♥ CHAPTER 1
Ini adalah hari pertama persekolahan bagi Mika di sekolah barunya. Terasa agak ‘nervous’. Perkara biasa yang berlaku di sekolah pada hari pertama. Dia melangkah kakinya perlahan-lahan menuju ke pejabat untuk mengetahui kelas barunya itu. Setelah dimaklumkan oleh bakal guru kelasnya itu bahawa dia akan berada di kelas pertama iaitu 2A dia terasa agak gembira walaupun perasaan ‘nervous’ itu masih wujud dalam dirinya.
Guru kelasnya itu mengiring Mika menuju ke kelas barunya. Saat kakinya melangkah masuk ke kelas, jantungnya berdegup kencang. Dia menghadapinya dengan tenang. Dia berfikiran positif dan tenang. Dengan perlahan dan muka yang agak pucat, dia melihat seluruh kelas, dengan matanya melihat setiap orang yang berada di kelas itu, jantungnya berdegup lebih kencang apabila dia mendapati terdapat 32 pasang mata yang melihatnya ketika itu.
Pada hari pertamanya itu, dia terpaksa memperkenalkan dirinya di hadapan kelas, dengan suara yang agak gugup, dia memulakan pengenalan dirinya, ‘’Err..N..Na…Nama..Nama saya Misaki. Misaki Takahisa. Panggil je saya Mika.” Dia berasa sangat lega dan degupan jantungnya ketika itu tenang sedikit kerana dia telah Berjaya menghadapi saat yang dia takuti iaitu memperkenalkan diri di hadapan kelas. Dia kemudiannya bergerak menuju ke tempat duduknya yang ditunjuk oleh guru kelasnya.
Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi biru yang kosong itu. Dia menoleh ke belakang, kanan dan kiri dan memberikan senyuman kepada kawan-kawan barunya itu.
♥ CHAPTER 2
Saat matanya melihat sebelah kirinya, dia dapati tempat duduk di kirinya itu diduduki oleh seorang lelaki yang sangat hensem dan comel! Hatinya cair, kaku dirinya apabila lelaki itu dengan perlahan menoleh ke arahnya dan menegurnya, ‘’Hai~’’ Mata Mika terbuka luas serta mulutnya ternganga luas seperti mahu menjemput lalat masuk ke kerongkongnya. Apabila dia dapati lelaki yang bernama Yuuri Chinen itu melihatnya dan mengetahui bahawa dia sedang melihatnya, dia segera mengalihkan pandangannya kehadapan.
Baru hari pertama persekolahan sudah dia terasa sangat beruntung kerana dapat tempat duduk bersebelahan dengan Yuuri. Tetapi agak malang kerana gara-gara lelaki itu dia dimarahi oleh cikgunya kerana tidak menumpukan perhatian. Sungguh malang! Lelaki itu telah membuat Mika hilang tumpuan semasa belajar dan dimarahi guru pada hari pertama persekolahan. Memalukan sungguh. Dia terus mencuba untuk menghiraukan lelaki itu tetapi masih tidak berjaya.
Semakin hari dia rasakan amat tertekan. Lalu, tanpa rasa malu dia bertanya kepada rakan sekelasnya tentang lelaki yang telah mencuri tumpuannya itu. Dia sangat gembira kerana dia mendapat informasi yang cukup lengkap! ;
Nama: Yuuri Chinen
D.O.B.: 30 November
Warna kesukaan: Hijau
Makanan kesukaan: Gyoza
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .(dan byk lagi). . .
Yang paling mengejutkannya ialah dia dapati Yuuri adalah anak datuk! Orang kaya katanya. Yuuri orang yang jual mahal! Walaupun biasanya orang kaya adalah playboy, tetapi Yuuri agak berbeza. Ramai perempuan yang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya tetapi dengan mudahnya tawaran itu ditolak. Dihatinya terdetik sedikit perasaan gembira kerana dia dapati Yuuri bukan seorang playboy tetapi terdapat juga sedikit kecewa. Sedangkan perempuan-perempuan yang cantik, kaya dan pandai yang telah menawarkan diri mereka untuk menjadi ‘girlfriend’ Yuuri, ditolak. Apatah lagi dirinya itu yang tidaklah kaya, tidak juga cantik, pandai pun tak berapa, memang tiada lah harapan baginya untuk mencuri hati jejaka idamannya itu.
♥ CHAPTER 3
Sejak hari itu, dia hanya main curi-curi pandang lelaki itu tanpa memasang sebarang harapan. Setiap hari, dia akan melihat Yuuri. Jika dalam satu hari dia tidak melihat Yuuri, bagaikan semua benda jadi tak kena. Tertekan dibuatnya. Semakin hari dia memerhati Yuuri, suatu hari, dia rasakan Yuuri telah mengetahui tentang perbuatannya itu. Ternyata sangkaannya benar!
Sejak itu, dia kurang memandang Yuuri kerana bimbang keadaan akan menjadi bertambah rumit. Setiap kali dia memandang wajah yang comel itu, terasa jantungnya berdegup kencang kerana dia dapati pada masa yang sama dia melihat Yuuri, Yuuri juga memandangnya.
Dia bimbang kalau-kalau perbuatannya itu menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak puas hati pada Yuuri. Dia terasa bersalah. Dalam hatinya terasan ingin meminta maaf tetapi apakan daya, dirinya tidak berani untuk berhadapan dengan lelaki itu apatah lagi bercakap dengannya.
♥ CHAPTER 4
Suatu hari, sedang asyik Mika mengelamun sambil berjalan-jalan menuju ke kelas, tiba-tiba lamunannya terhenti apabila Yuuri tidak sengaja melanggar bahunya. Dengan serta-merta dia meminta maaf walaupun dia yang dilanggar. Yuuri berasa aneh tetapi menghiraukannya lalu meminta maaf. Dia lalu beredar dari situ. Dengan keadaan Yuuri yang tergesa-gesa itu menimbulkan rasa ingin tahu di hati Mika, apakah yang membuat Yuuri begitu kelam-kabut? Dia menghiraukan perasaannya itu lalu meneruskan langkahnya menuju ke tempat duduknya. Tiba-tiba sahaja dia teringat wajah Yuuri saat dia mereka saling bertentangan mata semasa Yuuri melanggarnya di hadapan pintu kelas itu. Dia menghentikan lamunannya itu sekali lagi.
Tiba-tiba dia merasakan sesorang sedang melangkah masuk ke kelas. Dia menoleh ke arah pintu utama kelasnya. Dia agak terkejut kerana makhluk di pintu kelas itu adalah Yuuri. Dia kelihatan sungguh pucat. Hatinya kurang senang. Apakah yang terjadi pada Yuuri? Mengapa mukanya pucat? Dia memerhati setiap gerak-geri Yuuri yang perlahan-lahan berjalan menuju ke tempat duduknya. Pandangannya teralih apabila terdengar ketua kelasnya mula memberi ucapan selamat tengah hari pada guru yang sedang masuk ke kelas.
Beberapa hari selepas itu, sekali lagi hatinya berdegup kencang. Ini kerana saat tangannya memegang buku di rak buku di perpustakaan itu, matanya terpandang mata Yuuri yang cantik itu di celahan antara buku-buku dan rak. Dia terasa berdebar. Dua mata yang dipandangnya itu juga sedang memandangnya. Dengan serta-merta di mengalihkan pandangannya itu lalu meneruskan pencarian buku yang dikehendakinya. Setelah selesai mencari, dia pula berjalan ke satu meja berdekatan. Sudah duduk pun di kerusinya. Matanya pula menjeling-jeling mencuri pandang Yuuri yang masih berada di rak buku tadi. Memang sejak awal tahun lagi, dia tidak dapat mengawal matanya daripada melihat Yuuri. Entah mengapa.
Seperti biasa, dia mula mengelamun. Tiba-tiba terlintas di fikirannya, sejak kebelakangan ini, selalu saja dia bertemu dan berlanggar dengan Yuuri. Mengapa? Dia pasti segala insiden itu berlaku adalah secara tidak sengaja dan semua itu hanyalah kebetulan. Apakah maksud yang tersirat di sebalik semua ini? Lamunannya sekali lagi terhenti apabila suara Yuuri menusuk di telinganya dengan kata-kata, ‘’Hai, boleh saya duduk kat sini?’’ Matanya terbeliak melihat Yuuri yang berdiri tegak di hadapannya lalu menjawab dengan tenang, ‘’Err..boleh. Duduklah.’’ Yuuri membalas, ‘’Terima kasih.’’ Tiba-tiba terlintas pula di fikirannya, apakah motifnya? Mengapa dia duduk di sini? Tak takutkah akan menimbulkan rasa curiga pada pelajar-pelajar yang lain, terutama pelajar-pelajar perempuan? Dengan muka yang menunjukkan rasa aneh dia memandang Yuuri. Pandangannya disedari Yuuri. Kini dia pula yang dipandang. Dia tersentak. Dengan serta-merta dia mengalihkan pandangannya pada buku yang dari tadi masih belum dibeleknya.
♥ CHAPTER 5
Sebulan lagi sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Sekejap sahaja masa berlalu. Unit beruniformnya pula mengadakan perkhemahan. Semasa perjumpaan Persatuan Pengakap berlangsung iaitu seminggu sebelum perkhemahan dijalankan, pada masa itulah baru dia tahu bahawa Yuuri berada di persatuan yang sama dengannya iaitu Persatuan Pengakap. Berbunga-bunga hatinya apabila mengetahui informasi itu. Ahli Persatuan Pengakap lelaki dan perempuan digabungkan dan akan dibahagi kumpulan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Tetapi, yang pastinya mereka masing-masing jantina akan berkhemah di khemah yang berasingan.
Sungguh mengejutkan dirinya, siapa yang tahu, apabila cikgunya mengumumkan nama ahli-ahli yang sekumpulan dengannya sepanjang perkhemahan. Ini kerana, nama ‘Chinen Yuuri’ disebut dalam senarai ahli-ahli kumpulannnya. Kini bunga-bunga dihatinya berbunga lagi lalu membentuk sebuah taman yang cantik. Kini ada lah taman bunga di hati Mika.
Hari yang dinantikan kini tiba. Awal-awal pagi lagi Mika sudah sampai di perkarangan sekolah. Berkobar-kobar semangatnya untuk pergi berkhemah. Walaupun dia takut untuk pergi berkhemah, apatah lagi dalam hutan! Tetapi perasaan takutnya itu dia kuburkan. Perasaan takut yang menghantui dirinya itu kini tiada lagi. Lagi-lagi berkhemah se-persatuan dengan Yuuri, sekumpulan lagi!
Oleh kerana Mika datang terlalu awal, dia terpaksa menunggu selama satu jam sebelum bertolak. Penantiannya membuatnya tertidur. Dia lena dibuai mimpi ditiup angin sepoi-sepoi bahasa walaupun tidak berbaring di atas tilam yang empuk seperti di rumahnya. Tidurnya terjaga apabila satu suara berbunyi, ‘’Mika! Bangun~ Dah lama tidur kat sini? Cepat bangun, kita dah nak bertolak ni.’’ Rasa ingin marah wujud dalam hatinya, mana taknya, mengganggu dia ingin tidur, siapa yang tak marah? Lagi-lagi dia sedang mengantuk ketika itu. Niatnya terbatal apabila dia melihat Yuuri yang telah mengejutkannya. Matanya yang tadi layu kini terbuka luas. Dengan segera dia bangun. Tetapi entah mengapa terasa berat sungguh baginya untuk bangun berdiri. Dia mengeluh, ‘’Ugh~’’ Tiba-tiba Yuuri menjerit sambil menarik tangannya menuju ke pintu bas, ‘’Jom lah cepat!’’ Matanya terbeliak melihat tangan Yuuri yang sedang memegang tangannya. Seperti dalam khayalan. Betapa gembiranya dia, siapa yang tahu.
Setibanya mereka di pintu bas, Yuuri melepaskan tangan Mika. Mereka berdua pun duduk di tempat masing-masing. Ketika Mika melihat semua tempat duduk, kelihatan semuanya penuh. Satu-satunya tempat duduk yang ada iaitu di sebelah Yuuri. Hatinya terdetik, ‘’Ah! Sebelah Yuuri? Peluang aku! Ah! Tapi tak kan dia nak bagi aku duduk sebelah dia kot? Erh, cari tempat lain laa. Mana ni??!’’ Sedang dia asyik mencari tempat duduk yang kosong, tiba-tiba terdengar satu suara memanggil namanya, ‘’Mika! Takde tempat lain dah, duduk sini! Sebelah saya!’’ Dia segera mencari arah suara itu, ternyata itu suara Yuuri! Dia tercengang, ‘’Ini mimpi ke? Yuuri ajak aku duduk sebelah dia? Adui~’’ Lamunannya terhenti apabila sekali lagi Yuuri memanggilnya, ‘’Hey! Taknak duduk ke? Sini la!’’ Dengan perlahan dia berjalan menuju ke tempat duduk yang ditunjuk oleh Yuuri. Dengan perasaan yang agak ‘nervous’ dia cuba berlagak tenang dan duduk di sebelah jejaka idamannya itu.
♥ CHAPTER 6
Perjalanan mereka ke Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong, Selangor mengambil masa kira-kira 2 jam. Perjalanan yang agak lama itu sekali lagi membuat Mika tertidur. Tanpa disedari, kepalanya berada di atas bahu kiri Yuuri. Yuuri menghiraukannya sambil melihat pemandangan di luar cermin sepanjang perjalanan. Sesampainya mereka di destinasi, Yuuri mengejutkan Mika, ‘’Mika, bangun. Kita dah sampai.’’ Dengan serta-merta Mika pun terjaga dari tidurnya yang nyenyak.
Mereka pun turun dari bas lalu menuju ke tapak perkhemahan sambil membawa barang-barang yang diperlukan. Mereka berdua pun menuju ke bahagian mengikut jantina dan kumpulan masing-masing. Setelah selesai mendirikan khemah, mereka mandi-manda di sungai yang berdekatan. Setiap saat, walaupun sedang mandi, Mika masih sempat mencari kelibat Yuuri yang juga sedang bermandi-manda. Cukuplah sekali itu dia melihat Yuuri pada masa itu.
Pada waktu malam, mereka menghidupkan unggun api menggunakan kayu api yang telah dikumpul pada petang tadi. Lebih kurang pukul 10 malam, mereka masuk ke khemah masing-masing lalu tidur.
Keesokkan paginya, mereka mengadakan pertandingan membina tripod. Acara bermula pada pukul 8 pagi. Langkah pertama yang mereka lakukan iaitu mencari buluh. Lalu mereka masing-masing berpecah mengikut kumpulan.
Sedang mereka asyik mencari buluh, tibe-tiba Mika tersedar bahawa dirinya sudah tersesat jauh dari kawan-kawan sekumpulannya. Bertapa kuatnya debaran jantungnya, siapa yang tahu. Pelbagai perkara negative kini terlintas di fikirannya. Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana jika dia tersesat dan tidak akan berjumpa semula dengan rakan-rakannya? Mungkin akan dibaham binatang buas? Tanpa melengahkan masa, dia terus berjalan tanpa arah sambil mencari-cari rakan-rakannya yang dari tadi tidak muncul-muncul. Tiba-tiba terdengar seperti seseorang sedang mengekorinya dari belakang. Tanpa menoleh ke belakang, dia meneruskan langkahnya lebih laju. Perasaan takut mula menyelubungi. Tiba-tiba, satu tangan memegang kanannya lalu menariknya menyebabkan badan Mika secara automatik pusing ke belakang. Dengan matanya tertutup, dia pun menjerit. Jeritannya tidak kedengaran kerana sempat ditutup oleh satu lagi tangan. Kemudian kedengaran suara Yuuri di telinganya, ‘’Hey! Jangan jerit! Ini Yuuri! Buka mata tu.’’ Mika pun memberanikan diri membuka matanya. Alangkah gembiranya dia kerana dia telah berjumpa dengan seseorang, apatah lagi orang itu ialah Yuuri, ‘’Ah! Yuuri! Nasib baik awak ada! Awak tak tahu betapa takutnya saya tadi! Saya ingatkan saya dah sesat!’’ Yuuri sekali lagi bersuara, ‘’Memang awak dah sesat pun! Kita berdua dah sesat! Ish!’’ Sekali lagi perasaan gelisah wujud dalam diri Mika, ‘’Hah? Aduyaii.Habis, apa kita nak buat?’’ ‘’Manalah saya tahu. Jomlah kita cari jalan keluar ikut sungai kat sana tu,’’ Yuuri menjawab dengan selamba sambil menuding jari kearah sebatang sungai.
Setelah beberapa jam mereka mencari jalan, tetapi masih belum temui. Mereka pun berehat di bawah sebatang pokok kerana terlalu penat. Mereka pun tertidur.
♥ CHAPTER 7
Apabila mereka sedar, jam di tangan mereka menunjukkan pukul 6 petang. Mereka cemas! Mereka cuba menenangkan diri dan cuba berfikir dengan tenang apa yang patut mereka lakukan. Sedang mereka berfikir, tiba-tiba Yuuri bersuara,
Yuuri: Mika. . .
Mika: Ya? Kenapa? Dah ada idea?
Yuuri: Bukan. Saya nak pesan kat awak sesuatu.
Mika: Err..apa dia?
Yuuri: Don’t Love Me.
Mika: Huh? Err..
Yuuri: Jangan sukakan saya. Maksud saya, jangan pernah jatuh cinta dengan saya.
Mika: Err..? Kenapa? Tiba-tiba je awak ni…pelik semacam.
Yuuri: Saya serius!
Mika: Okay! Tapi kenapa? Ceritalah.
Yuuri: Awak mesti tertanya-tanya kan kenapa saya tolak semua tawaran perempuan-perempuan yang nak jadi ‘girlfriend’ saya tu, dan sampai sekarang saya masih belum ada ‘girlfriend’ pun. Sedangkan, yang semua orang tahu, saya anak orang kaya, senang-senang je nak ada ‘girlfriend’.
Mika: *tercengang* Err..nak tahu jugak, kenapa awak buat semua tu?
Yuuri: Sebab…..
Mika: Sebab?
Yuuri: Err..sebelum tu, boleh tak awak janji dengan saya, tolong jangan jatuh cinta dengan saya?
Mika: Err..tak boleh janji kot. Bagitahu la dulu.
Yuuri: Err..Saya ada penyakit, Leukemia.
Mika: Hah?! :O
Yuuri: Sebab tu saya tak terima mana-mana perempuan, dan saya tak nak terima awak jugak, bukan sebab kekurangan perempuan-perempuan tu dan awak, sebab kekurangan saya sendiri. Sebab, saya tak nak ‘girlfriend’ saya terlalu sedih dan menangis kerana saya, bila saya meninggal nanti. Saya tahu umur saya tak panjang. Tolonglah, jangan cintakan saya! Saya tak nak awak kecewa, sedih, menangis sebab kehilangan saya suatu hari nanti.
Mika: Tapi…
Yuuri: Takde tapi-tapi!
Mika: Err..tapi, saya dah lama jatuh cinta kat awak~! Awak tahu tak, sejak awak layan saya dengan cara macam tu, saya makin sayang kat awak!
Yuuri: Emm? Saya buat semua tu cuma sebagai kawan! Saya Cuma kesian tengok awak selalu bersendirian. Awak kan takde kawan. Biarlah saya jadi satu-satunya kawan awak. Tak lebih dari tu.
Mika: *tiba-tiba air matanya mengalir* Tapi..
Yuuri: Tengok! Sebab ni lah saya tak nak awak sayangkan saya macam ni. Saya masih ada kat sebelah awak ni pun, saya baru cakap macam tu awak dah menangis! Macam mana nanti bila saya dah tak ada, saya pun tak tahu lah.
Mika: Yuuri! Saya tak kira. Saat awak masih ada ni lah saya nak habiskan masa bersama awak. Sekurang-kurangnya kalau awak dah takde nanti, saya boleh ingat kenangan-kenangan manis kita bersama.
Yuuri: Saya tak kisah kalau itu yang awak nak. Kalau macam tu awak kena janji dengan saya, redhalah pemergian saya suatu hari nanti, ya?
Mika: Ok! Saya janji!
Yuuri: *tersenyum sambil mengesat airmata Mika*
Mika: *memeluk Yuuri dengan erat* Saya sayang awak!
1 comment:
amni aku rasa ko bleh wat novel yg nipis ni..
ko ada bakat dlm penulisan..
Post a Comment