Assalamualaikum w.b.t..
Nampaknye kite brtemu lagi..keke ~
Kali ini saye nk post psl game Angry Birds yg disukai ramai nih~ -.-
Best la kot kdg2 nk lepas stress *tp kdg mkin tmbh stress pon ade*
Hah, aritu duk sembang2 ngn kwn2 lam hostel ade sorg ni kate bile kite baling burung kecik yg kaler biru tu dye sebut 'Alhamdulillah' (?)
Balek2 bile tringat sy pon gi la try dgr, alang2 mse tuh adek sy tgh men game tuh..sy rse sy pon dgr burung tu ckp tu..
tp cam tak pasti, takot jadi fitnah! sy pon gi la search Google utk cari kepastian, *betul ke?*
Dlm byk2 blog yg sy bace, dorg kate bukan .. cume bile otak kita fikir bnde tu jd terautomatik kite dgr bnde tu..tak baek buat fitnah ~ tu la kite org melayu, fikir negatif je reti ~ -.-
Tapi dalam selit2 search results tu, ade yang post benda baik pasal Angry Birds ni..nak tau ape?
Read more to know more..keke ~ :)

ANGRY BIRDS 
  Apa yang best sangat game ni? Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
  
  sedar x kita...
  
  jawapannya sebab....
  
  Angry Birds dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah
  
  1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
 
  Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan  jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan  babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir  permainan. 
 
  Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri  sendiri, tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup  meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? sanggup mengorbankan  anaknya!
  
  Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang, menghantar  anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk  mencapai satu matlamat iaitu utk menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah  yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya...  terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
  
  "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."(At-Taubah 9:110)
  2) Amal Jamaie
 
  Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung  yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka  tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan.
 
  Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu
  
  3) Tanzim (organisasi)
 
  Burung2 tersebut beratur dgn barisan yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
  
  TIDAK!!
  
  Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza, setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
  
  Jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
  
  Kenapa?
  
  sebab Saidina Ali mengatakan
  
  "Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"
  4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
 
  Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
  
  Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah  cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah  itu. Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus  kepada kelebihannya
  
  Yang reti potong kayu pergi serang kayu
  
  Yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
  
  Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk  detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta  isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin  menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam
  
  eh silap
  untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat
  
  5) Taat
 
  Dan sebagai qiyadah, perkara  yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk  berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke  atas, maka dia akan pergi ke atas
  dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
  
  Pasti tidak ada orang yang nak main
  
  Dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas
  
  6) Ukhuwah
 
  Lastly, kena  faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah  teras dan tunjang utama kekuatan diorang. Mereka sedih, marah, apabila  saudara-saudara mereka dicuri telurnya. Mereka merasai penderitaan  saudara-saudara mereka, kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna  itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu  daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan  penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara  kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak  nampak yang menarik kita ke api neraka
 
  Kenapa?
  
  Sebab kita menyayangi saudara kita
  
  Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang, kerana  cinta kita kepada Islam dan Umat Islam. Tidak akan wujud game Angry  Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. Begitu juga tidak akan  wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika  tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam
  "Apabila  telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat  manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah  dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha  Penerima Taubat"(An-Nasr 110:1-3)
  
  Sedarlah!!
  
  Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam. Dan  prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan  Al-Banna. Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry  Birds. Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, jika kita melihat  dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah  dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat  Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai  sekarang...
  
  "Ukhuwah Teras Kegemilangan"
 
  CopyPaste-Source: http://tintamusaffir.blogspot.com/2011/11/angry-birds-apa-yang-best-sangat-game.html
Sampai di sini saje, Assalamualaikum ~ :)
 
No comments:
Post a Comment