Friday, April 01, 2011
Mianhaeyo! :(
Kita ketepikan dulu pasal Fiction dan Simbol tu,,,skrg nk ckp sket psl orang yang perlu kita hargai...
Meh nk cite sket pasal cikgu saya...tahun ni lah...
Bukan nak kutuk, cuma bercerita. Baca sampai habis dulu~ :)
-Diamengajar subjek Bahasa Melayu dalam kelas saya...
-Dia seorang yang banyak cakap kot...
-Dia suke sgt bagi klas kami homework banyak2!
-Dia akan jalan dgn kadar yg sgt laju, mcm nk brlari, bile dia dah lmbat nk masok klas kami...
-Sebaik sahaja dia masuk ke kelas, dia terus letak buku dan mengajar, tanpa rehat2 dulu atau meredakan lelahnya stelah brjalan laju...
-Dia mengajar dengan penuh semangat!
-Dia bercakap agak belit2. Time Tatabahasa, ckp psl Karangan. Time Karangan ckp psl Ringkasan. Time Ringkasan ckp psl Komsas. Time Komsas ckp psl Tatabahasa. Tibe2 je dia mnukar2 topik, kjap tatabahasa, kjap karangan, kjap ringkasan, kjap komsas.
-Dia bercakap sgt laju! Non-stop talking...
Tapi...
-Kami tak layan dia mengajar di depan...
-Dia mengajar di depan tapi kami semua masing2 brcakap hal lain dan menghiraukannya...
-Kami biasanya tidak menyiapkan homework yang diberikan olehnya...
-Kami selalu mengutuk2 dia...
-Kdg kala, due org membe klas kami, menyindir cikgu dgn care yg trsirat, dpn cg sndri...
-Bile cikgu tu marah, kami menghiraukannya dan kdg2 ketawa...
Hari itu, semasa kelas tambahan Bahasa Melayu, hari Ahad.
-Dia luahkan segalanya...
-Dia cakap yg kami akn dpt cikgu baru dan kami akan gmbira (dgn nada sedih),
-dia cakap yg dia memang sygkan kami, kalau boleh memang dia taknak lepaskan klas kami,,
-dia kata, anak dia dpt B 78% untuk Bahasa Melayu dan dia mengajar kami dengan penuh semangat supaya kami berjaya dpt A untuk Bahasa Melayu, dia taknak bnde same yg jadi kt ank dia tu jadi kt kami pulak...
-dia jugak ade ckp yg dia mintak tolong dgr dia mngajar mase tu sbb lain kali dah tak perlu dgr dia mengajar...
Sejujurnya!
-Saya dengan serta merta insaf dengan perbuatan saya selama ini.
-Dengan serta merta saya rasa sayang sangat kat cikgu tu!
-Terasa sebak di dada bile cikgu cakap macam tu.
-Terasa macam betul2 taknak cikgu BM kami tukar!
Dan kini...
-Cikgu Bahasa Melayu kami dah tukar dengan cikgu lain...
-Saya rasa ok je dengan cikgu baru ni, tapi saya lebih suka cikgu lama tu!
-Saya betul2 nakkan cikgu lama tu mengajar kami semula!
-Saya rindukan akan leterannya, suaranya, dan mukanya yang betul2 semangat mengajar kami.
Dulu saya fikir cikgu tu buat semua tu sebab nak beri kami tekanan. Saya selalu salahkan cikgu, "cikgu ni trlalu bgi tekanan.mana boleh! mne boleh buat plajar trtekan mcm tu, lgi laa tak boleh nk dpt A. cikgu buat mcm tu buat org bnci ade lah~" Tapi sekarang, entah kenapa, baru sekarang! Aku sedar, cikgu buat semua tu untuk kebaikan kami semua. Bukan niat cikgu nak buat kami semua tertekan. Kami cuma tak biasa dengan keadaan cikgu tu mengajar.
Entah mengapa, kami baru je nak biasakan diri dengan cikgu tu, cikgu BM pun dah tukar~
Sedihnyerrrr!!! T____T
Readers sekalian, jadikanlah cerita saya ini sebagai pengajaran. Hargailah mereka. Kadang-kadang orang yang kita benci itulah yang akan sangat kita rindui saat dia tiada...
Lastly,
I am sorry teacher! Saya betul2 mintak maaf, cikgu! Berkatilah ilmu yang cikgu dah bagi kat saya selama ni... :'(
Read more...
Thursday, March 31, 2011
Simbol The Infection?
Kita stop dulu cerita pasal fiction, jom kite tengok isu yang telah mengejutkan rakyat Malaysia spanjang bbrapa hari yg lpas, dgn kjadian aneh apabila tersebarnya simbol misteri yang aneh ini di sekitar Kuala Lumpur.
Saya sorang budak asrama yang agk ktinggalan zman ngn bnde2 mcm ni...,so, saye agk trtany2 n kecoh sket psl ni...tak tau bnde ni masih hangat mcm goreng pisang bru goreng ataupun dah basi mcm nasik basi kne tinggal sminggu...tp sy ttap nk share psl bnde ni! xD
Tadi, mase saye tengok2 kat tajuk entry trbaru lam blog2 yang saye senaraikan kat sidebar blog saye, saye nampak satu blog ni yang tajuk entry mmg menarik perhatian saye untuk membacanya! ianya pasal satu simbol misteri yang dinamakan Infection / Biohazard?? Mula-mula baca entry ni, jantung dah mule brdebar2 tak tentu pasal... =.=
dalam entry tersebut ade disertakan link beberapa blog/website lain yang juga post pasal simbol ni...hasil pembacaan saye, dorg kate simbol ni muncul di surat khabar seperti The Sun, Harian Metro dan Berita Harian, di handphone masing2 (flash message pada hp Sony Ericson yang tdk boleh disave ttpi boleh dsave pd hp Nokia) yang mengatakan "DING! Nantikan infeksi yg akan merebak ke seluruh negara tak lama lagi!". dikatakan rmai yg mnerima msg ini adelah pgguna Celcom. adekah ini hanyelah msg yg disebarkan dri Celcom kpd penggunanya? (sye pgguna celcom tp x dpt kot =.=) infeksi apekah yg dimaksudkan dalam mesej tersebut? ada yang mengatakan ia hanyalah strategi syarikat telekomunikasi untuk mempromosi perkhidmatan atau produk baru mereka. ada juga yang mengatakan ianya hanyalah iklan untuk filem terbaru 2011. tapi sejujurnya, mula2 nampak simbol ni, terus masuk lam otak ni pasal 'Freemanson'. :O .mengikut fikiran masing2..
Dan yang agak mngejutkan saye apabila bace ade seorang jurugambar amatur telah merakam simbol ini. Pemilik akaun yang menggunakan username ‘yeahcutegirl’ memberitahu dia dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang dari Hong Kong ke Kuala Lumpur. Salah seorang rakannya secara tidak sengaja telah merakam bayangan misteri melalui tingkap kapal terbang. (kebenaran video di bawah adalah tidak pasti) Simbol ini juga dikatakan hanya muncul di Malaysia dan tidak ditempat lain?
Video yang dirakam oleh pemilik account Youtube 'yeahcutegirl'
ada juga saya bace di satu sumber yang mengatakan simbol ini turut kelihatan di blog mereka dan di televisyen semasa iklan pada malam 30 Mac 2011!
Imej simbol 'Infection' yang muncul apabila pemilik blog tersebut membuka blognya.Tapi ingat!! Jgn 100% percaya dan fikir ini adalah tanda kiamat kerana itu adalah SYIRIK! dosa besor tuh! >.<
Ape2 pon, kita tunggu dan lihat! Jangan bertanggapan buruk dulu! Peace no War!
Read more...
Love Replied! All Part! (Intro)
Love Replied!
By: Amni Athirah (Me) , Nur Amira , Wan Nur Khawarizni.
Characters: Lee Dong Ha, Woo Hee Ra, Kim In Ha, Choi Jan Mi, Lee Mee Ra, Park Han Ni.Length: 11+ page foolscape paper.
Get the part's links here!
p/s: Lee Dong Ha tu mmg DONGHA! bkn DONGHAE! DONGHA dan DONGHAE adelah due orang yang berbeza yer! tlg jgn dtg2 dan komen yg sy ni slh eja! jgn egt sy x knal Lee Dong Hae yerr...bai!
Read more...
Thursday, March 17, 2011
F.R.A.N.C.E. - Friendship Remains And Never Can End (Malay FanFic)
Seperti biasa, selepas pulang dari sekolah, Sungmin akan membuka peti surat rumahnya untuk melihat samada ada surat untuk mereka ataupun tidak. Kali ini, semasa dia membuka peti surat tersebut, dia menemui sepucuk surat. Dia melihat namanya tertera di atas surat tersebut. Dia yakin surat itu adalah untuknya lalu dia membuka sampul surat tersebut. Dia membaca dengan teliti sambil berjalan masuk ke rumahnya.
Alangkah terkejutnya dia apabila dia dapati dia telah mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya ke Perancis! Dengan serta merta air mukanya berubah. Keletihannya berjalan kaki dari sekolah hilang sebaik sahaja dia mengetahui berita tersebut. Dia pun berlari-lari kearah ibunya yang sedang memasak di dapur, ‘’Omma!! Omma!! Tengok!! Tengok!! Minnie (Minnie=panggilan ibunya untuk Sungmin) dapat tawaran belajar kat Perancis! :D ‘’ Ibunya menjawab dengan tenang, ‘’Oh ye ke? Baguslah. Kamu nak pergi ke?’’ Dengan teruja Sungmin menjawab, ‘’Mestilah!^^ Ni lah saat yang Minnie tunggu selama ni!’’ Ibunya tersenyum, ‘’Pergilah nak. Kalau memang ni yang kamu nak sangat, omma izinkan.’’ Sungmin berteriak kegembiraan, ‘’Yeayyyy!! Omma, saranghae!’’
* * *
‘’Okaasan!! Nak tau tak, anak okaasan, Chinen Yuuri ni dapat tawaran belajar kat Perancis!’’, Chinen berteriak sebaik sahaja ibunya menjawab panggilan telefonnya. ‘’Hontou?? Baguslah kalau macam tu. Memang ini yang kamu nak selama ni kan?’’, ibunya menjawab. Dengan teruja Chinen berkata lagi, ‘’Mochiron! Hmm, okaasan, duit Chii (Chii=panggilan ibunya untuk Chinen) dah nak habis! Okaasan balik nanti kita sambung ya, Jaa! Aishiteru okaasan! Mmuaahh!’’
* * *
Kini telah tiba masanya Sungmin dan Chinen berangkat ke Perancis menaiki kapal terbang. Mereka sangat teruja kerana inilah pertama kali mereka akan menaiki kapal terbang. Selama ini, mereka hanya menemani orang lain yang menaiki kapal terbang.
(Dalam flight) Sungmin duduk di tempat yang ada. Oleh sebab Chinen masuk lambat, dia terpaksa duduk di mana-mana tempat yang kosong sahaja. Dia tidak dapat memilih tempat duduk yang dia mahu iaitu di tepi tingkap. Tempat duduk di sebelah Sungmin satu-satunya yang kosong.
(Mase flight tgh terbang) ‘’Wekkk!! Wekkkkkk!!!’’, Sungmin loya kerana dia mabuk (mabuk angin/udara ke? =.= ) .. Chinen yang berada di sebelahnya cuba untuk menenangkannya sambil menghulurkannya plastik, ‘’Err..nah plastik. Kalau awak nak muntah, muntah lah dalam plastik ni ye.’’ Sungmin mengambil plastik itu, ‘’Kamsahae, chingu.’’ Chinen tercengang, ‘’Huh???’’ Sungmin sekali lagi berkata, ‘’Ohh!! Miannn!! Err, maksud saya, sorry. Saya tak ingat saya bukan ada kat Korea. =.= Emm,,thanks sebab bagi plastik tu.‘’ Chinen lega, ‘’Ohh, Ii yo. Eh, silap. Takpe. J ‘’
* * *
(Kat hostel masing-masing) Sungmin sebagai anak tunggal dalam keluarganya dan agak manja, agak susah baginya untuk bersosial dan mencari kawan baru terutama di tempat baru (sangat baru). Dia menjadi pendiam sejak berada di Perancis. Dia melakukan semua kerja berseorangan. Tiba-tiba ada seseorang menegurnya,
Henry: Hi!
Sungmin: Hi… (muke sdey kot)
Henry: Hmm,,I’m Henry. Henry Lau. I’m from China. You?
Sungmin: Err..Err..I’m Sungmin. Lee Sung Min. I’m from South Korea.
Henry: Wow! Nice name. Nice to meet you! ^_^
Sungmin: Nice to meet you too! :D
Henry: Emm, are you alone?
Sungmin: Yes..
Henry: Ohh..I can be your friend if you don’t mind.
Sungmin: Ah, sure.
Henry: Xie Xie..
Sungmin: :D [bdk ni nmpk baek,,bole jadi kawan kott,,eh muke die ni mcm Henry lam Super Junior M lah..name pon same. lol (ckp lam hati)]
Belum cukup dua jam dia berada di situ, dia terasa sangat bosan (damn bored!!). Dia mengambil keputusan untuk pergi ke perpustakaan. Dia pun pergi.
* * *
DIa pun melangkah masuk ke perpustakaan. Dia melihat ke kanan, hadapan, kiri, atas, bawah, belakang, utara, selatan, timur, barat, timur laut, tenggara, barat laut, barat daya (saje je nk mmanjangkan ayat =.= ) Dia meneliti setiap sudut di perpustakaan itu. Dia terlopong. :O Dia dapati perpustakaan itu jauh lebih cantik daripada perpustakaan di sekolah lamanya. (yang ni lebih bersih dan teratur =.= ) ‘’Wahhhh! Bersihnye! Takde pon sampul gula-gula kat lantai! Takde pon lukisan mural yang tah pape kat dinding! (contengan la tu) Meja semua tersusun cantik! Buku pun kemas tersusun kat rak!,’’ Sungmin berkata dalam hati (takot org dgr kang x pasal2 org kate dye sakai).
Tanpa membuang masa dia pun berjalan lagi untuk mencari meja kosong. Tiba-tiba dia ternampak budak tadi! Budak yang menolongnya ketika di dalam kapal terbang iaitu Chinen. Dia pun berjalan menuju ke arah Chinen lalu menegurnya.
Sungmin: Err..hai! :D
Chinen: Shhhhhh!! Eh, hai.
Sungmin: Err..kenapa?
Chinen: Ni kan kat dalam perpustakaan, mana boleh bising!
Sungmin: Ohh.. [laa ye ke.perpustakaan kat skola aku bising mengalahkan pasar takpe pulak? (kate lam hati)]
Chinen: Umm, kalau nak cakap jom lah kita keluar. Takut orang marah kita cakap-cakap dalam ni.
Sungmin: Ok! Ok! :D
* * *
[Kat luar (mane2 je la)].
Chinen: Err..awak nak cakap apa?
Sungmin:Eehh??? Saya tak cakap pun yang saya nak cakap ngan awak~
Chinen: Habis tu?! Tadi tu?
Sungmin: mane?! Saya Cuma kata ‘Hi!’. Saya nak berkenalan ngan awak je.
Chinen: Hurghh..Ok, hmm. Watashi wa Chinen Yuuri desu. Saya Chinen Yuuri. Saya dari Jepun. Panggil je Chinen tapi mak saya panggil saya Chii. Awak boleh panggil apa-apa pun.
Sungmin: Ohh..Chonun Lee Sung Min imnida. Saya Lee Sung Min. Saya dari Korea Selatan. Panggil je Sungmin tapi mak saya panggil saya Minnie. Awak pun boleh panggil saya ngan nama apa-apa pun. Hmm, saya panggil awak ‘shortie’ boleh? Sebab awak Nampak pendek la~ (rendah la tu)
Chinen: Eehh??! Nani?!! No way! Hmph!
Sungmin: Hahaha! Just kidding la! Jangan marah! J
Chinen: Hmm, ok.
Sungmin: Hmm, awak dah makan? Kalau belum, saya nak makan sama-sama ngan awak boleh?
Chinen: Boleh je, saya pun takde kawan.
Sungmin: Orite!! :D
Chinen: :)
Sejak hari itu, mereka menjadi kawan rapat. Mereka bergurau senda, ke sana ke mari mengelilingi kota Perancis bersama-sama, makan bersama-sama. Mereka juga bercerita tentang Negara dan keluarga masing-masing. Kadang kala mereka juga berkongsi rahsia masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, mereka masing-masing sudah pun tamat pelajaran mereka di Perancis dan tiba lah masa mereka untuk pulang ke Negara masing-masing.
Chinen: Sungmin-sshi!
Sungmin: Ooo..dah pandai ye. ;)
Chinen: Hehehe..tengokla siapa yang ajar..
Sungmin: Chinen-kun! Hehehe..
Chinen: Wahh..dia pun pandai~ X)
Sungmin: Aishiteru yo, tomodachi. Hehehe~
Chinen: :O pandai2..Saranghaeyo chingu. Hehehe~
Sungmin: Haha, budak pandai, nanti dah sampai Jepun tolong jangan lupakan saya ye!
Chinen: Mochiron! ^_^
Sungmin: Kamsahae chingu! :’)
Chinen: Anata mo! Jangan lupakan saya bile sampai kat Korea!
Sungmin: Itu dah pasti! Awak satu-satunya kawan baik saya kat sini.
Chinen: terharunyer~ :’)
Sungmin: Hahaha..I will surely miss you honey~ :’)
Chinen: Ore mo.. :’D
Sungmin: *peluk Chinen*
Chinen: *peluk Sungmin*
Sungmin: *lepaskan pelukan*
Chinen: *lepaskan pelukan*
Sungmin: Chii-kun, ambil lah gelang ni. Semalaman saya tak tidur sebab saya buat gelang ni khas untuk awak. Tolong simpan baik-baik ye!
Chinen: *ambik* Mochiron! Kirei~~~~ Daisuki!! Arigatouuu Minnie-sshi! ^____^
Sungmin: Glad you’re like it. :D Tengok, saya pun ada jugak. :D
Chinen: Hahaha,,tapi saya tak paham. FRANCE? (tulisan kt gelang tu) … Oh! Baru faham! France, tempat kita bertemu kan? :D
Sungmin: Bukan tu je sebenarnyer..FRANCE tu Friendship Remains And Never Can End! Nanti, walaupun kita jauh di mata, tapi kita tetap dekat di hati! :”D
Chinen: *air mata meleleh* ( T-T ) .. terharunyer sayeeee!!!! Awww~~~
Sungmin: Ehh,,kita dah lambat! Jom naik flight! :O
Chinen: Eh, a’ah la. Jom3~
* * *
Mereka pun sampai di Negara masing-masing. Sesampai sahaja mereka di sana, mereka menatap gelang mereka sambil tersenyum sorang-sorang lam bilik. Tamat~~~ :D
Lee Sung Min
Chinen Yuuri
Henry Lau (watak sampingan je)
By: Meniey (aku la tu)
..hahaha..ngokk..pendek sgt r cite niy. =..=!!
Read more...
Tuesday, March 15, 2011
Hati yang Hitam Takkan Baca Post ni~
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membaca post ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Read more...




