Mempunyai akaun facebook, ada membawa perkara negatif, dan jika  digunakan seeloknya akan membawa kepada perkara yang positif. Untuk  entri kali ini, aku tidak ingin memperkatakan tentang perkara yang  negatif atau positif, tetapi aku hendak buat entri yang aku rasakan  perkara yang perlu DIKURANGKAN ketika anda ber'facebook'.

Sebab  aku kata kurangkan dan bukannya jangan langsung, kerana boleh dikatakan  perkara yang aku pikir ini statusnya berada ditengah². Antara negati  dan positif. Tidak terlalu negatif, tidak terlalu negatif. Dan anda juga  boleh nilaikan point² aku ini.:)
1. Kurangkan Terlalu Kerapa Update Status.
Update  status penting untuk facebook. Rakan² boleh mengikuti perkembangan anda  dan berbalas komen. Tetapi juga penting untuk diketahui, kurangkan  untuk update status terlalu kerap.

Contoh,  anda mungkin buat banyak perkara dalam sehari dan beberapa kali update  status anda dan salah satunya pergi ke bandar. Anda boleh update pergi  ke bandar seperti " Hendak ke bandar. Siapa mahu ikut.?.:)".
Tetapi  jangan pula tak sampai seminit keluar pula status lain, "tengah tunggu  bas", lepas tu "berada dalam bas", lagi " ramai la orang dalam  bas"..bla.bla..bal.. Bukan apa, nanti orang pikir 'serabut la status dia ni. setiap masa nak update.'. kan tak elok tu. Jadi kurangkan untuk update status terlalu kerap.
2. Kurangkan Status Luahan Perasaan Bersifat Negatif.
Facebook  sesuai untuk dijadikan medium untuk luahan perasaan. Apa yang aku  maksudkan bersifat negatif ni seperti 'bosan la petang ni', benci la  malam ni'. dan lain². Kalau yang mengutuk orang lain baik tak payah  ye.:).

Dan  status bersifat negatif ni perlu dikurangkan di wall facebook anda.  Jadi bila orang buka wall anda, tidak la asyik baca update pasal bosan,  benci, marah, bengang dan pelbagai lagi.
Kalau sekali sekala  terasa juga hendak bagi kata-kata semangat. Tapi kalau setiap jam bosan,  yang nak bagi kata semangat pun bosan.:) Oleh itu, status bersifat  negatif perlu dikurangkan.:)
3. Kurangkan Gambar Tak OK.
Berfacebook  selain daripada update status juga update gambar² terbaru. Apa yang aku  kata perlu dikurangkan apabila upload gambar ini adalah, kurangkan  upload gambar yang tidak menarik atau dalam bahasa lainnya gambar yang  tidak menjadi atau kurang menjadi.

Contoh  anda pergi berkelah dan ada ambil banyak gambar. Nanti apabila balik  rumah, jangan la upload semua sekali terus. Pilih dahulu mana satu  gambar yang menarik dan yang anda rasa orang suka hendak tengok atau  anda tengok sendiri.
Bayangkan kalau ada 50 keping gambar, 20  gambar tidak menjadi/kurang menjadi. Serabut juga kawan² anda yang  menengok. Kan elok kalau pilih dan letak gambar yang ok² sahaja.:)
Sebenarnya  apabila bercakap tentang facebook ini, banyak perkara yang boleh  dikupaskan lagi. Tetapi untuk entri ini cukuplah dahulu dengan 3 point  yang aku rasakan perlu dikurangkan semasa berfacebook. Kerana aku juga  pengguna facebook, dan aku pun menilai profile rakan², dan rakan² juga  menilai profile aku.:)
Dan kalau korang ada lagi point² atau  komen berkaitan bolehlah hantar di ruangan komen di bawah ni ye.:).  sebarang cadangan dan pandangan dialukan.:).
Dan sebelum habis,
KURANG dan JANGAN adalah 2 perkara yang berbeza ye.:).
Happy blogging n Happy facebooking..:)
FULL CREDITS to unwanted86 sbb smuanye dicopy dari sane..nk dkongsi kpd readers2 smua! ;)     

 

 
 

 
 
4 comments:
owh~sy naik bas...sy turun bas...sy jalan2...sy nmpk org ramai...sy jalan lagi...bla...bla..blaa~
hahaha..se2 nk kabo kt status =.=
tadi saye maen bola,pastu ayr jatuh,pastu jimmy dtg selmtkn sye...
hahahahaha....
ceh!! >.<
Post a Comment