} -->
! яεα∂ мøяε τø ќиøω мøяε! !

Pages Available Here

  • Home
  • ♥ Fictions ♥
  • BioZ

Share your link here!

Followers

New FanFiction Uploaded! LOVE SONG : Yong Jun Hyung (BEAST), Lee Joon (MBLAQ), Jung Eun Ji (A PINK)

Suka blog ni?

Monday, January 23, 2012

Game Yang Menghina Islam?

Assalamualaikum!
Attention! Attention! Hehe
Orang Malaysia ni ramai yang kaki game, betul tak?
Tak kira lah laki pompuan ke tua muda ke sume same je ~

Nak main tu main lah jugak tapi sebelum main kita kena pastikan game tu selamat!
Kena lah filter dulu!
Sebab ape? Bahaya! Dari segi ape?
Eiii tahukah anda, dunia sekarang ni dah banyak game yang menghina Islam!
Korang sume maen2 tu korang sedar tak? haaaa~ Ayoyo~~ -.-

Kat sini saya nak share senarai game yang menghina Islam. Macam2 betol..
Saya CopyPaste dari orang je ni sbb sy sendiri pon tak reti nak mengolah semula..hehe



1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ?penghulu syaitan? menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.







Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".


Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut.


Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying



Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.





Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. ?Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,? katanya.

3) Zack And Wiki



Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.
http://www.youtube.com/watch?v=ziV03wLGDnY&feature=player_embedded#at=70


Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia



Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes



Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.



Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa ?syaitan? bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.



Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia


Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.


Zodiak Virgo:


Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

Cool Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud ?The Illuminated!?

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.


Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut


Screenshot dari gameplay Resident Evil 4



Zoom pada pintu tersebut

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.


Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.



Perbezaan pintu dalam game dengan realiti



Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

9) Dante?s Inferno



Dante?s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of *sensored*) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Danteadalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.

Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.
Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante?s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(
Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante?s Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana ?keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain?. Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?.

Berdasarkan maksud tersirat pada ?sajak suci? ianya dari Inferno Canto XXVIII:
No barrel, even though it?s lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: ?See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we?ve made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
?Death has not reached him yet,? my master answered,
?nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout *sensored*:
this is as true as that I speak to you.?
Inferno XXVIII
Ada sesiapa paham tak? XLAWS serius tak paham. Kalau paham kongsi la kat sini ye. Ada la maksud tersirat di dalam tu?



?See how I split myself!?
?See now how maimed Mohammed is!?
Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.

Inferno XXVIII, 19-42.



The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.
Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L?Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Setakat ni cuma ini yang saya dapat ..Kalau ada lagi nanti saya update yer! ^^
Saya tahu saya ni bukan baik sangat tapi saya sedang cuba untuk jadi baik dengan menyampaikan benda baik..hehe
Kalau korang ade main game yang macam dalam senarai tuh, baik lah berhenti.cari lah game lain yang lebih bermanfaat (ade ke) hahah ..carilah game IQ ke yang menguji minda tu, kan baguslah sikit~ hehe XD

Sebelum tu, saya nak share pasal satu game ni.Game orang melayu ke? Cuba tengok videos ni..
- http://www.youtube.com/watch?v=L9QxH_rUfC8
- http://www.youtube.com/watch?v=5ZM07WKJg4Q
Diorang cakap melayu kan? -.-

Sekian, wasalam

Read more...
Posted by Meniey at 2:25 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 21, 2012

Tafsir Mimpi Menurut Islam



Assalamualaikum w.b.t..
Hmm aktif semacam je aku hari ni kan?
Alaaa sekali sekala..Time free boley laa kan, nanti bile dah kena berpisah dengan komputer kan dah tak boleh nak post banyak-banyak ~

Kali ni post pasal ape nih?
Dah nampak kan kat tajuk entry tuh?
Haaa tajuk punye lah besar, kalau tak nampak jugak tuh tak tahu lah -.-
"Tafsir Mimpi Menurut Islam"

Sebelum saya letak senara-senarai mimpi dan tafsirannya, saya nak cerita sikit pengalaman saya boleh? *blog aku , aku punye suke lah*

Dulu, emm tak ingat dah, dua tahun lepas agaknya.
Beberapa hari sebelum atok aku meninggal..*ait terus sampai sini?* -.-
Masa tuh atok aku duk kat ICU kalau tak silap aku penyakit diabetes..,eh entahla
Masa tu aku nak balik Terengganu lepas melawat atok aku kat hospital, sebab dah nak skolah..
Lam perjalanan tengah jalan punye jalan tibe-tibe "Kringg!" telefon berbunyi ~
"Hello?" mak aku jawab telefon, nenek aku kata atok aku dah nazak sangat..
Kitorang pon ape lagi, patah balik ke Selangor!

Sesampainye kami di hospital, hmm memang nazak.
Tapi nak buat macam mane, hanye mampu berdoa. Kitorang pun balik lah ke rumah nenek untuk bermalam..
Lepas tu aku tak ingat dah, atok aku meninggal..,beberapa hari sahaja sebelum Ramadhan :'(

Dugaan..Ramadhan tahun itu kitorang lalui tanpa seseorang..
Tapi motif utama aku cerita ni adelah,
beberapa hari sebelum atok aku meninggal tu,
aku mimpi..mimpi ape, tau? Aku mimpi gigi aku patah!
Dalam pembacaan aku, mimpi gigi patah memang bermaksud ada orang yang akan meninggal. Huh! Tak sangka petunjuk tu disampaikan melalui aku..Pergh! -.-

Ok..Ok..takley cite banyak2, readers dah naik meluat..kan? LOL
Nah ini dia senarai mimpi dan tafsirannya..Baca ye ~

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :

  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian

  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
  11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
  14. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  15. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  17. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
  18. Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  19. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  20. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  21. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
  22. Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  24. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  26. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  27. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  28. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  29. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  30. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  31. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  32. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
  33. Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  34. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  35. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  36. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  37. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  38. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar
  39. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  40. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  41. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  42. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  43. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  44. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  45. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  46. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  47. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  48. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  49. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  50. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  51. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  52. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah SWT
  53. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  54. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  55. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

Hmm masa baca tuh ada rasa berdebar tak? Me? Yes I do! -.-
Sekian, wasalam..
Cr: http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/05/tafsir-mimpi-menurut-islam.html


Read more...
Posted by Meniey at 1:21 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mystery Gikwang

Mystery Gikwang

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe

Gi Kwang ♥ Me~ Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countdown to PMR!




Tweet this blog!

Tweet
Follow @Ara970210

Total amount of visitors!

some speech!

HWANYONG!
Follow if you likes this blog!
Get lost if you hates this blog!
Click the 'Fictions' tab to view all my FanFicts!
Please do leave your comment in the chatbox!
Please do leave your name and blog url in the MisterLinky.
No haters!
No copycat!
Feel free to 'Like' and 'Share' my posts.

-Sincerely from Ara-

♫♪ Get Some Music ♫♪

Komen kat sini!

Popular Posts

  • Album Hey! Say! JUMP released! :D
    Waaaaaaaaahhhhh..!!! Album HSJ (Hey! Say! JUMP) released 7 July 2010! Entah knpe ak excited sgt,,mcm la dpt beli~ huhuu!~ Mahal tuh! 2500 ye...
  • FanFic - Don't Love Me!
    Chinen Yuuri ♥ CHAPTER 1 Ini adalah hari pertama persekolahan bagi Mika di sekolah barunya. Terasa agak ‘nervous’. Perkara biasa yang ...
  • Two Love Stories (Malay FanFic)
    TWO LOVE STORIES 1.Into a new world Tahun ini tibalah masa untuk dua pasangan kawan baik sejak tadika, Donghae d...
  • Meniey Comeback Blog!
    Yeayyyyyyy~ I'm back~ Kekeke~ Skrg rmai artis2 yg buwat 'Comeback Stage', jd oleh kerane saye xde stage utk di'comeback...
  • My Rulezz
    KePAda SeSIApa yaNG melIhaT blOg iNi, sila KemuKAkaN CadanGaN anDa UntUk mEncAntIKkan Lagi bLog iNi..
  • Gambaran Kiamat!
    *Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. Gambaran Hari Kiamat ✐ Selepas Malaikat Israfi...

Taggieys ♥

4Minute (2) Beast (4) Big Bang (1) ChangMin (1) DongHae (3) DongWoon (1) DooJoon (1) EunHyuk (1) EunJung (1) FanFic (16) GiKwang (2) Girls Generation (4) Hara (2) HeeChul (1) HyunA (2) HyunSeung (1) Jessica (2) Jino (1) JongHyun (1) JunHyung (3) KyuHyun (5) NaEun (1) RyeoWook (1) SHINee (1) SeungRi (1) SiWon (1) Sungmin (3) Super Junior (6) TaeYeon (2) WooYoung (2) Yesung (1) YoSeob (1) YoonA (2)

► Archives ◄

  • ▼  2012 (10)
    • ▼  May (1)
      • Love Song [FANFIC]
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (41)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  August (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (7)
    • ►  March (15)
    • ►  February (7)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (50)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (11)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (14)

Feel free to Add or Follow

  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Myspace

Bloggieys ♥

  • ANITA ARUSZI'S BLOG
    Review : Aquaman 2018 - Baru-baru ini saya berkesempatan menonton Aquaman. Hasil belanja dari bekas anak-anak murid saya. Mereka ambil saya kat rumah lepas maghrib dan kami berk...
    7 years ago
  • FoLLoW mY hEaRt
    Interview for Law degree Uitm Shah Alam - Assalamualaikum. Haa seperti yang dijanjikan, jihah akan cerita pengalaman interview law haritu. 20hb Mei kalau tak silap heheh. First sekali, kena sia...
    9 years ago
  • Haris Kaito
    Pemikiran Kita - Assalamu'alaikum. Haritu masa dalam wad Haris ada main badminton. Eh? Sakit pun boleh main lagi ke? Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang walaupun ada ha...
    10 years ago
  • ::nur farisya adlin zulkifli::
    10 BEST QUOTES ^^ - Sometimes people put up walls, not to keep others out, but to see who cares enough to break them down.When life gives you a hundred reasons to cry, show li...
    14 years ago
  • ! blog Kerol nua
    -
  • A Gritos de Esperanza
    -

Dari mane para Visitors?

Berapa ramai Visitors dah?

free counters

Kamsahamnida for visiting here! Please do come again! Kekeke~

Blogger Templates by Taengny World. Powered by Blogger.