“Kyu Hyun! Nak aiskrim? :D”, kata Sung Min dengan kuat sambil menghulurkan sebatang aiskrim kepada Kyu Hyun. “Hyung! Kalau ye pun tak payahlah cakap kuat-kuat macam ni, “kata Kyu Hyun kepada Sung Min perlahan tetapi dengan nada agak marah, sambil mengambil aiskrim daripada tangan Sung Min. Sung Min agak terasa dengan kata-kata Kyu Hyun yang dilemparkan kepadanya serta ekspresi muka yang ditunjukkan Kyu Hyun tetapi dia hiraukannya. Memang sikap Kyu Hyun begitu, semua orang tahu. Sehingga diberi gelaran Evil Maknae lagi. Dia hanya menunjukkan muka yang ceria agar Kyu Hyun tidak perasan akan perubahan wajahnya setelah dimarahinya.
“Super Junior!! Berkumpul sini semua! Ada pengumuman ni…,” kata Lee Teuk dengan kuat memanggil semua ahli-ahli Super Junior. Apabila semuanya cukup di situ, Lee Teuk mula memberi pengumuman, “Ok! Semua ahli Super Junior diminta bersedia kerana lusa kita akan hadir ke satu rancangan variety show, sebagai kumpulan Super Junior. Walaupun hanya 5 orang daripada setiap kumpulan yang akan bercakap ketika rancangan itu berlangsung , dalam Super Junior, ahli-ahli yang lain dikehendaki hadir, sebagai penonton. Ok?” “Emm..siapa 5 orang tu?”, tanya Hee Chul. “Kyu Hyun, Dong Hae, Hee Chul, Sungmin dan saya sendiri,” jelas Lee Teuk. “Omo! Kyu Hyun ada jugak! ^^”, kata Sung Min dengan ceria sambil memandang Kyu Hyun. Kyu Hyun yang agak hairan dengan sikap Sung Min itu hanya memberikan jelingan tajam kepada Sung Min. Sung Min segera mengalihkan pandangannya kerana takutkan jelingan maut yang dilempar Kyu Hyun kepadanya.
Kini hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semua ahli Super Junior mula bertolak dari dorm mereka seawal 8 pagi sebagai persediaan awal untuk rancangan yang akan bermula pada pukul 9 pagi. Di dalam van mereka, awal –awal lagi Sung Min memilih tempat untuknya dan Kyu Hyun agar mereka dapat duduk bersebelahan. Kali ini Kyu Hyun hanya mendiamkan diri.
Sesampainya mereka dia studio, mereka semua berkumpul di tempat yang sepatutnya. Di sana juga kelihatan kelima-lima orang dari kumpulan Big Bang (G-Dragon, TOP, Dae Sung, Tae Yang dan Seung Ri), lima orang dari kumpulan Girls Generation (Tae Yeon, Jessica, Tiffany, Yu Ri dan Seo Hyun) dan kelima-lima orang dari kumpulan SHINee (Onew, Key, Jong Hyun, Min Ho dan Tae Min). Mereka sudah pun duduk di tempat masing-masing. 10 minit kemudian, rancangan tersebut kini bermula.
“Annyeong Haseyo!”, Kata pengacara rancangan itu. Ahli pertama yang disoal oleh pengacara kepada kumpulan Super Junior adalah Lee Teuk selaku ketua kumpulan, “Lee Teuk, cuba ceritakan tentang perkara-perkara yang lucu dan aneh yang selalu dilakukan oleh ahli-ahli Super Junior atau hobi-hobi dan sikap-sikap tersendiri mereka.” “Emm…ok. Salah seorangnya, Kyu Hyun. Dia memang seorang penggemar permainan video, terutamanya Star Craft. Kadang-kadang, dia akan marah sesiapa sahaja yang menganggunya bermain. Dia pernah tengking Eun Hyuk yang hanya mahu mengajak dia makan bersama, bukan niatnya mahu mengganggu Kyu Hyun bermain. Kasihan Eun Hyuk…,” Lee Teuk mula bercerita. Kyu Hyun hanya tergelak sambil menutup mukanya kerana malu. Eun Hyuk pula hanya tersenyum mengingatkan kenangan itu. Sung Min pula hanya tersenyum sambil memandang ke arah Kyu Hyun.
“Emm…bagaimana dengan Hee Chul? Apakah pendapat anda untuk soalan yang saya berikan kepada Lee Teuk tadi?”, soalan yang sama ditujukan kepada Hee Chul pula. “Emm…ok. Saya akan cakap, Dong Hae. Dia memang berbakat untuk pegang watak sebagai bayi! Dia mempunyai baby-face. Kadang-kadang, dalam konsert Super Junior kami, dia akan membawa banyak mainan ke atas pentas dan bermain macam budak kecik. Tengok sikap dia macam tu, saya pun bagi dia nama, Dong Hae the 5-year old boy. :D”, kata Hee Chul lalu ketawa. Ahli-ahli yang lain mula ketawa terbahak-bahak. Dong Hae juga ketawa walaupun malu.
Sekarang, pengacara itu mula bertanya lagi. Soalan ini ditujukan kepada Sung Min, “Annyeong haseyo, Sung Min. Emm..Sung Min, siapakah ahli Super Junior yang paling kamu kagumi?” “Emm…tentulah Lee Teuk. Dia ketua kami. Dia sememangnya seorang ketua yang baik dan bertanggungjawab. Dia juga ceria orangnya. Biasanya dia akan turut bermain bersama ahli-ahli yang lain walaupun mereka membuat bising, walaupun dia sepatutnya marah. Selain itu, maknae kami, Kyu Hyun. Saya sukakan sikap dia yang orang lain tak ada. Dia ada jelingan tajam yang menakutkan, dia ada evil smile, suara yang lembut dan muka yang comel! Walaupun dia kadang-kadang suka membuli hyung-hyung dia, tapi dia baik. Pada satu malam, saya tak boleh tidur lalu saya menyuruhnya menyanyi untuk saya. Walaupun saya tahu malam itu dia penat tapi dia sanggup menyanyi untuk saya. Kemudiannya, saya dapat tidur dengan lena sekali, sampai bangun lambat keesokan paginya!”, kata Sung Min dengan ceria lalu ketawa. Ahli-ahli lain juga ketawa tetapi Kyu Hyun hanya tersenyum sambil memandang Sung Min. Tetapi kali ini pandangannya lembut. Entah mengapa pandangannya yang menakutkan sebelum ini telah berubah ke pandangan yang menenangkan. Sung Min yang melihat reaksi Kyu Hyun itu juga tersenyum. Gembira hatinya kerana Kyu Hyun tidak lagi melemparkan pandangan atau jelingan yang selalu menakutkannya itu.
Setelah dua jam berlalu, rancangan itu sudah tamat. Mereka masing-masing boleh bersurai. Kelihatan Lee Teuk masih bercakap-cakap dengan G-Dragon. Seung Ri riang bermain bersama Dae Sung dan seorang jurukamera yang memegang kamera. Onew pula sedang bergelak ketawa bersama ahli-ahli SHINee yang lain sambil berjalan masuk ke van mereka. Kumpulan Girls Generation dari tadi lagi sudah hilang dari pandangan. Sedang Sung Min berjalan menuju ke van, kedengaran suara Kyu Hyun yang telah pun mendahuluinya di hadapan memanggilnya. Dengan tenang Sung Min berjalan ke arah Kyu Hyun, “Wae?” “Jom jalan sama-sama!”, kata Kyu Hyun tersenyum sambil meletakkan tangan kirinya ke bahu kiri Sung Min. Sung Min agak hairan dengan tindakan Kyu Hyun lalu diikut sahaja kata-kata Kyu Hyun. Eun Hyuk dan Dong Hae yang sedang bermain bersama juga hairan melihat mereka yang tiba-tiba mesra, tidak seperti sebelum ini.
Sung Min pada mulanya fikir Kyu Hyun telah berubah. Tetapi entah mengapa tiba-tiba dia terfikir, mungkin Kyu Hyun hanya berubah sebentar kerana semasa rakaman variety show tadi dia memuji-muji Kyu Hyun. Mungkin esok atau lebih cepat, sebentar lagi, Kyu Hyun akan kembali kepada Kyu Hyun yang lama, Kyu Hyun yang tidak menghiraukan Sung Min.
Kyu Hyun sebenarnya memang sudah berubah. Kini dia sedar, selama ini ada seorang lelaki yang amat menyayangi dan mengambil berat tentangnya, lebih daripada hyung-hyung yang lain. Kenapa dia tidak sedar dari dulu lagi? Baru dia teringat, dia sedar, apa motif Sung Min menanyakan tentang kesihatannya, sudah makan atau belum, belanjanya aiskrim, sentiasa berusaha membuatnya gembira, sentiasa berusaha untuk berada di sampingnya selalu….Ah! Menyesal. Dia bersyukur, dia sedar di saat Sung Min masih tidak berubah kasih padanya. Dia tahu dia telah banyak melukakan hati Sung Min. Tapi kenapa Sung Min tak pernah cakap yang dia tersinggung dengannya? Ah, babo! Mestilah dia tak nak beritahu. Mana ada orang yang nak berterus terang dengan orang yang dia sayang bahawa dia telah tersinggung dengannya.
Ah! “Sung Min hyung! Mianhae! Mianhaeyo!!”, tiba-tiba Kyu Hyun melafazkannya lalu memeluk Sung Min dengan erat. Sung Min agak terkejut dengan tindakan Kyu Hyun. Sung Min juga memeluk Kyu Hyun. Adakah Kyu Hyun sudah betul-betul berubah? Dia mula bertanya kepada Kyu Hyun untuk memastikannya, “Err…Kyu Hyun-sshi? Wae?” “Hyung! Mianhae, sebab selama ni Kyu Hyun banyak melukakan hati hyung. Hyung buat macam-macam yang terbaik untuk Kyu Hyun tapi Kyu Hyun tak nampak, Kyu Hyun selalu tak layan hyung!”, kata Kyu Hyun kepada Sung Min. Tanpa disedari, air mata Kyu Hyun menitis. Sung Min yang melihat Kyu Hyun mula menangis itu menarik kepala Kyu Hyun ke bahunya. Kyu Hyun betul-betul berubah! Dia terharu. Kemudian dia juga mula menangis. Lee Teuk yang dalam perjalanan ke van, terlihat mereka. Dia terharu. Matanya mula berkaca, air matanya ingin keluar tetapi ditahan.
“Aww~ Evil Maknae sekarang dah berubah jadi maknae yang baik ya? ^-^ ”, sindir Sung Min, sambil mencuba untuk menceriakan suasana. “HAHAHA~ No! Evil tetap evil. Cuma sekarang lebih penyayang. Kyu Hyun maknae sayangkan Sung Min hyungnya~ :D”, kata Kyu Hyun.
“Awww~! So sweeeet! KyuMin couple!”, kata Lee Teuk, Ryeo Wook dan Ye Sung serentak. “KyuMin! KyuMin! KyuMin! KyuMin!”, kata Hee Chul dengan kuat. Ahli-ahli yang lain turut bersorak bersama Hee Chul.
“Good Morning! Sung Min hyung! Cepat bangun! Jom kita pergi shopping sama-sama hari ni! :D”, kata Kyu Hyun dengan riang sambil mengejutkan Sung Min. “Eehh? Awalnya! Baru pukul 8!”, kata Sung Min. “Memanglah…Bukannya nak pergi pukul 8, hyung bangun lah dulu, bersiap-siap. Nak tunggu hyung bersiap bukannya cukup 15 minit! Mandi, sarapan dan semuanya, sejam jugak~”, kata Kyu Hyun sambil menarik-narik tangan Sung Min. “Ok lah~”, Sung Min mengalah.
Satu jam kemudian, mereka pun bertolak. Sesampainya di pasaraya, Kyu Hyun segera menarik Sung Min ke bahagian pakaian. Niatnya ingin mencari dua helai t-shirt dan aksesori yang lain untuk mereka. Ingin sekali dia memakai pakaian atau aksesori yang sama dengan Sung Min. Sedang mereka berjalan-jalan, Kyu Hyun terjumpa sehelai t-shirt. “Hyung! Tengok baju ni, comel kan? :D”, kata Kyu Hyun sambil menunjukkan t-shirt tersebut kepada Sung Min. “Emm…comel!”, kata Sung Min dengan ceria. “Baju yang comel untuk orang yang comel, macam Sung Min hyung! :D”, Kyu Hyun meletakkan t-shirt tersebut di badan Sung Min. “Aww~ Tapi orang yang comel macam Kyu Hyun pun kena ambik satu! Baru bertambah comel kan? :D” , kata Sung Min sambil mencapai sehelai lagi t-shirt yang sama lalu diletakkan di badan Kyu Hyun. “Jom kita beli dua! Hidup KyuMin! HAHA~ :D”, kata Kyu Hyun dengan riang sambil membawa dua helai t-shirt tersebut ke kaunter pembayaran.
Dalam perjalanan pulang, Sung Min memberikan seutas gelang kepada Kyu Hyun. “Kyu Hyun…” “Ne?” “Ambik ni..” “Err..gelang?” “Ne…gelang ni dah lama Sung Min hyung simpan, dah lama Sung Min hyung nak bagi kat Kyu Hyun tapi takut Kyu Hyun tak sudi nak terima. Rasanya sekarang dah tiba masa yang sesuai.” “Aww~ kamsahamnida!!” “Tengok, Sung Min hyung pun ada satu. Kyu….Min…. :D” “Kekeke~ ^-^” “Sung Min sayang Kyu Hyun! ^-^” “Kyu Hyun pun sayang Sung Min jugak~ ^-^”
Beberapa minggu kemudian, berita tentang pasangan baru dalam Super Junior, KyuMin telah pun heboh. Laman-laman di Facebook tentang KyuMin juga mendapat sambutan hangat oleh ELFs dari seluruh dunia terutama di benua Asia.
*sebahagian fakta2 yang telah disertakan di dalam fanfict ini mungkin telah ditokok tambah. hanya FANFICTION semata-mata~
Read more...