Assalamualaikum!
Attention! Attention! Hehe
Orang Malaysia ni ramai yang kaki game, betul tak?
Tak kira lah laki pompuan ke tua muda ke sume same je ~
Nak main tu main lah jugak tapi sebelum main kita kena pastikan game tu selamat!
Kena lah filter dulu!
Sebab ape? Bahaya! Dari segi ape?
Eiii tahukah anda, dunia sekarang ni dah banyak game yang menghina Islam!
Korang sume maen2 tu korang sedar tak? haaaa~ Ayoyo~~ -.-
Kat sini saya nak share senarai game yang menghina Islam. Macam2 betol..
Saya CopyPaste dari orang je ni sbb sy sendiri pon tak reti nak mengolah semula..hehe
1) Devil May Cry 3
KUALA  LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini  dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi  elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain  permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan  kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu  sebelum ?penghulu syaitan? menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu  Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila  kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan  termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi  terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah  mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula  memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga  penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer  itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah  kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak  boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.


Satu  adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang  menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang  membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan  diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
dan  karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak  silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7  ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut.
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?
2) Clive Barker Undying
Permainan  ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya  menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama  Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa  sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
PERISIAN  permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi  di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan  beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong  Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera  padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang  awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi  istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran,  yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi  watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi  memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana.  Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul  Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual  dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi  dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama  Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia  boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.
Mengikut  Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam  yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh  dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya  sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang  terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada  Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Malek berkata, JAIS juga  menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad  jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. ?Jais masih  menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin  mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat  mungkin,? katanya.
3) Zack And Wiki
Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai  Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan  beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah  keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu,  saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam  video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan  suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru  cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu  bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun,  mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?
Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.
http://www.youtube.com/watch?v=ziV03wLGDnY&feature=player_embedded#at=70
Tindakan yang dibuat:
The  Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom  has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack &  Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal  comes following complaints from CAIR and others.
The phrase in  question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase  frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several  complainants' attention after it appeared in a promotional video for the  game.
A Capcom representative told CAIR, "We have already  contacted the team working on the game, and the phrase has been removed  from the game and will not be heard in future videos released to the  public."
"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim  concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context  and applaud the company's swift response.
4) Prince Of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya  Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu  dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka  sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al-  Ahzab:71)
Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong  apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat  disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.
5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
Counter  Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan  askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu  kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" &  "JIHADD".
6) Stronghold Crusader
Permainan  Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang  musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab  semestinya orang Islam.
7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock
Tidak  cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian  Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali  ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3  adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah  bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan  kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa ?syaitan? bermain gitar.  Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft  dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah  syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat.  Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan  Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari  Yorkshire, England.
Jika  kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT  ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall  game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk  menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana  permainan komputer.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
Ada 2 kemungkinan di sini.
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.
Zodiak Virgo:
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:
Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam? Resident Evil 4
 Resident Evil 4
Ni  dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident  Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan  zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak  presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los  Illuminados".
Los Illuminados bermaksud ?The Illuminated!?
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
Zoom pada pintu tersebut
Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?
Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti
Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
9) Dante?s Inferno
 Dante?s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin  menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain  membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia  dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini  menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan  tingkat lingkaran (Circles Of *sensored*) dengan mengikut dosa pada  setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain  sebagainya. Danteadalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante  Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa  Perang Salib III.
Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.
Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante?s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(
Menurut  dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan  game Dante?s Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu  EA Games kerana ?keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan  faktor lain?. Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante  (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu  dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di  kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine  Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?.
Berdasarkan maksud tersirat pada ?sajak suci? ianya dari Inferno Canto XXVIII:
No barrel, even though it?s lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: ?See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we?ve made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
?Death has not reached him yet,? my master answered,
?nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout *sensored*:
this is as true as that I speak to you.?
Inferno XXVIII
Ada sesiapa paham tak? XLAWS serius tak paham. Kalau paham kongsi la kat sini ye. Ada la maksud tersirat di dalam tu?
?See how I split myself!?
?See now how maimed Mohammed is!?
Dante  Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya  mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib,  dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah  belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.
Inferno XXVIII, 19-42.
The  poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers  of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his  entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his  head cleft from chin to forelock.
Gambaran ilustrasi di atas adalah  yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip  yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada  yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian  silent film L?Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed  is shown with his entrails hanging out).
Setakat ni cuma ini yang saya dapat ..Kalau ada lagi nanti saya update yer! ^^
Saya tahu saya ni bukan baik sangat tapi saya sedang cuba untuk jadi baik dengan menyampaikan benda baik..hehe
Kalau korang ade main game yang macam dalam senarai tuh, baik lah berhenti.cari lah game lain yang lebih bermanfaat (ade ke) hahah ..carilah game IQ ke yang menguji minda tu, kan baguslah sikit~ hehe XD
Sebelum tu, saya nak share pasal satu game ni.Game orang melayu ke? Cuba tengok videos ni..
- http://www.youtube.com/watch?v=L9QxH_rUfC8
- http://www.youtube.com/watch?v=5ZM07WKJg4Q
Diorang cakap melayu kan? -.-
Sekian, wasalam
Monday, January 23, 2012
Game Yang Menghina Islam?
Mystery Gikwang
 
Gi Kwang ♥ Me~ Hehe
 

 

 
 

No comments:
Post a Comment