} -->
! яεα∂ мøяε τø ќиøω мøяε! !

Pages Available Here

  • Home
  • ♥ Fictions ♥
  • BioZ

Share your link here!

Followers

New FanFiction Uploaded! LOVE SONG : Yong Jun Hyung (BEAST), Lee Joon (MBLAQ), Jung Eun Ji (A PINK)

Suka blog ni?

Thursday, January 27, 2011

Killer Train (Malay FanFic)

Watak-watak:

-Lee Dong Hae (Super Junior)
-Lee Min Joon
-Kim Yoon Hwa
-Kim Yoon Hae
-Kim Hee Chul (Super Junior) (Chapter 2 & 3)
-Jessica Jung (Girls Generation) (Last Chapter only)

Pengenalan.

Musim panas telah tiba. Saat yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan keluarga inilah masanya untuk mereka pergi bercuti. Sama seperti keluarga Encik Kim Lee Juan dan Kim Eun Hwang. Tetapi kerjaya pasangan ini menyebabkan mereka tidak boleh menghabiskan masa bersama keluarga di musim panas seperti keluarga-keluarga yang lain. Walaupun begitu, anak-anak mereka tidak melepaskan peluang yang ada. Mereka merancang percutian mereka walaupun tanpa kedua ibu-bapa mereka. Lee Dong Hae, anak sulung pasangan itu telah merancang percutian musim panasnya bersama adik-adiknya, Kim Min Joon, Kim Yoon Hwa dan Kim Yoon Hae.

Chapter 1 – Perancangan Percutian

Bagi perancangan untuk percutian mereka yang pertama tanpa ibu bapa, mereka memilih untuk bercuti dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan keretapi. Ini kerana itulah pengangkutan yang mudah untuk bercuti daripada kereta dan kapal terbang. Mengikut perancangan Dong Hae, mereka akan menggunakan keretapi The Saemaeul Train untuk ke destinasi percutian mereka di Busan, bandar kedua terbesar di Korea.

Dong Hae memulakan perbincangan mereka , “Hey! Jom pergi bercuti kat Busan! Mesti best.hehe,” sambil tersenyum lebar. Min Joon menyambung , “eehh? Mengarut ke? Kita nak pergi naik apa?!” “Naik keretapi!” Donghae menjawab. “Keretapi?” Yoon Hwa menyampuk. “Ya, keretapi. Kenapa?” Dong Hae menjawab. Yoon Hwa berkata lagi, “Keretapi apa je yang ada untuk pergi ke Busan? The Saemaeul Train? Ah! Tak nak lah!” Dong Hae hairan lalu bertanya, “Eh? Kenapa pula? Apa masalahnya?” Yoon Hae yang hanya diam dari tadi mula membunyikan suara, “Saemaeul Train? Siapa yang nak naik? Tak kan tak ingat kot, keretapi tu kan banyak masalah. Selalu kemalangan. Ada orang kata berhantu tapi ada yang menafikan dengan menyatakan keretapi tu bukan berhantu Cuma ada banyak masalah teknikal, brek rosak lah, lampu rosak lah. Lebih baik naik KTX (Korean Train Express).” Dong Hae berkata lagi, “Alaa, kali ni mesti ok punya. Janganlah risau. Tak kan nak naik KTX. Mahal lah!” Yoon Hwa membantah, “Kalau tak?” “Kalau ya?” “Kalau tak?! Kita mati tau! Mati sebab naik keretapi yang kita dah tahu memang banyak masalah!” Pertengkaran itu terhenti apabila Min Joon menyampuk, “ Ah! Dah lah! Suka hati lah nak pergi ke tidak.” Dong Hae mengakhiri perbincangan dengan kata-katanya, “Ok, esok abang dan Heechul pergi beli tiket. Perbincangan tamat! Boleh bersurai.”

Chapter 2 – Tiket ke Busan

(Perbualan di telefon antara Dong Hae dan Heechul.)

Donghae: Hello!

Heechul: Hello! Ya? Ada apa telefon aku pagi-pagi ni?

Donghae: Hey! Pergi bersiap sekarang!

Heechul: Ah! Kau ni mengarut lah. Tiba-tiba je suruh aku bersiap. Bersiap nak pergi mana?

Donghae: Jom lah, teman aku pergi beli tiket. Nak pergi bercuti.

Heechul: Fuyyo! Semangat betul nak pergi bercuti. Keluarga aku tak pergi bercuti pun.

Donghae: Tak kisah lah tu. Ok, bersiap sekarang. Pukul 9 aku jemput kat rumah kau ya!

Heechul: Eehh………(talian terputus). Teruk betul…

9 pagi, di rumah Heechul – Seperti yang dirancang, Dong Hae menjemput Heechul di rumahnya. Sesampainya mereka di stesen, Heechul mula membunyikan suara, “Hmm, Dong Hae, dari tadi lagi aku nak tanya sebenarnya. Kau nak beli tiket apa ni?” Donghae menjawab, “Kan kita ada kat stesen keretapi, mestilah beli tiket keretapi, tak kan beli tiket kapal terbang kat stesen keretapi! Fikirlah logik sikit!” “Ish! Baru Tanya macam tu dah nak melenting. Teruk betul lah kau ni.”

“Cik, 4 tiket Saemaeul Train untuk ke Busan, ada?” Donghae bertanya kepada perempuan yang menjaga kaunter tiket tersebut. Perempuan itu bertanya pula, “Hmm, nak pergi bila tu?” “Hmm, hari sabtu depan.” “Masa?” “Malam. Kira-kira pukul 9 malam kot” “Ada.” Kemudian, Dong Hae menghulurkan duit kepada perempuan tersebut. Setelah selesai, Dong Hae dan Heechul beredar dari situ.

(Perbualan di dalam kereta)

Heechul: Hmm, Donghae, boleh aku tanya?

Donghae: Tanyalah.

Heechul: Sebenarnya, kau pergi Busan tu naik keretapi apa?

Donghae: The Saemaeul Train. Kenapa?

Heechul: Apa?! Eh! Kau dah gila ke?

Donghae: Hey! Apa ni, tiba-tiba je cakap aku gila.

Heechul: Aduhh..tak kan kau tak tahu, keretapi tu bahaya! Berhantu!

Donghae: Ah! Kau ni sama je macam adik aku. Tak kira lah!

Heechul: Ish! Kau ni memang dari duru lagi, degil! Teruk betul!

Donghae: Dah lah.Tak kisah la aku degil ke teruk ke apa.

Heechul: Ish! Suka hati kau lah. Kalau jadi apa-apa kat kau nanti masa naik keretapi tu, aku tak nak bertanggungjawab!

Donghae: Whatever!

Chapter 3 – Perjalanan ke Busan

Perjalanan empat beradik itu ditemani oleh kawan baik Donghae iaitu Heechul. Heeechul bersuara, “Donghae, betul ke kau nak pergi ni? Tak payah pergi la. Aku tak sedap hati la.” Donghae cuba menenangkan hati kawannya itu, “Don’t worry la. Kau doakan je aku dan adik-adik aku selamat, ok?” Heechul menjawab ringkas sambil tersenyum, “Ok.”

Jam 9 malam, Seoul Station– Mereka masing-masing melangkah kaki ke dalam keretapi tersebut. Donghae berkata, “Eh, ramai juga orang ya. Eh, jom cari tempat duduk.” Min Joon, Yoon Hwa dan Yoon Hae hanya membisukan diri kerana mereka langsung tidak gembira dengan percutian ini kerana terpaksa menaiki keretapi yang dikatakan berhantu itu. Pada 1 jam pertama, ternyata tiada apa-apa yang aneh berlaku. Semuanya seperti biasa. Dong Hae cuba menyebelahi dirinya dengan berkata, “Hey, tengok! Mana ada apa-apa yang berlaku kan? Biasa je. Bukannya ada hantu datang nak makan kepala kau tuh. Lagipun kan, ramai orang kat sini, tak kan hantu berani kacau. Kalau hantu tu berani kacau, mesti orang-orang kat sini hantu juga.” Donghae tersentak apabila Yoon Hwa menjerit, “Abang! Cakap tu elok-elok sikit!” “Ok..Ok..,” Donghae cuba mengalah.

Chapter 4 – Pengembaraan bermula

Pada akhir jam kedua, ketika jam menunjukkan pukul 11:50 malam, semua penumpang kelihatan sedang tidur nyenyak. Empat beradik tersebut masih belum tidur dan hanya membisukan diri sudah hampir 1 jam lebih. Saat jam menunjukkan pukul 12:00 malam, tiba-tiba lampu keretapi tersebut berkelip-kelip. Mereka mulai panik. Yang menghairankan, tiada satu penumpang pun yang sedar tentang itu. Semuanya senyap dan membuat seperti tiada apa yang berlaku. Dalam samar-samar cahaya itu, Donghae terlihat seperti bayang-bayang hitam yang datang ke arahnya dari arah pintu belakang. Tiba-tiba lampu terus terpadam. Beberapa saat kemudian, apabila lampu mula menyala semula, dia tersentak apabila menyedari suatu lembaga dengan muka yang amat buruk berambut panjang yang kusut memakai baju putih muncul di hadapan mukanya. Dia memejamkan matanya kerana fikirnya tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Dia menunggu tetapi dia menyedari lembaga itu tidak menyerangnya lalu membuka matanya. Dia terkejut apabila dia terlihat seekor hantu berwarna hijau lumut yang berlendir sedang menarik adiknya, Yoon Hwa yang kelihatan seperti sudah putus kedua tangan dan kakinya kerana dimakan oleh hantu itu. Ketika dia melihat kejadian itu, telinganya pula mendengar jeritan adiknya , Yoon Hae dari arah belakang. Lantas memandang ke belakang dan jantungnya bagai sudah gugur apabila melihat adiknya itu ditelan hidup-hidup oleh seekor binatang seperti ulat berwarna coklat gelap yang sangat besar malah lebih besar dari dirinya sendiri. Dia melarikan diri menuju ke pintu belakang apabila dilihat makhluk hodoh berwarna hijau yang meratah adiknya itu sudah tiada. Sesampainya di gerabak yang terakhir iaitu gerabak ketiga, apabila dilihatnya keadaan sudah mula tenang, dia berjalan dalam keadaan lampu yang berkelip-kelip mencari adiknya , Min Joon yang masih belum dilihat dari tadi. Bunyi seperti mulut yang sedang gelojoh mengunyah sesuatu yang datangnya dari arah dapur memecah kesunyian malam itu. Bunyi itu menarik perhatian Dong Hae untuk melihat dan memastikannya. Apabila dia menjejakkan kakinya ke dapur itu, dia terkejut melihat seekor lagi binatang yang besar berupa serangga bersayap sedang meratah manusia. Dia percaya manusia yang diratah serangga itu adalah adiknya yang dicari-cari tetapi tidak boleh dipastikan kerana wajah manusia itu sudah tidak boleh dikenal pasti. Apabila dia menyedari bahawa dia pula yang akan menjadi mangsa seterusnya serangga itu , dia melarikan diri ke gerabak hadapan. Lariannya yang agak laju tidak dapat mengalahkan serangga itu yang ternyata lebih laju darinya. Keadaan itu menyebabkan tangannya berdarah akibat dilibas oleh serangga itu. Nasib tangannya itu juga sama seperti kakinya, dilibas dan menyebabkan banyak darah yang mengalir keluar dari tubuhnya. Beberapa saat kemudian, matanya tertutup dan tidak menyedarkan diri.

Chapter 5 – Penyedaran

Beberapa minggu kemudian, Dong Hae menyedarkan diri. Dia agak terkejut kerana menyedari dirinya terlantar di hospital. Doktor memeriksanya dan memberitahu bahawa dia sudah terlantar di hospital selama tiga minggu kerana koma. Dia tercengang. Fikirannya bercelaru. Terdapat banyak tanda tanya dalam otaknya. Kemudian, doktor memberitahu lagi bahawa dia boleh keluar dari hospital esok.

Keesokan harinya, Jessica iaitu salah seorang kawan baiknya, menjemputnya di hospital kerana ibu bapanya tidak dapat menjemputnya. Sebelum membawanya pulang, Jessica membawa Donghae bersiar-siar di taman untuk menenangkan diri. Di sana, semua persoalan yang wujud di kepala Donghae terjawab apabila Jessica menceritakan semuanya. Donghae dan adik-adiknya terlibat dalam kemalangan keretapi yang dinaikinya tiga minggu lalu. Sebab kemalangan masih tidak diketahui. Adik-adik kesayangannya, Min Joon, Yoon Hwa dan Yoon Hae meninggal dalam kemalangan itu. Katanya lagi, sudah lama keretapi itu tidak digunakan. Pekerja-pekerja di situ juga sudah tidak bekerja di situ. Ternyata perempuan di kaunter tiket dan penumpang-penumpang keretapi yang dilihatnya sebelum ini hanyalah khayalan. Hatinya tersentak. Air mata penyesalannya mengalir jatuh ke pipi. Kemudian Jessica mengesat air mata Donghae dan cuba menenangkan hatinya, “Sudahlah tu. Menangis air mata darah sekalipun tak kan dapat hidupkan semula adik-adik awak. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Kita yang masih hidup kena teruskan hidup kita. Awak patut bersyukur kerana awak masih hidup. Awak tahu tak, awak lah manusia pertama yang dapat hidup dalam kemalangan keretapi yang pernah berlaku berkali-kali sebelum ni.” Donghae yang hanya mendiamkan diri dari tadi mula bersuara, “saya menyesal, Jessica. Menyesal sangat. Dulu saya tak dengar nasihat adik-adik saya dan kawan saya. Saya degil. Inilah akibatnya. Tapi kenapa adik-adik saya?! Kenapa bukan saya yang mati?! Mereka tu masih muda!” Jessica berkata lagi, “Donghae, ajal tak mengira usia. Mungkin dah sampai ajal mereka. Hmm, jom pulang ke rumah.” Mereka berjalan lagi ke rumah masing-masing. Sejak hari itu, Donghae trauma. Kedua-dua matanya tidak boleh melihat mana-mana keretapi lagi. Dia akan mengelakkan matanya dari melihat mana-mana keretapi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Posted by Meniey at 1:49 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DongHae, FanFic, Girls Generation, HeeChul, Jessica, Super Junior

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mystery Gikwang

Mystery Gikwang

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countdown to PMR!

4639
day
:04
hrs
:50
min
:56
sec
Since

PMR

PMR 2012

9 Oct 2012





Tweet this blog!

Tweet
Follow @Ara970210

Total amount of visitors!

some speech!

HWANYONG!
Follow if you likes this blog!
Get lost if you hates this blog!
Click the 'Fictions' tab to view all my FanFicts!
Please do leave your comment in the chatbox!
Please do leave your name and blog url in the MisterLinky.
No haters!
No copycat!
Feel free to 'Like' and 'Share' my posts.

-Sincerely from Ara-

♫♪ Get Some Music ♫♪

Komen kat sini!

Popular Posts

  • [FanFict] Will You Love Me? [UPDATED]
    WILL YOU LOVE ME? Jang HyunSeung (BEAST) Kim HyunA (4Minute) It is a story of 2 years ago… “Hyunseung, come here!” ...
  • Bes nyerr!!
    haihzzz...rse bes sbb ari nie kerap sgt jmpe 'Gitar'...pastu, mse jmpe tuh, bkn skjp2, lame lak tuh!! ahh...hrp2 esk jmpe lgi, pastu...
  • YamaChii's Love - I'm a boy or girl? (Hey! Say! 7 fanfic)
    Starring: -Chinen Yuuri -Yamada Ryosuke -Nakajima Yuto (Chapter 2 only) -Keito Okamoto (Chapter 2 only) -Ryutaro Morimoto (Chapter 2 only) I...
  • Ya Allah..! Tolonglah..! T_T
    Ya Allah..! Tolong lahh..!! aritu ,,mse ari Isnin,,mse balek tuh,,wohs..! malu glerr akuwh..!! T_T seumur idop x prnh jdi cmni,,np ttiba lak...
  • Ramadhan to Syawal.
    Hye!! lame x update blog an. um, kejap jea an da nk abes Ramadhan. bile sbut nk abes Ramadhan, sdey lak rse sbb Ramadhan dtg stahun skali je...
  • Living Without You [FANFIC]
    Living Without You Yong Jun Hyung (BEAST) Kim HyunA (4MINUTE) Goo Hara (KARA) I walked down the stairs as I am going to buy something from...

Taggieys ♥

4Minute (2) Beast (4) Big Bang (1) ChangMin (1) DongHae (3) DongWoon (1) DooJoon (1) EunHyuk (1) EunJung (1) FanFic (16) GiKwang (2) Girls Generation (4) Hara (2) HeeChul (1) HyunA (2) HyunSeung (1) Jessica (2) Jino (1) JongHyun (1) JunHyung (3) KyuHyun (5) NaEun (1) RyeoWook (1) SHINee (1) SeungRi (1) SiWon (1) Sungmin (3) Super Junior (6) TaeYeon (2) WooYoung (2) Yesung (1) YoSeob (1) YoonA (2)

► Archives ◄

  • ►  2012 (10)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (7)
  • ▼  2011 (41)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  August (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (7)
    • ►  March (15)
    • ►  February (7)
    • ▼  January (3)
      • A part of my FanFic - String of Love -
      • An Unforgetable Halloween (Malay Fantasy Fiction)
      • Killer Train (Malay FanFic)
  • ►  2010 (50)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (14)

Feel free to Add or Follow

  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Myspace

Bloggieys ♥

  • ANITA ARUSZI'S BLOG
    Review : Aquaman 2018 - Baru-baru ini saya berkesempatan menonton Aquaman. Hasil belanja dari bekas anak-anak murid saya. Mereka ambil saya kat rumah lepas maghrib dan kami berk...
    6 years ago
  • FoLLoW mY hEaRt
    Interview for Law degree Uitm Shah Alam - Assalamualaikum. Haa seperti yang dijanjikan, jihah akan cerita pengalaman interview law haritu. 20hb Mei kalau tak silap heheh. First sekali, kena sia...
    8 years ago
  • Haris Kaito
    Pemikiran Kita - Assalamu'alaikum. Haritu masa dalam wad Haris ada main badminton. Eh? Sakit pun boleh main lagi ke? Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang walaupun ada ha...
    9 years ago
  • ::nur farisya adlin zulkifli::
    10 BEST QUOTES ^^ - Sometimes people put up walls, not to keep others out, but to see who cares enough to break them down.When life gives you a hundred reasons to cry, show li...
    13 years ago
  • ! blog Kerol nua
    -
  • A Gritos de Esperanza
    -

Dari mane para Visitors?

Berapa ramai Visitors dah?

free counters

Kamsahamnida for visiting here! Please do come again! Kekeke~

Blogger Templates by Taengny World. Powered by Blogger.