelihatan ceria dan banyak tersenyum bersama Na Eun. Dia sering membincangkan soalan-soalan yang diberikan bersama. Jun Hyung hanya melihat mereka berdua dari jauh. “Sebab tu lah aku ajak dia duduk sebelah aku,” kata Jun Hyung. “Emm, diorang Nampak mesra semacam je,” sambung Yo Seob. “Hey Jun, kau nak duduk dan biarkan macam ni je?” Tambah Dong Woon. Jun Hyung hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan Gi Kwang dan Na Eun dari jauh.

Hari ini, seperti biasa, Jun Hyung, Yo Seob dan Dong Woon akan ke sebuah tempat di mana street dancers berkumpul, menari untuk mendapatkan duit. Tidak ketinggalan, Na Eun juga akan datang untuk melihat persembahan mereka. Mereka bertiga menunggu giliran untuk mereka membuat persembahan. Mereka memang terkenal di situ kerana tarian mereka yang masih belum dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

Suatu hari, diumumkan bahawa seorang penari baru akan membuat persembahan. Mereka masing-masing terkejut. “Eh? Macam pernah nampak je?” Jun Hyung mula mengagak. “Gi Kwang! Tu Gi Kwang!” Yo Seob mula terkejut. “Tapi boleh ke dia menari?” Dong Woon mula membuat andaian. Gi Kwang mula menari. Jun Hyung terdiam lalu dia beredar dari situ. Dong Woon dan Yo Seob masih disitu sambil menyaksikan Gi Kwang. Yo Seob terlopong. Mereka turut beredar mendapatkan Jun Hyung. Sejak hari itu, Gi Kwang telah memecahkan rekod, orang pertama yang dapat menandingi kumpulan Jun Hyung. Kumpulan mereka masih meneruskan tarian mereka namun kali ini Jun Hyung tidak dapat menyertai mereka kerana tangannya tercedera semasa latihan. Hanya Yo Seob dan Dong Woon yang tinggal. Entah mengapa, kali ini tarian mereka tiba-tiba tidak sehebat sebelum ini. Mungkin kerana ketiadaan Jun Hyung atau mungkin kerana kehadiran Gi Kwang tadi.

Keesokan harinya, Gi Kwang berjalan menuju ke kantin. Dia terpaksa makan seorang diri kerana dia masih belum mempunyai kawan. Hanya satu-satu kawannya di situ adalah Na Eun. Namun, dengar cerita Na Eun sudah mempunyai boyfriend dan dia selalu rehat bersama boyfriendnya. Mustahil sekali untuk mereka rehat bersama. “Hai, Gi Kwang! Seorang je? Boleh saya duduk sini?” Gi Kwang menoleh. ‘Na Eun,’ tepiknya sendiri dalam hati. Dia terkejut. Hampir sahaja dia tertelan nasi yang masih belum hancur dikunyah dalam mulutnya itu. “Err...tapi, bukan ke awak selalu rehat dengan boyfriend awak tu? Kalau awak rehat kat sini dengan saya, nanti tak pasal-pasal pulak saya terlantar kat hospital. Lagipun nanti apa lah orang kata, nanti diorang ingat saya cuba nak rampas awak dari boyfriend awak tu,” kata Gi Kwang sambil menundukkan mukanya. “Tak apalah. Sekali-sekala saya makan dengan orang lain, apa salahnya kan? Lagipun awak kan takde kawan lagi. Sementara awak cari kawan baru, biarlah saya teman awak, ya?” Lembut sekali Na Eun berbicara.

“Prakkkkkk!” Tiba-tiba sahaja meja Gi Kwang dihentak bagai nak pecah. Sekali lagi dia tersentak. Matanya bulat melihat Jun Hyung yang kelihatan marah. ‘M..Mw..mwonde?’ Dia berkata dalam hati. “Hey nerd! Aku dengar masa rehat tadi kau makan dengan girlfriend aku, betul ke?” Suaranya jelas menunjukkan dia memang sedang marah. “Ya lah tu! Kalau tak, takkan lah tadi Na Eun tak makan dengan kita kan,” sambung Yo Seob. ‘Na Eun? Jadi, boyfriend Na Eun tu ialah Jun Hyung?!’ Tepiknya dalam hati. Dia langsung tidak menyangka semua itu. Kalau dia tahu semua ni, tidaklah dia menerima untuk makan bersama Na Eun tadi. ‘Ahh..habislah aku,’ dia mula berfikir semua kemungkinan negatif yang akan berlaku selepas ini. “Cikgu datang!” Semua pelajar mula mendapatkan tempat duduk masing-masing.

“Aishh, budak tu memang nak kena,” kata Jun Hyung. “Hmm, mentang-mentanglah dia dah pecahkan rekod kita, dah pandai nak berlagak. Dalam diam-diam, mungkin dia dah rampas Na Eun dari kau, Jun,” balas Yo Seob.

Sesi pembelajaran hari ini tamat. Seperti biasa, balik sekolah, mereka bertiga akan pergi ke suatu tempat di mana para street dancers berkumpul. Tetapi hari ini cuma Jun Hyung yang pergi kerana hari ini tiada persembahan. Dia pergi hanya untuk mendapatkan cakera padat daripada DJ Yoon. Di situ, dia bertemu dengan rakan penarinya, Hyun Seung. Mereka memang satu sekolah namun berada di kelas berlainan.

“Hmm, jadi aku dengar kau dah kalah dengan budak baru tu. Pecahkan rekod baru mesti seronok kalau senang, kan?”

“Benda ni pastinya tak semudah itu. Tapi, pasti rekod tu akan dipecahkan jugak.”

“Ya, betul tu. Tapi aku tak rasa kau dapat pecahkannya. Tengok muka kau pun aku dah tahu.”

Keesokan harinya, waktu tamat persekolahan, semasa Gi Kwang berjalan untuk pulang ke rumahnya. Tiba-tiba , kelihatan Jun Hyung, Yo Seob dan Dong Woon mula menghalang jalannya. Perlahan-lahan Jun Hyung mencabut earphone dari telinga Gi Kwang. Jun Hyung mula berjalan. Yo Seob mengarahkan Gi Kwang untuk mengikut mereka. Mereka membawa Gi Kwang ke suatu tempat yang agak sunyi dan terpencil. Ternyata DJ Yoon juga ada di situ.

Tiba-tiba, Jun Hyung menolak Gi Kwang ke dinding. Yo Seob, Dong Woon dan DJ Yoon hanya memerhati dari belakang. Tumbukan pertama Jun Hyung hinggap di perut Gi Kwang. Gi Kwang terduduk dan mengerang kesakitan. Kemudian Jun Hyung menggenggam kolar Gi Kwang lalu menariknya untuk bangun. Sebotol pil jatuh dari baju Gi Kwang bertaburan di lantai. Namun, siapa yang peduli? Belum sempat tangan kanan Jun Hyung menumbuk dapat menumbuk muka Gi Kwang, tiba-tiba, “Berhenti!” Na Eun berdiri di antara Jun Hyung dan Gi Kwang. Tiba-tiba, Gi Kwang jatuh pengsan.

Gi Kwang dibawa ke hospital. Tiba-tiba Jun Hyung diserang rasa bersalah. ‘Apa aku dah buat?’ Bisiknya sendiri.

Sudah hampir seminggu Gi Kwang terlantar di hospital. Dia memerhati tempat duduk Gi Kwang yang sudah lama kosong. Semuanya kerana dia. Dia terlihat timbunan buku di atas meja Gi Kwang. Entah mengapa, dia tergerak hati untuk melihatnya. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan menuju ke meja Gi Kwang. Dia menemui sebuah buku, diari? Sehelai demi sehelai dia menyelak helaian buku itu. Semuanya tentang impiannya. Dan salah satu impiannya adalah untuk menjadi seperti, Yong Jun Hyung? Sebagai street dancer yang terkenal? Rupanya itu adalah impian Gi Kwang, bukan niatnya untuk menjatuhkan kedudukan Jun Hyung sebagai penari terbaik. Tanpa disedari, rupanya Na Eun sedang memerhatikannya. Jun Hyung dengan selambanya bangun lalu kembali ke tempat duduknya.

“Tuutt..Tuutt..,” sekeping mesej masuk ke telefon bimbit Jun Hyung. Tiba-tiba dia tersenyum lalu bangun beredar dari kelas itu. Dong Woon dan Yo Seob juga bangun mengikut Jun Hyung walaupun mereka tidak tahu kemana Jun Hyung ingin pergi. Menyaksikan perbuatan Jun Hyung itu, Na Eun juga turut mengikut mereka.

Sesampainya Na Eun di Street 71, dia melihat Jun Hyung berjabat tangan dengan Gi Kwang. “Bo?” Na Eun hairan. Rupanya Gi Kwang mencabar Jun Hyung untuk menari. Di sebuah papan tertulis ‘Best2 Vs. AJ’. Mereka menari sama hebat. Hari itu merupakan hari paling meriah. Mereka semua di situ nampak lebih ceria daripada biasa. Sejak hari itu, mereka tidak lagi bermusuhan. Namun Jun Hyung masih teragak-agak tentang Na Eun.

“Jun, aku rasa kau kena give up lah pasal Na Eun. Nampaknya Na Eun dah jatuh cinta kat Gi Kwang. Dan aku tengok dia pun dah macam tak layan kau. Gi Kwang pun nampaknya sukakan Na Eun jugak. Takkan kau nak timbulkan masalah lagi semata-mata kerana seorang perempuan,” kata DJ Yoon sambil member nasihat. “Hmm, aku pun rasa macam tu. Lagipun aku tahu, Na Eun mesti dah tak sukakan aku lepas apa yang aku dah buat kat Gi Kwang,” kata Jun Hyung. Mulai hari itu, Jun Hyung mula melepaskan Na Eun.

“Hai Gi Kwang!” Na Eun menegur Gi Kwang sambil tersenyum. Gi Kwang menundukkan mukanya, “Kenapa awak kat sini? Nanti Jun Hyungmarah lagi.” “Saya dah putus dengan dia,” kata Na Eun. Gi Kwang terkejut lalu memandang Na Eun, “Eehh? Wae?” “Sebab saya nak pilih awak,” jawab Na Eun. “Saya suka awak,” kata Na Eun lagi. Gi Kwang terdiam mendengar kata-kata Na Eun. “Sebab awak special. Lain daripada orang lain,” Na Eun tersenyum. Gi Kwang tersenyum malu.

Suatu hari, “Students! Kita ada seorang lagi pelajar baru!” “Chonun Gu Ha Ra imnida.” Ha Ra memperkenalkan dirinya sambil tersenyum. Jun Hyung hanya melihat Ha Ra sambil tersenyum. Ternyata Ha Ra juga turut membalas senyumannya.

...To be continued...



Read more...
Posted by Meniey at 10:49 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Beast, DongWoon, DooJoon, FanFic, GiKwang, JunHyung, NaEun, YoSeob

Lack of IDEA! HELP!!

Ahhh long time no see! >.<
Dah lame tak nampak fanfict dari blog ni kan?
Hmmph! Takde idea la. mungkin readers bole tolong?
Send ur idea to me through facebook http://www.facebook.com/amni.izumi atau send ke emel blankara0501@gmail.com..k?
Hantar idea ringkas je! Jalan cerita biar saye pikirkan ye? Ok, annyeong!
Please do support me ahh!! >.<

Read more...
Posted by Meniey at 6:36 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mystery Gikwang

Mystery Gikwang

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countdown to PMR!

4628
day
:11
hrs
:44
min
:35
sec
Since

PMR

PMR 2012

9 Oct 2012





Tweet this blog!

Tweet
Follow @Ara970210

Total amount of visitors!

17225

some speech!

HWANYONG!
Follow if you likes this blog!
Get lost if you hates this blog!
Click the 'Fictions' tab to view all my FanFicts!
Please do leave your comment in the chatbox!
Please do leave your name and blog url in the MisterLinky.
No haters!
No copycat!
Feel free to 'Like' and 'Share' my posts.

-Sincerely from Ara-

♫♪ Get Some Music ♫♪

Komen kat sini!

Popular Posts

  • Living Without You [FANFIC]
    Living Without You Yong Jun Hyung (BEAST) Kim HyunA (4MINUTE) Goo Hara (KARA) I walked down the stairs as I am going to buy something from...
  • My 12 Minutes Survey.
    Instruction : Once you are tagged, answer all the question honestly. No lying or cheating. Starting time : 2:22 PM Name : Amni Athir...
  • Love Song [FANFIC]
    “Omma, I have decided to search for job at Seoul. It’s already 2 years I worked at the plantation but we still didn’t have enough m...
  • aduyaiii~
    rasenyerr mls gilerrz nk post ppew kt sni,,td kn, kelab Solar wt mini payung trjun..,,mle2 duk arh skumplan ngn tasya tuh,,tp dye ngn aima,,...
  • [FanFict] Will You Love Me? [UPDATED]
    WILL YOU LOVE ME? Jang HyunSeung (BEAST) Kim HyunA (4Minute) It is a story of 2 years ago… “Hyunseung, come here!” ...
  • Ramadhan to Syawal.
    Hye!! lame x update blog an. um, kejap jea an da nk abes Ramadhan. bile sbut nk abes Ramadhan, sdey lak rse sbb Ramadhan dtg stahun skali je...

Taggieys ♥

4Minute (2) Beast (4) Big Bang (1) ChangMin (1) DongHae (3) DongWoon (1) DooJoon (1) EunHyuk (1) EunJung (1) FanFic (16) GiKwang (2) Girls Generation (4) Hara (2) HeeChul (1) HyunA (2) HyunSeung (1) Jessica (2) Jino (1) JongHyun (1) JunHyung (3) KyuHyun (5) NaEun (1) RyeoWook (1) SHINee (1) SeungRi (1) SiWon (1) Sungmin (3) Super Junior (6) TaeYeon (2) WooYoung (2) Yesung (1) YoSeob (1) YoonA (2)

► Archives ◄

  • ►  2012 (10)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (7)
  • ▼  2011 (41)
    • ▼  December (2)
      • Comeback FanFict : SPECIAL
      • Lack of IDEA! HELP!!
    • ►  November (1)
    • ►  August (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (7)
    • ►  March (15)
    • ►  February (7)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (50)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (14)

Feel free to Add or Follow

  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Myspace

Bloggieys ♥

  • ANITA ARUSZI'S BLOG
    Review : Aquaman 2018 - Baru-baru ini saya berkesempatan menonton Aquaman. Hasil belanja dari bekas anak-anak murid saya. Mereka ambil saya kat rumah lepas maghrib dan kami berk...
    6 years ago
  • FoLLoW mY hEaRt
    Interview for Law degree Uitm Shah Alam - Assalamualaikum. Haa seperti yang dijanjikan, jihah akan cerita pengalaman interview law haritu. 20hb Mei kalau tak silap heheh. First sekali, kena sia...
    8 years ago
  • Haris Kaito
    Pemikiran Kita - Assalamu'alaikum. Haritu masa dalam wad Haris ada main badminton. Eh? Sakit pun boleh main lagi ke? Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang walaupun ada ha...
    9 years ago
  • ::nur farisya adlin zulkifli::
    10 BEST QUOTES ^^ - Sometimes people put up walls, not to keep others out, but to see who cares enough to break them down.When life gives you a hundred reasons to cry, show li...
    13 years ago
  • ! blog Kerol nua
    -
  • A Gritos de Esperanza
    -

Dari mane para Visitors?

Berapa ramai Visitors dah?

free counters

Kamsahamnida for visiting here! Please do come again! Kekeke~

Blogger Templates by Taengny World. Powered by Blogger.