Thursday, January 27, 2011
A part of my FanFic - String of Love -
(Malay FanFic)
Characters:
-Yesung (SJ)
-TaeYeon (SNSD)
-KyuHyun (SJ)
-JinHo (SMTB)
-YoonA (SNSD)
Pengarang:
Amni Athirah (Me!)
Idea digabungkan daripada:
-Personal Taste (Korean drama)
-Koizora (Japanese Drama)
-Boys Over Flower (Korean Drama)
Sinopsis:
Yesung anak tunggal kepada seorang pemilik hotel terkemuka di negara-negara Asia. Dia juga merupakan pelajar terkaya di sekolahnya. Dua rakannya yang bersamanya selalu, Kyuhyun dan Jinho yang juga dianggap sebagai Personal Assistant Yesung oleh orang ramai. Dia mempunyai seorang kekasih, YoonA. YoonA merupakan anak pengetua sekolah itu. Walaupun bernama 'kekasih', tetapi mereka tidak selalunya bersama. Sejak Yesung mendapati YoonA curang dengannya, mereka putus hubungan. Taeyeon pula merupakan anak kepada seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang kakak. Hidupnya miskin.
Pada mulanya, Yesung selalu bergaduh dengan Taeyeon setiap kali berjumpa. Itu berlaku sejak pergaduhan pertama mereka di kantin sekolah. Sejak mereka bersama sebagai AJK Keceriaan kelas dalam satu kumpulan membina jadual kelas, mereka mula berbaik-baik secara perlahan dan tanpa disedari mereka menjadi sepasang pasangan kekasih apabila pada suatu malam, Yesung memerlukan teman untuk sebuah majlis dan dalam majlis itu Taeyeon dipilih untuk menjadi pasangannya malam itu secara terpaksa. Suatu hari, ketika Yesung didapati menghidap barah otak dan diberitahu hidupnya mungkin akan bertahan untuk cuma sebulan, dalam masa yang suntuk itu, dia berusaha untuk membuat Taeyeon benci kepadanya supaya Taeyeon tidak terlalu sedih apabila Yesung meninggal dunia. Dia menyembunyikan niat hatinya. Dia menggunakan bekas kekasihnya, YoonA untuk menyenangkan lagi rancangannya itu.
Pada saat-saat akhir hidup Yesung, akhirnya rahsia Yesung terbongkar. Taeyeon tahu segalanya tentang rancangan Yesung untuk membuatnya benci kepada Yesung. Sejak hari itu, mereka bersama semula. Oleh kerana kuasa cinta mereka, Yesung dapat hidup 3 bulan lebih lama daripada yang dijangkakan.
Sejak hari itu, Taeyeon meneruskan hidupnya dan mencuba untuk hidup tanpa Yesung. Walaupun sukar, dia mampu menghadapinya.
..a part of a part..
"Kita putus.''
''Huh?''
''Kita putus!''
''Hah?! Bukankah awak sayangkan saya? Awak tahu kan banyak mana saya sayangkan awak?''
''Saya tak sayangkan awak. Tak pernah dan tak akan!''
''Eehh? Tapi,, selama ni...,apa yang awak cakap kat saya sebelum ni..., itu semua.....''
''Semua tu palsu!''
''Kenapa? Kenapa?! Kenapa awak buat saya macam ni?!''
''Saya buat semua ni sebab....''
''Sebab?''
''Saya buat semua ni, saya jadi kawan awak dan jadi boyfriend awak, saya cakap yang saya sayangkan awak, semua tu cuma sebab saya nak bluerpint Jaesang awak. Saya tahu awak akan bagi blueprint tu kat saya kalau saya jadi boyfriend awak. Saya cume nak tolong ayah saya majukan syarikatnya. Ayah saya nak bina bangunan berkonsepkan Jaesang sebab itulah yang orang ramai mahukan sekarang ni. Sebab tu je!''
''Sampai hati awak...kejam!''
''Okay! Suka hati awak lah nak cakap apa.''
''Tapi, kenapa awak beritahu saya sekarang? Kenapa tak tunggu blueprint tu ada kat tangan awak?''
''Sebab,...ah! tu tak penting! Sekarang awak dah tahu kan, kenapa saya pilih awak jadi girlfriend saya dulu. Sedangkan saya ni kaya! banyak duit! Saya boleh buat apa saja. Boleh ambil je mana-mana perempuan yang saya nak. Tapi kenapa saya pilih awak? Sedangkan awak tu takde apa-apa! Miskin, hodoh!''
*BLUE FONTS: Yesung
*PINK FONTS: Taeyeon
Read more...
An Unforgetable Halloween (Malay Fantasy Fiction)
Watak-watak:
-Vampire/Pontianak
-Are-Dib Aza-Har (mangsa vampire/pontianak)
-Ahmad Fursan (Hero)
-Farid Fadli (Hero)
-Atyrah Afyfah (Pemberi maklumat)
-Nadia Naya (ibu kpd mangsa)
Malam Halloween kini tiba lagi. Bagi Adib, kanak-kanak berusia 13 tahun yang tinggal di Creepville bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal bernama Nadia, dia langsung tidak percaya dengan Halloween. Mengikut kepercayaan penduduk kampung di situ, setiap malam Halloween, banyak hantu yang berkeliaran. Sesiapa yang berada di luar rumah tidak memakai kostum dan tidak melakukan adat Halloween iaitu melawat ke rumah jiran-jiran , meminta manisan dan menyebut ‘Treat or Trick’ maka hantu-hantu yang berkeliaran akan merasuk, menyampuk atau menggigitnya (Vampire & Dracula) .
Suatu malam Halloween, Adib keluar rumah tanpa mengikut adat Halloween. Dia langsung tidak takut dengan hantu-hantu yang dikatakan akan menggigit atau merasuknya. Tetapi malangnya, akibat dia terlalu berani melanggar adat, tanpa disedari, seekor Pontianak telah menggigit lehernya. Tiba-tiba dia terasa badannya berubah dan pelik. Tetapi dia hanya menggangapnya biasa. Dia langsung tidak menghiraukannya. Dia meneruskan perjalanannya ke rumah.
Sesampainya di rumah, ibunya yang sedang masak di dapur lalu menyambut kepulangan anaknya. Tiba-tiba semangkuk sup yang dibawanya dari dapur itu jatuh ke lamtai lalu pecah apabila melihat keadaan anaknya yang sangat aneh. Mukanya pucat dan matanya menjadi merah. Lalu wanita berusia 45 tahun itu bertanya kepada anaknya itu, “Adib, kenapa dengan kamu ni?! Balik-balik pucat semacam je. Kamu tak sihat ke?” Lalu Adib menjawab, “Adib tak ada apa-apa lah ibu. Adib sihat saja. Adib pergi masuk tidur dulu ya ibu. Selamat malam.” Nadia hanya melihat kelakuan aneh anaknya itu.
Beberapa minit kemudian, Nadia terdengar sesuatu yang aneh dari arah bilik anaknya. Dia pun terus pergi ke bilik tersebut untuk melihat apa yang terjadi. Setelah melangkah masuh, dia terkejut apabila melihat anaknya berubah menjadi seekor Pontianak. Tiba-tiba dia melihat anaknya itu ingin menggigitnya dengan taringnya yang tajam. Fikirannya buntu. Dia hanya mampu duduk dan menjerit. Tetapi hasrat Pontianak itu tidak tercapai apabila dia melihat sebiji bawang putih di tangan ibunya itu. Dia melompat-lompat sambil menjerit ketakutan lalu terbang ke luar tingkap dan hilang.
Kemudian, ibunya cepat-cepat menelefon kawan-kawan Adib dan memberitahu tentang apa yang terjadi kepada Adib. Beberapa minit kemudian, berita ini sampai ke rakan sekelas Adib iaitu Fursan dan Farid. Mereka sangat terkejut mendengar berita itu.
Fursan: Farid, apa kita nak buat ni? Kita mana boleh biarkan Adib macam tu je! Dia kan kawan kita!
Farid: Aku tahu. Tapi macam mana? Aku bukan pakar sangat dalam hal-hal macam ni.
Fursan: (berfikir sejenak) Hah! Aku tahu! Kita minta tolong Atyrah, nak? Dia kan memang pakar dalam hal-hal macam ni.
Farid: Betul juga tu! Bijak juga kau ni ya. Hehe.
Fursan: Mestilah. Hehe. Jom pergi rumah Atyrah! Kita kena cepat! Kita kesuntukan masa ni!
Farid: Ok Ok! Jom!
9:30 malam, di rumah Atyrah – Fursan mengetuk pintu rumah Atyrah.
Atyrah: Ya? Eh, Fursan? Farid? Apa kau berdua buat di sini? Nak manisan? Mana bakul?
Fursan: Bukanlah! Atyrah, aku nak bincang sesuatu dengan kau. Boleh aku masuk?
Atyrah: Hmm..tapi nanti mak aku marah kalau bagi orang lelaki masuk.
Fursan: Alaa! Tak payah la bagitahu mak kau. Kita masuk senyap-senyap. Penting sangat ni!
Atyrah: Err..Ok Ok. Jom lah.
(Di bilik Atyrah)
Fursan: Ok. Line clear.
Atyrah: Hmm..cepatlah cakap apa yang kau nak cakap tu. Apa yang penting sangat ni?
Fursan: Farid! Kau lah pula cakap. Dari tadi aku je.
Farid: Ohh..Ok..Sorry..Ehemm, Atyrah, kau tak tahu lagi ke pasal Adib?
Atyrah: Adib? Kenapa dengan Adib?
Fursan: Hah! Confirm dia tak tahu lagi!
Farid: Macam ni, pukul 9 tadi, mak Adib telefon aku , bagitahu yang Adib dah bertukar jadi Pontianak.
Atyrah: Err..Ya ke? Hmm..Habis, kenapa bagitahu aku? Siap datang rumah lagi. Telefon je kan boleh.
Farid: Bukan macam tu. Aku dan Fursan datang ni sebab nak minta tolong kau, nak selamatkan Adib.
Atyrah: Eehh?! Kenapa minta tolong aku pula? Aku mana tahu apa-apa.
Farid: Tapi kau kan pakar dalam hal-hal macam ni. Pasal adat-adat, pantang larang, ca…..
Fursan: (menyampuk) Cara-cara nak pulihkan Adib!
Atyrah: Ohh..hmm, biar aku ingat balik. Seingat aku, cara nak pulihkan semula manusia yang digigit Pontianak, dengan cara menyiram atau memberi minum atau merendam mangsa ke dalam air bawang putih. Tapi dengan cara termudah, siram je la. Tapi kena lakukan sebelum pukul 12:00 malam, malam Halloween. Maksudnya, malam ni lah. Kau berdua ada lebih kurang dua jam setengah untuk pergi selamatkan Adib.
Farid: Err..Fursan, sempat ke?
Fursan: Mesti sempat! Atyrah, mana nak cari air bawang putih tu?
Atyrah: Hmm..tunggu kejap. Biar aku siapkan air bawang putih tu. Lama sikit. Dalam setengah jam siap la.
Fursan: Ok!
(Setengah Jam Kemudian)
Atyrah: Nah! Air bawang putih. Fursan kau ambil sebotol. Farid, kau ambil sebotol, untuk spare.
Fursan: Ok! Terima kasih!
Farid: Wahh! Malam ni kta jadi hero!
Atyrah: No problem! Farid, kau ni belum apa-apa dah berangan. Teruk betul. Haha!
Farid: Biasa.
Fursan: Ok! Jom pergi, Farid!
Farid: Jom!
Fursan: Err..Farid, jangan lupa bawa ais! Nanti di sana mesti panas!
Farid: Ok! Ok!
Mereka pun pergi ke lokasi yang dituju iaitu Istana Vampire di Oldsville, bersebelahan kampung Creepville. Mereka berjalan berpandukan peta yang diberi oleh Atyrah. Mereka juga dibekalkan rantai bawang putih untuk melindungi diri mereka dari digigit oleh Pontianak. Setelah 1 jam dalam perjalanan, mereka pun sampai di tempat yang dituju. Di sana, kelihatan satu jambatan gantung yang bawahnya terdapat lava-lava merah yang panas. Jambatan itu lah yang akan membawa mereka ke pintu Istana Vampire. Bagi Fursan, dia sanggup mengambil risiko semata-mata ingin menyelamatkan kawannya, Adib. Dia bergitu berani. Tetapi tidak bagi Farid, dia agak takut. Tetapi dia tetap akan melalui jambatan itu untuk mnyelamatkan Adib. Perlahan-lahan mereka melalui jambatan yang agak usang itu. Talinya yang kelihatan tidak lama lagi akan putus. Mulanya, tiada apa yang berlaku. Mereka dapat melaluinya dengan selamat. Tetapi setelah mereka sampai di hujung jambatan, tiba-tiba tali jambatan itu terputus. Fursan yang sempat menjejakkan kaki di tanah di seberang itu sempat memegang Farid yang terjatuh dari jambatan yang putus itu. Dengan tenaga yang ada, Fursan menarik Farid ke atas. Akhirnya mereka selamat. Apabila mereka selamat, mereka dapati ais yang dibawa oleh Farid habis cair semuanya kerana kepanasan yang melampau di situ. Fursan memarahi Farid kerana baju mereka basah gara-gara seguni ais yang cair itu.
Mereka meneruskan perjalanan mereka. Mereka berjalan menuju ke pintu istana usang itu. Ketika mereka menjejakkan kaki ke dalam istana itu, mereka sangat terkejut apabila mereka melihat salam istana itu kosong dan hanya terdapat tangga yang naik memusing. Diintainya dari tengah tangga itu, kelihatan tangga itu sangat tinggi. Dijangka kira-kira 19 tingkat untuk samppai ke puncak. Laratkah mereka menaiki tangga tersebut setelah menempuh perjalanan selama satu jam dari rumah ke istana tersebut. Tanpa melengahkan masa, mereka menaiki tangga itu. Ketika mereka sampai ke anak tangga ke 80 iaitu tingkat ke 16, jam sudah menunjukkan pukul 11:30. Dengan waktu yang ditunjukkan di jam tangan Fursan itu, mereka mempercepatkan lagi kaki mereka menaiki tangga itu.
Fursan: Aduhh..penatla. Kau tak penat ke, Farid?
Farid: Tak kot. Tak rasa apa-apa. Agaknya kaki aku dah patah kot.
Fursan: Gilokk! Kaki dah patah macam mana kau gerakkan kaki naik tangga ni?
Farid: Eh, tak perasan pula. Kaki aku tak patah lagi la. Ah! Penat pula!
Fursan: Mengada-ngada~
Sesampainya mereka di anak tangga ke 99, iaitu anak tangga yang terakhir, mereka terkejut apabila mereka mendapati sungguh ramai Pontianak-pontianak di situ bersama ketua Pontianak yang besar. Bersama segerombolan Pontianak itu, Fursan dan Farid ternampak Adib. Mereka takut tetapi dengan rantai bawang yang mereka pakai, mereka cuba memberanikan diri. Apabila terlihat rantai bawang putih itu, semua Pontianak-pontianak di situ terbang ketakutan kecuali ketua mereka. Ada yang tidak sempat terbang lalu jatuh ke bawah dan mati.
Fursan: Farid! Jom bertindak! Kita tak ada banyak masa lagi. Tinggal 5 minit saja lagi sebelum pukul 12:00 malam!
Farid: Ok! Aku sedia. Cepat keluarkan botol tu.
Fursan: Ah! Kau ni, kena lah kalahkan Pontianak besar tu dulu! Kau nak ke kita pula kena gigit gara-gara nak selamatkan Adib.
Farid: Err..kena gigit tu best tak? o.O
Fursan: Farid! Jangan main-main! Serius! Ini Serius, mesti bantu dia. (Nyanyi lagu Wonderpets)
Farid: Ok! Ok! Err..tapi macam mana? Cuba siram air bawang putih tu kat Pontianak tu!
Fursan: Ish, habis lah nanti. Kita nak siram Adib macam mana kalau air tu dah habis sebab siram Pontianak tu?
Farid: Tak apa. Kan ada sebotol lagi dengan aku.
Fursan: Ohh..Ya tak ya juga ya. Ok! Ok!
Tanpa melengahkan masa, Fursan pun menyiram sebotol air bawang putih itu ke Pontianak itu. Akhirnya mereka Berjaya menewaskan Pontianak itu! Pontianak itu meraung kesakitan. Tetapi itu hanya untuk sementara. Pontianak itu tak akan hilang selagi belum tepat pukul 12 malam. Kemudian, Farid pula beraksi. Dia menyiram Adib dengan air bawang putih yang ada padanya. Pada mulanya, mereka fikir Adib tak akan pulih semula kerana semasa Farid menyiram air itu, jam hanya satu saat sebelum tepat-tepat pukul 12 malam. Tetapi keputusannya menggembirakan mereka kerana mereka melihat Adib pulih kembali seperti asal.
Fursan: Wahh! Adib! Kau dah jadi manusia semula! :D
Farid: Yey~
Adib: Err? Hmm..kenapa rasa macam aku baru je hisap 5 liter darah manusia? Yerrk! =.=’
Fursan: Haha! Memang pun. Kau jadi Pontianak tadi. Nasib baik aku dan Farid sempat selamatkan kau! :D
Adib: Wahh! Kau dan Farid selamatkan aku?! Kau berdualah Hero aku! ^-^
Farid: Heheh..macam aku kata tadi. Kita akan jadi Hero~ Haha!
Fursan: Elehh..Hmm, jom la kita balik. Mengantuk laa.
Farid: Jom!
Adib: Jom!
Mereka pun berjalan pulang ke rumah. Pada pukul 1 pagi, mereka pun sampai di rumah Adib.
Nadia: Ohh! Adib anakku! Kau dah pulang!
Adib: Ibu..!!
Fursan: Heheh..Fursan?
Farid: Farid?
Nadia: Ohh..Fursan dan Farid! Kamu berdua memang hero! Terima kasih!
Fursan: Sama-sama! ^-^
Farid: No problem! :D
Keesokan harinya, telah tersebar di seluruh pelosok kampung Creepville tentang dua hero cilik bernama Fursan dan Farid. Begitulah ceritanya. Dah, tamat. :D
Read more...
Killer Train (Malay FanFic)
Watak-watak:
-Lee Dong Hae (Super Junior)
-Lee Min Joon
-Kim Yoon Hwa
-Kim Yoon Hae
-Kim Hee Chul (Super Junior) (Chapter 2 & 3)
-Jessica Jung (Girls Generation) (Last Chapter only)
Pengenalan.
Musim panas telah tiba. Saat yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan keluarga inilah masanya untuk mereka pergi bercuti. Sama seperti keluarga Encik Kim Lee Juan dan Kim Eun Hwang. Tetapi kerjaya pasangan ini menyebabkan mereka tidak boleh menghabiskan masa bersama keluarga di musim panas seperti keluarga-keluarga yang lain. Walaupun begitu, anak-anak mereka tidak melepaskan peluang yang ada. Mereka merancang percutian mereka walaupun tanpa kedua ibu-bapa mereka. Lee Dong Hae, anak sulung pasangan itu telah merancang percutian musim panasnya bersama adik-adiknya, Kim Min Joon, Kim Yoon Hwa dan Kim Yoon Hae.
Chapter 1 – Perancangan Percutian
Bagi perancangan untuk percutian mereka yang pertama tanpa ibu bapa, mereka memilih untuk bercuti dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan keretapi. Ini kerana itulah pengangkutan yang mudah untuk bercuti daripada kereta dan kapal terbang. Mengikut perancangan Dong Hae, mereka akan menggunakan keretapi The Saemaeul Train untuk ke destinasi percutian mereka di Busan, bandar kedua terbesar di Korea.
Dong Hae memulakan perbincangan mereka , “Hey! Jom pergi bercuti kat Busan! Mesti best.hehe,” sambil tersenyum lebar. Min Joon menyambung , “eehh? Mengarut ke? Kita nak pergi naik apa?!” “Naik keretapi!” Donghae menjawab. “Keretapi?” Yoon Hwa menyampuk. “Ya, keretapi. Kenapa?” Dong Hae menjawab. Yoon Hwa berkata lagi, “Keretapi apa je yang ada untuk pergi ke Busan? The Saemaeul Train? Ah! Tak nak lah!” Dong Hae hairan lalu bertanya, “Eh? Kenapa pula? Apa masalahnya?” Yoon Hae yang hanya diam dari tadi mula membunyikan suara, “Saemaeul Train? Siapa yang nak naik? Tak kan tak ingat kot, keretapi tu kan banyak masalah. Selalu kemalangan. Ada orang kata berhantu tapi ada yang menafikan dengan menyatakan keretapi tu bukan berhantu Cuma ada banyak masalah teknikal, brek rosak lah, lampu rosak lah. Lebih baik naik KTX (Korean Train Express).” Dong Hae berkata lagi, “Alaa, kali ni mesti ok punya. Janganlah risau. Tak kan nak naik KTX. Mahal lah!” Yoon Hwa membantah, “Kalau tak?” “Kalau ya?” “Kalau tak?! Kita mati tau! Mati sebab naik keretapi yang kita dah tahu memang banyak masalah!” Pertengkaran itu terhenti apabila Min Joon menyampuk, “ Ah! Dah lah! Suka hati lah nak pergi ke tidak.” Dong Hae mengakhiri perbincangan dengan kata-katanya, “Ok, esok abang dan Heechul pergi beli tiket. Perbincangan tamat! Boleh bersurai.”
Chapter 2 – Tiket ke Busan
(Perbualan di telefon antara Dong Hae dan Heechul.)
Donghae: Hello!
Heechul: Hello! Ya? Ada apa telefon aku pagi-pagi ni?
Donghae: Hey! Pergi bersiap sekarang!
Heechul: Ah! Kau ni mengarut lah. Tiba-tiba je suruh aku bersiap. Bersiap nak pergi mana?
Donghae: Jom lah, teman aku pergi beli tiket. Nak pergi bercuti.
Heechul: Fuyyo! Semangat betul nak pergi bercuti. Keluarga aku tak pergi bercuti pun.
Donghae: Tak kisah lah tu. Ok, bersiap sekarang. Pukul 9 aku jemput kat rumah kau ya!
Heechul: Eehh………(talian terputus). Teruk betul…
9 pagi, di rumah Heechul – Seperti yang dirancang, Dong Hae menjemput Heechul di rumahnya. Sesampainya mereka di stesen, Heechul mula membunyikan suara, “Hmm, Dong Hae, dari tadi lagi aku nak tanya sebenarnya. Kau nak beli tiket apa ni?” Donghae menjawab, “Kan kita ada kat stesen keretapi, mestilah beli tiket keretapi, tak kan beli tiket kapal terbang kat stesen keretapi! Fikirlah logik sikit!” “Ish! Baru Tanya macam tu dah nak melenting. Teruk betul lah kau ni.”
“Cik, 4 tiket Saemaeul Train untuk ke Busan, ada?” Donghae bertanya kepada perempuan yang menjaga kaunter tiket tersebut. Perempuan itu bertanya pula, “Hmm, nak pergi bila tu?” “Hmm, hari sabtu depan.” “Masa?” “Malam. Kira-kira pukul 9 malam kot” “Ada.” Kemudian, Dong Hae menghulurkan duit kepada perempuan tersebut. Setelah selesai, Dong Hae dan Heechul beredar dari situ.
(Perbualan di dalam kereta)
Heechul: Hmm, Donghae, boleh aku tanya?
Donghae: Tanyalah.
Heechul: Sebenarnya, kau pergi Busan tu naik keretapi apa?
Donghae: The Saemaeul Train. Kenapa?
Heechul: Apa?! Eh! Kau dah gila ke?
Donghae: Hey! Apa ni, tiba-tiba je cakap aku gila.
Heechul: Aduhh..tak kan kau tak tahu, keretapi tu bahaya! Berhantu!
Donghae: Ah! Kau ni sama je macam adik aku. Tak kira lah!
Heechul: Ish! Kau ni memang dari duru lagi, degil! Teruk betul!
Donghae: Dah lah.Tak kisah la aku degil ke teruk ke apa.
Heechul: Ish! Suka hati kau lah. Kalau jadi apa-apa kat kau nanti masa naik keretapi tu, aku tak nak bertanggungjawab!
Donghae: Whatever!
Chapter 3 – Perjalanan ke Busan
Perjalanan empat beradik itu ditemani oleh kawan baik Donghae iaitu Heechul. Heeechul bersuara, “Donghae, betul ke kau nak pergi ni? Tak payah pergi la. Aku tak sedap hati la.” Donghae cuba menenangkan hati kawannya itu, “Don’t worry la. Kau doakan je aku dan adik-adik aku selamat, ok?” Heechul menjawab ringkas sambil tersenyum, “Ok.”
Jam 9 malam, Seoul Station– Mereka masing-masing melangkah kaki ke dalam keretapi tersebut. Donghae berkata, “Eh, ramai juga orang ya. Eh, jom cari tempat duduk.” Min Joon, Yoon Hwa dan Yoon Hae hanya membisukan diri kerana mereka langsung tidak gembira dengan percutian ini kerana terpaksa menaiki keretapi yang dikatakan berhantu itu. Pada 1 jam pertama, ternyata tiada apa-apa yang aneh berlaku. Semuanya seperti biasa. Dong Hae cuba menyebelahi dirinya dengan berkata, “Hey, tengok! Mana ada apa-apa yang berlaku kan? Biasa je. Bukannya ada hantu datang nak makan kepala kau tuh. Lagipun kan, ramai orang kat sini, tak kan hantu berani kacau. Kalau hantu tu berani kacau, mesti orang-orang kat sini hantu juga.” Donghae tersentak apabila Yoon Hwa menjerit, “Abang! Cakap tu elok-elok sikit!” “Ok..Ok..,” Donghae cuba mengalah.
Chapter 4 – Pengembaraan bermula
Pada akhir jam kedua, ketika jam menunjukkan pukul 11:50 malam, semua penumpang kelihatan sedang tidur nyenyak. Empat beradik tersebut masih belum tidur dan hanya membisukan diri sudah hampir 1 jam lebih. Saat jam menunjukkan pukul 12:00 malam, tiba-tiba lampu keretapi tersebut berkelip-kelip. Mereka mulai panik. Yang menghairankan, tiada satu penumpang pun yang sedar tentang itu. Semuanya senyap dan membuat seperti tiada apa yang berlaku. Dalam samar-samar cahaya itu, Donghae terlihat seperti bayang-bayang hitam yang datang ke arahnya dari arah pintu belakang. Tiba-tiba lampu terus terpadam. Beberapa saat kemudian, apabila lampu mula menyala semula, dia tersentak apabila menyedari suatu lembaga dengan muka yang amat buruk berambut panjang yang kusut memakai baju putih muncul di hadapan mukanya. Dia memejamkan matanya kerana fikirnya tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Dia menunggu tetapi dia menyedari lembaga itu tidak menyerangnya lalu membuka matanya. Dia terkejut apabila dia terlihat seekor hantu berwarna hijau lumut yang berlendir sedang menarik adiknya, Yoon Hwa yang kelihatan seperti sudah putus kedua tangan dan kakinya kerana dimakan oleh hantu itu. Ketika dia melihat kejadian itu, telinganya pula mendengar jeritan adiknya , Yoon Hae dari arah belakang. Lantas memandang ke belakang dan jantungnya bagai sudah gugur apabila melihat adiknya itu ditelan hidup-hidup oleh seekor binatang seperti ulat berwarna coklat gelap yang sangat besar malah lebih besar dari dirinya sendiri. Dia melarikan diri menuju ke pintu belakang apabila dilihat makhluk hodoh berwarna hijau yang meratah adiknya itu sudah tiada. Sesampainya di gerabak yang terakhir iaitu gerabak ketiga, apabila dilihatnya keadaan sudah mula tenang, dia berjalan dalam keadaan lampu yang berkelip-kelip mencari adiknya , Min Joon yang masih belum dilihat dari tadi. Bunyi seperti mulut yang sedang gelojoh mengunyah sesuatu yang datangnya dari arah dapur memecah kesunyian malam itu. Bunyi itu menarik perhatian Dong Hae untuk melihat dan memastikannya. Apabila dia menjejakkan kakinya ke dapur itu, dia terkejut melihat seekor lagi binatang yang besar berupa serangga bersayap sedang meratah manusia. Dia percaya manusia yang diratah serangga itu adalah adiknya yang dicari-cari tetapi tidak boleh dipastikan kerana wajah manusia itu sudah tidak boleh dikenal pasti. Apabila dia menyedari bahawa dia pula yang akan menjadi mangsa seterusnya serangga itu , dia melarikan diri ke gerabak hadapan. Lariannya yang agak laju tidak dapat mengalahkan serangga itu yang ternyata lebih laju darinya. Keadaan itu menyebabkan tangannya berdarah akibat dilibas oleh serangga itu. Nasib tangannya itu juga sama seperti kakinya, dilibas dan menyebabkan banyak darah yang mengalir keluar dari tubuhnya. Beberapa saat kemudian, matanya tertutup dan tidak menyedarkan diri.
Chapter 5 – Penyedaran
Beberapa minggu kemudian, Dong Hae menyedarkan diri. Dia agak terkejut kerana menyedari dirinya terlantar di hospital. Doktor memeriksanya dan memberitahu bahawa dia sudah terlantar di hospital selama tiga minggu kerana koma. Dia tercengang. Fikirannya bercelaru. Terdapat banyak tanda tanya dalam otaknya. Kemudian, doktor memberitahu lagi bahawa dia boleh keluar dari hospital esok.
Keesokan harinya, Jessica iaitu salah seorang kawan baiknya, menjemputnya di hospital kerana ibu bapanya tidak dapat menjemputnya. Sebelum membawanya pulang, Jessica membawa Donghae bersiar-siar di taman untuk menenangkan diri. Di sana, semua persoalan yang wujud di kepala Donghae terjawab apabila Jessica menceritakan semuanya. Donghae dan adik-adiknya terlibat dalam kemalangan keretapi yang dinaikinya tiga minggu lalu. Sebab kemalangan masih tidak diketahui. Adik-adik kesayangannya, Min Joon, Yoon Hwa dan Yoon Hae meninggal dalam kemalangan itu. Katanya lagi, sudah lama keretapi itu tidak digunakan. Pekerja-pekerja di situ juga sudah tidak bekerja di situ. Ternyata perempuan di kaunter tiket dan penumpang-penumpang keretapi yang dilihatnya sebelum ini hanyalah khayalan. Hatinya tersentak. Air mata penyesalannya mengalir jatuh ke pipi. Kemudian Jessica mengesat air mata Donghae dan cuba menenangkan hatinya, “Sudahlah tu. Menangis air mata darah sekalipun tak kan dapat hidupkan semula adik-adik awak. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Kita yang masih hidup kena teruskan hidup kita. Awak patut bersyukur kerana awak masih hidup. Awak tahu tak, awak lah manusia pertama yang dapat hidup dalam kemalangan keretapi yang pernah berlaku berkali-kali sebelum ni.” Donghae yang hanya mendiamkan diri dari tadi mula bersuara, “saya menyesal, Jessica. Menyesal sangat. Dulu saya tak dengar nasihat adik-adik saya dan kawan saya. Saya degil. Inilah akibatnya. Tapi kenapa adik-adik saya?! Kenapa bukan saya yang mati?! Mereka tu masih muda!” Jessica berkata lagi, “Donghae, ajal tak mengira usia. Mungkin dah sampai ajal mereka. Hmm, jom pulang ke rumah.” Mereka berjalan lagi ke rumah masing-masing. Sejak hari itu, Donghae trauma. Kedua-dua matanya tidak boleh melihat mana-mana keretapi lagi. Dia akan mengelakkan matanya dari melihat mana-mana keretapi.
Read more...