Fiction
Lee Gi Kwang (Beast)
Gu Hara (Kara)
Shim Changmin (Max) (TVXQ)
Jang Woo Young (2PM)
Ham Eun Jung (T-Ara)
Gi Kwang berjalan menuruni tangga menuju ke bilik kuliahnya. Perjalannya agak terganggu apabila disedarinya ada beberapa pasang mata yang memerhatinya. Walaupun begitu, perkara itu sudah biasa baginya. Sudah hampir seluruh university tahu bahawa Gi Kwang lah jejaka yang paling digilai ramai wanita disitu. Sudahlah hensem, pandai, anak presiden pula. Siapa yang tak nak?
Walaupun ramai perempuan cantik yang menawarkan diri untuk menjadi pasangannya, semuanya ditolak mentah-mentah. Seperti dia langsung tidak mempunyai perasaan cinta atau minat terhadap wanita. Alasannya mahu fokus sepenuhnya pada pelajaran. Malah ada juga yang berpendapat bahawa Gi Kwang seorang anti-wanita! Baginya, tiada seorang pun perempuan di kampusnya yang memenuhi citarasanya. Entah perempuan bagaimana yang dia mahukan, tiada siapa yang tahu.
Sudah menjadi rutin hariannya pada setiap waktu lapangnya, pasti dia meluangkan masanya di perpustakaan. “Annyeong oppa!” Tiba-tiba terdengar satu suara yang menyapanya dari belakang. Dia menoleh. ‘Ah!’, katanya sendiri dalam hati. Dilihatnya sebatang tubuh tinggi lampai berjantina perempuan sedang berdiri sambil tersengih-sengih bagai kerang busuk. “Boleh saya duduk sini?” Perempuan itu mula bersuara lagi. “Tak Boleh!”, jawab Gi Kwang tegas. Dia tahu benar perangai Eun Jung yang sering mengejar dan menganggunya. Eun Jung pasti tidak akan mengalah dan terus berusaha memiliki cinta Gi Kwang. “Wae yo?! Tak kan nak duduk sini pun tak boleh? Bukannya ada orang pun kan?” Muka sedih yang dibuat-buat itu langsung tidak menarik perhatian Gi Kwang. “Amboi…Nak duduk je? Kau tu kalau duduk dengan aku bukannya reti duduk diam! Ada je idea nak kacau aku tu! Lagipun tempat ni aku dah book untuk seseorang dan pastinya bukan kau!”, bidasnya geram. “Siapa?” “Changmin,” jawabnya.
Tiba-tiba matanya terlihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya. “Changmin!”, panggilnya perlahan sambil melambai-lambai ke arah Changmin. Tanpa berlengah, Changmin berjalan menuju ke arah Gi Kwang. Melihat Eun Jung yang ada di situ, dia tahu apa yang perlu dilakukannya tanpa diberitahu. “Ehemmm…Miss Eun Jung, this is my place, tepi sikit,” katanya dengan nada menyindir. “Ohh ya, for your information, aku rasa serabutlah tengok kau tercegat kt sini. Apa kata kau blah je? Gi Kwang pun jangan haraplah dia nak layan kau. Shuuuh!”, katanya lagi sambil membuat isyarat tangan menghalau Eun Jung dari situ. “Aahhh!”, tepik Eun jung sambil menghentak-hentakkan kakinya dengan gediknya lalu beredar dari situ.
“Kekeke, Gumawo, Changmin. Kaulah hero aku! Hahaha!”, katanya sambil menepuk-nepuk bahu Changmin. “Cheoman, chingu..” Mereka tersenyum puas kerana dapat menghalau Eun Jung.
“Emm..Gi Kwang-ah, minggu depan, seminggu aku tak datang kelas. Aku ikut ayah aku pergi ke Jepun, ada urusan kerja. Masa aku tak ada nanti, tak tahulah siapa yang nak tolong kau nanti kalau diserang perempuan-perempuan gedik. Mianhae,” mukanya kelihatan sayu. “Gwaenchana..Pandai-pandai la aku hidup nanti. Hehehe,” guraunya. Changmin tersenyum lega.
“Good morning, students! Today, I would like to introduce you all to someone. Our new classmate, Jang Woo Young,” kata pensyarah Son Ye Jin sambil menunjukkan ke arah seseorang di sebelahnya. “Annyeong haseyo, Jang Woo Young imnida,” katanya kepada semua rakan-rakan sekuliahnya yang baru. “Okay, Woo Young, you can find your seat now and sit down.” “Kamsahamnida, saengnim.” Dia berjalan menuju ke sebuah tempat kosong di sebelah Gi Kwang. “Annyeong. Err…boleh saya duduk sini?” “Err…sebenarnya tempat ni dah berpunya tapi…sepanjang minggu ni dia tak hadir kuliah, jadi…duduklah,” kata Gi Kwang sambil mengukir senyuman yang dapat mencairkan hati setiap perempuan yang melihatnya. “Gumawo..”
“Annyeong…Woo…Young?”, sapa Gi Kwang. “Annyeong, err…..” “Gi Kwang! Lee Gi Kwang,” dengan pantas dia memberitahu namanya. “Ohh…Gi Kwang..” “Emm, sorang je?”, Gi Kwang mengambil tempat di hadapan Woo Young. Woo Young mendiamkan diri sambil menundukkan pandangannya. “Emm..awak nampak sunyi. Kalau awak tak ada kawan, saya boleh jadi kawan awak!” “Geurae?”, wajah Woo Young kini mula mempamerkan perasaan ceria. Gi Kwang hanya mengangguk mengiakan kata-katanya. “Wah! Kamsahae Gi Kwang!”, kata Woo Young sambil tersenyum riang.
“Ok, sekarang, jom kita mulakan sesi kenal diri. Awak mula dulu, ye?” Gi Kwang tidak sabar untuk mendengar jawapan Woo Young. “Err…miannn…Gi Kwang-ah, err…saya belum bersedia nak cerita tentang latar belakang saya…sebab…ada sedikit masalah, masalah keluarga,” mukanya kelihatan sayu. Gi Kwang mula rasa bersalah. “Ah, gwaenchana…Saya faham…,” Gi Kwang tersenyum tanda faham. “Emm...naega Lee Gi Kwang imnida. Saya mempunyai ibubapa dan seorang abang. Ayah saya seorang presiden. Mak saya pula pengasas sebuah syarikat produk kecantikan…” “Omo! Jadi…jadi…awak…son of president?!”, matanya bulat tanda terkejut. Gi Kwang hanya mengangguk memberi kepastian. “Wae?”, tanya Gi Kwang dengan nada selamba. “Aigooo…saya, rasa rendah…” “Eehh??” “Saya rasa tak selesa laa nak kawan dengan orang berada dan ternama macam awak. Saya rasa saya tak layak untuk jadi kawan awak…,” katanya dengan nada sayu. “Eehh? Woo Young, pangkat, darjat atau harta kekayaan bukan penghalang untuk sebuah ikatan persahabatan, tahu tak? Lagipun bukan saya yang ternama, dikenali ramai, tapi ayah saya. Kadang-kadang saya Cuma dapat tempiasnya je.” “A..arasso..,” dia menundukkan mukanya. “So, sekarang anggap je saya ni macam orang biasa. Buat saya macam kawan baik awak sendiri. Kita kan kawan? Hehe..” “Ok..”
Sedang Gi Kwang dan Woo Young asyik berbual-bual di sebuah bangku, tiba-tiba kedengaran suara Eun Jung memanggil Gi Kwang, “Gi Kwang Oppa!” Mereka menoleh. “Oppa, jom ikut saya kejap. Pensyarah Choi nak jumpa awak kat pejabat…,” kata Eun Jung sambil memaut pada lengan Gi Kwang. “Bo? Ya! Jangan nak tipu aku lah! Kau ingat aku bodoh? Pensyarah Choi ambil cuti pergi bercuti kat Paris minggu ni!”
Muka Eun Jung mula kelihatan merah menahan malu. “Kau nak apa?”, Gi Kwang menyoal sambil menarik legannya dari pautan Eun Jung. Tanpa berkata apa-apa, Eun Jung mula berlari meninggalkan mereka. Gi Kwang tercengang. ‘Hairan. Mengapa dengan Eun Jung? Adakah hatinya terguris kerana aku telah memalukannya di hadapan Woo Young?’, Gi Kwang bermonolog. Dia mula dihantui perasaan bersalah. Begitu jauh dia termenung melayan perasaannya.
Lamunannya terhenti apabila Woo Young memanggilnya perlahan, “Err..Gi Kwang…” “Erkk…Ye?”, kelihatan Gi Kwang mula terpinga-pinga. “Emm, siapa tadi tu?”, tanya Woo Young ingin tahu. “Emm, jangan pedulilah dia tu,” jawab Gi Kwang. “Cerita laa…Apa hubungan awak dengan dia? Saya tengok dia macam suka kat awak,” Woo Young cuba untuk mengorek rahsia. “Emm, memang pun. Sebenarnya dia tu terlalu gilakan saya. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan saya. Tapi, hati saya tak dapat terima dia. Saya terpaksa tolak dia. Tapi dia tak boleh terima keputusan saya! Sebab tu saya benci sangat kat dia!” Kelihatan Gi Kwang sedang menahan geram. Dia tidak sanggup untuk melepaskan geramnya di hadapan Woo Young. “Oohh…saya minta maaf kalau saya dah..buat awak tersinggung…” Muka Woo Young mula kelihatan sayu. “Gwaenchana…”
“Emm, awak free tak esok?”, Gi Kwang bertindak menukar topik perbualan. “Emm, free kot. Wae?” “Kalau boleh saya nak ajak awak pergi library. Saya suka pergi library sebab tempat tu senyap dan menenangkan saya,” dia memberitahu hasratnya. “Emm, ok!”
“Woo Young..,” “Ne?” “Awak kisah tak kalau kita cakap guna bahasa ‘kau’ dan ‘aku’ je? Kan Nampak lebih rapat? Hehe..,” kata Gi Kwang sambil tersengih. “Saya tak kisah,” Woo Young hanya tersenyum. “Ok! Esok ya!” “Ok!” Mereka kemudiannya melakukan aksi ‘high five’.
“Gi Kwang! Sorry I’m late! Tadi ada masalah kesesakan lalu lintas. Hehe..,” katanya sambil menepuk kedua-dua bahu Gi Kwang dari belakang. “Ah! Woo Young-ah! Nasib baik aku tak ada sakit jantung! Kalau tak, nahas kau!”, kata Gi Kwang dengan nada geram. Terkejutnya bukan kepalang! “Miann…em, kau dah lama tunggu?”, Woo Young mula rasa bersalah kerana dia rasakan dia sangat lewat sampai ke perpustakaan, tidak seperti yang dijanjikan. “Dah setahun aku tunggu..,” Gi Kwang menjeling pada Woo Young dan membuat mimik muka marah. “Aww…mianhamnida Lee Gi Kwang-sshi!”, muka Woo Young kini kelihatan ketakutan. Gi Kwang terasa ingin ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Woo Young. “Yah! Aku gurau je laa..Kekeke~ Lucu laa tengok muka kau ketakutan macam tu..Hehe,” Gi Kwang mula ketawa. Sudah tidak dapat ditahan tawanya. “Ah, babo! Aku balik laa..BYE!”, dengan serta merta Woo Young bertindak ingin beredar dari situ.
Belum sempat Woo Young memulakan langkahnya, Gi Kwang sempat menarik tangannya. “Woo Young, mianhae? I’m just kidding! Please forgive me, ok?”, muka Gi Kwang kini berubah, kelihatan sedih. “Me too, just kidding! Kekeke~ Takkan aku nak tinggalkan kau macam tu je kan? Kau marah kat aku kan, kau tak nak kawan dengan aku, susah aku! Dah lah aku tak ada kawan lain..Huhuhu!”, Woo Young mula tersenyum lalu dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di hadapan Gi Kwang. “Hehee, tak gurau tak mesra, kan?” “Iye..Iye..,” Woo Young hanya tersenyum mengiakan kata-kata Gi Kwang.
Gi Kwang sedang menikmati makanan yang dibelinya. “Hello my weird friend…,” tiba-tiba dia terdengar satu suara yang mengatakan ayat yang biasa didengarnya daripada seseorang. ‘Eeeh? Changmin? Kau dah balik?’, dia berkata dalam hati. Tiba-tiba dia rasakan seseorang sedang berdiri di belakangnya. Dengan perlahan dia menoleh. “Changmin!” Dengan serta merta dia bangun dari tempat duduknya lalu memeluk Changmin. Rindu! “Aww…I miss you so much!”, Gi Kwang meluahkan perasaannya. “Aik? Baru seminggu tak jumpa dah rindu sampai macam ni? Apa kes? Hehe,” gurau Changmin. Perlahan-lahan Gi Kwang melepaskan pelukannya. “Kau tahu tak, bagi aku, tak jumpa kau seminggu rasa macam setahun!” “Aww..terharunya! Kekeke…By the way, any good news?” “Emm, ada budak baru dalam kelas kita. Dia yang jadi kawan aku semenjak kau tak ada. Nak aku kenalkan?”, kelihatan Gi Kwang bersungguh-sungguh ingin memperkenalkan Woo Young kepada Changmin. “Boleh jugak..,” Changmin hanya tersenyum.
“Yeoboseyo? Woo Young!”, sebelum tidur, dia sempat menelefon Woo Young untuk memaklumkan tentang kepulangan Changmin. “Yeoboseyo, Gi Kwang. Ada apa?” “Aku nak cakap sesuatu. Esok, kawan baik aku, Changmin akan kembali ke kelas. Dia nak kenal dengan kau. Esok aku bawa kau pergi jumpa dia, ya?”, Gi Kwang beria-ria ingin memperkenalkan Woo Young dengan Changmin. “Ok..Aku dah mengantuk. Jumpa esok, annyeong.” Belum sempat Gi Kwang membalas kata-kata Woo Young, talian telah pun diputuskan oleh Woo Young.
“Yeoboseyo? Changmin!”, kini dia menelefon Changmin untuk memberitahu tentang rancangan pertemuannya dengan Woo Young pada keesokannya. “Yeoboseyo, Gi Kwang?” “Tadi aku dah cakap dengan Woo Young, esok aku bawa dia jumpa kau, ya? Kau tunggu dekat kantin, pukul 10.00 pagi, ok?”
“Changmin! Sorry we’re late! Ah, this is Woo Young,” kata Gi Kwang sambil menunjuk ke arah Woo Young yang berdiri di sebelahnya. “Annyeong, Jang Woo Young imnida,” Woo Young tersenyum di saat dia memperkenalkan dirinya. “Ohh, Woo Young, you’re cute. Hahaha..I’m Changmin, nice to meet you!”
Setelah hampir setengah jam mereka berbual melalui sesi suai kenal, “Alamak!!” Tiba-tiba Gi Kwang menepik. Changmin dan Woo Young terkejut melihat Gi Kwang. “W..wa..wae? wae?!”, tiba-tiba Changmin menjadi panik. “Aku tak hantar lagi buku yang aku pinjam minggu lepas!” “Aigoooo…benda tu je? Menjerit macam Nampak hantu! Nasib baik aku tak pengsan! Kau ni memang nak kena ya, Gi Kwang?”, Woo Young mula membebel.
“Err, korang berbuallah dulu, biar aku pergi library kejap. Bye!” Dengan serta merta dia bangun meninggalkan tempat tersebut. “Haihh, pelik la budak sorang ni…,” kata Changmin yang agak lucu melihat gelagat Gi Kwang yang kelam kabut itu.
Setelah selesai memulangkan bukunya, Gi Kwang terus terlupa akan Changmin dan Woo Young di kantin. Itulah Gi Kwang, bila Nampak buku, yang lain semua dilupakan. Dia bertindak ingin meminjam buku lain pula. Kali ini dia meniliti di bahagian adat resam dan warisan tradisional dunia. Akhirnya dia temui buku pilihannya, South Korean Traditional Culture. Perlahan-lahan dia menarik buku itu dari rak. Selepas dia mengambil buku itu, matanya terlihat pada sepasang mata yang kelihatan di celah-celah antara buku-buku. Ternyata mata itu juga melihatnya. Mereka saling bertentangan mata.
Entah mengapa dia berasa tertarik dengan sepasang mata yang dilihatnya. Hatinya terasa ingin tahu pemilik mata tersebut. Tanpa berlengah, dengan pantas dia berjalan menuju ke hujung rak tersebut. Perlahan-lahan dia mengintai dari jauh.
Di saat itu, tiba-tiba pemilik mata itu turut memandangnya. Mata mereka tertaut. Dia sedari, saat itu hatinya mula berdegup kencang. Perasaannya menjadi tidak menentu. Sungguh, tidak pernah dia merasai perasaan ini ketika melihat perempuan sebelum ini. Untuk menghilangkan perasaan itu, dia terus mengalihkan pandangannya lalu bergegas menuju ke kaunter peminjaman untuk melaksanakan hasratnya untuk meminjam buku.
Di saat dia menuju ke kantin, ternyata Changmin dan Woo Young sudah pun tiada di situ. Pasti mereka sudah meninggalkannya. Logiklah, sudah hampir setengah jam lebih Gi Kwang meninggalkan mereka untuk ke perpustakaan! Dengan hati yang hampa, dia berjalan sendiri menuju ke rumahnya. Hari ini dia tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan awam. Malas!
Ketika dia melalui di sebuah taman perumahan, tiba-tiba seekor kucing siam berbulu lebat dan gebu sedang menuju ke arahnya. Dia terundur beberapa langkah. Bukan kerana takut, terkejut! Belum sempat dia bertindak mengangkat kucing tersebut, tiba-tiba seorang perempuan remaja sedang menuju ke arahnya dan bertindak mengambil kucing tersebut. Pastinya dia pemilik kucing itu.
Di saat perempuan itu ingin mengucapkan kata-kata maaf kepada Gi Kwang, kata-katanya terhenti apabila mata mereka mula berpautan. Tak lama selepas itu, kata-kata yang ingin diucapkan oleh perempuan itu akhirnya terucap jua, “Err..mianhamnida! Kucing saya kejar awak tadi, mungkin buat awak terkejut.” Hati Gi Kwang tersentuh. Sungguh lembut suara dan tutur katanya.
“Ah, gwaenchana…Err, Gi Kwang imnida. Awak?” Gi Kwang menghulurkan tangannya memohon persahabatan. “Hara…Gu Hara.” Belum sempat Gi Kwang membalas kata-katanya, Hara mula memotong, “Err, maaf. Kalau tak silap saya, bukan awak ke yang…..intai saya tadi, masa kat dalam library?” Gi Kwang terdiam. Ternyata sangkaannya benar bahawa perempuan itulah yang dilihatnya tadi di perpustakaan. “Ya, sayalah…Wae?” “Sepatutnya saya yang tanya awak, kenapa awak intai saya macam tu tadi?” “Err…saya…saya…sa…,” kata-katanya tiba-tiba menjadi gagap. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Hara bertindak untuk beredar dari situ, “Em, tak apalah, saya masuk dulu, bye.”
Gi Kwang tercengang. ‘Eh?’, katanya dalam hati. ‘Just like that it happened, huh!’ dia bermonolog. Tanpa berlengah, dia meneruskan perjalanannya pulang ke rumah. Sekali sekala dia menjenguk ke dalam rumah Hara. Tiada apa yang menarik perhatiannya ketika itu selain Hara.
Mi goreng yang dari tadi dihidang di atas mejanya langsung tidak dijamah walau sedikit pun. Fikirannya terus mengingatkan Hara. Entah apa yang berlaku pada dirinya yang sebelum ini tidak pernah melayan perempuan kini asyik teringatkan seorang perempuan yang baru ditemuinya tidak sampai seminggu.
“Hai…termenungkan apa tu sampai tak makan? Selalunya tak macam ni,” tegur Changmin. Entah sejak bila dia tercegat di situ pun Gi Kwang tidak tahu. “Eh? Macam mana kau masuk,” tanya Gi Kwang kehairanan. “Pintu tak kunci, macam mana kau boleh tanya macam mana aku masuk? Haihh..kenapa ni?” Changmin kemudiannya mengambil tempat duduk di sebuah kerusi di hadapan Gi Kwang. “Tak ada apa-apalah,” di saat itu barulah Gi Kwang menyuap mi goreng tersebut ke mulutnya. “Haihh, kau tak boleh nak tipu aku. Dah lama kita kawan. Aku kenal benar dengan perangai kau. Kau tak kan macam ni kalau tak ada apa-apa. Ceritalah,” Changmin terus memujuk Gi Kwang untuk bercerita.
“Tadi, masa aku pergi hantar buku, lepas aku hantar buku, aku pergi cari buku lain, nak pinjam…..” Kata-katanya terhenti apabila Changmin mula menyampuk, “Ooo…sebab tu lah kitorang tunggu kau nak dekat setengah jam, kau tak datang-datang!” “Hei! Kau nak dengar ke tak nak ni? Kalau nak dengar buat cara macam nak dengar, bukannya nak salahkan aku macam ni,” katanya tegas. “Wowow, sejak bila kau jadi emotional macam ni? Ok..Ok..aku mengalah, sambunglah cerita kau tu.” “Masa aku ambil buku dari rak, aku nampak sepasang mata yang menarik perhatian aku. Aku pun pergilah tengok, mata siapa. Tengok-tengok, mata perempuan. Cantik orangnya. Lepas tu, tadi masa aku berjalan balik ke rumah, ada seekor kucing berlari-lari kat aku. Aku ingat kucing siapa, gebu, gemuk, comel! Tapi tiba-tiba perempuan yang aku nampak kat library tu datang ambil kucing tu. Masa tu lah, aku berkenalan dengan dia. Nama dia Hara. Tapi agak misteri bila tengok dia…,” Gi Kwang rancak bercerita. Mi goreng tadi langsung ditinggalkan. Changmin pula terdiam, asyik mendengar cerita Gi Kwang. “Wahhh! Hara buat kau jadi macam ni? Dasyat, teringin pulak nak jumpa dia”
Gi Kwang berjalan perlahan-lahan melewati beberapa rak buku yang tersusun di dalam perpustakaan. Wajahnya terpamer keresahan. Fikirannya kacau. Perasaannya kini bercampur-baur. Dalam dia menyusun langkahnya, dia terlihat kelibat seseorang yang pernah menarik perhatiannya sebelum ini. Dia teragak-agak untuk menegurnya.
“Err..awak…boleh saya duduk sini?” Tutur katanya perlahan menyusun ayat. “Er..boleh, duduklah,” jawabnya lembut. “Emm, semalam…kenapa awak pergi macam tu je?” Gi Kwang berterus-terang. “Err…maaf…saya tak bermaksud pun.” Gi Kwang terdiam. Fikirannya kosong, tidak tahu apa lagi yang perlu dibicara bersama Hara.
“Err, sebenarnya, awak begitu menarik perhatian saya. Kalau boleh, saya nak jadi kawan awak, kalau awak sudi…Dan, kalau awak tak kisah, boleh awak bagi nombor telefon awak?” Hara terdiam. Dia teragak-agak untuk memenuhi hasrat Gi Kwang. Agak lama dia berfikir. “Bagi saya telefon awak.” Dengan perlahan Gi Kwang mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya lalu menghulurnya kepada Hara. Jari Hara ligat menekan nombor telefonnya di telefon bimibit Gi Kwang lalu menekan butang hijau untuk menyampaikan missed call pada telefon bimbitnya.
“Nah, err…maaf, awak, saya kena pergi sekarang. Kalau ada apa-apa, telefonlah saya.” Dengan serta-merta Hara terus beredar dari situ meninggalkan Gi Kwang sendiri. Gi Kwang tercengang. ‘Aik? Macam tu je? Tak apalah, asalkan dah dapat nombor dia..,” katanya sendiri dalam hati.
Di kantin, dia terlihat kelibat dua orang rakan karibnya, Changmin dan Woo Young. Entah mengapa, kali ini dia menghiraukan mereka lalu terus berjalan meninggalkan mereka berdua. “Amboi, mentang-mentang dah jumpa puteri dari kayangan, kami ni dah dilupakan lah ye?” Sindiran Changmin yang ditutur kuat itu langsung tidak menarik perhatiannya. “Puteri dari kayangan?” Woo Young bertanya hairan. “Gi Kwang kawan kita yang anti-perempuan tu dah jumpa perempuan yang memenuhi citarasa dia…,” jawab Changmin selamba. “Siapa?” “Entah, dengar-dengar namanya Hara. Rasanya dia sedang meneruskan usahanya menyuburkan putik cinta yang ditemuinya di perpustakaan tu supaya menjadi sebuah taman bunga yang indah kot!”
Sejak kehadiran Hara dalam hidup Gi Kwang, fikirannya menjadi tidak keruan. Akhirnya dia memutuskan untuk bertemu dengan Hara. Dia mahu tahu lebih lanjut tentang Hara. “Can we meet now? At the park. I will wait you,” sekeping mesej dihantar kepada Hara. “Ok…” Balasnya ringkas.
“Err…awak maaf, saya lambat,” sapa Hara dari belakang. Gi Kwang menoleh. Perasaannya kini bercampur-baur. Gembira? Berdebar-debar? “Ohh, gwaenchana..Saya pun baru sampai, duduklah.”
“Emm, ada apa awak nak jumpa saya?”
“Saya rasa saya nak tahu lebih lanjut pasal diri awak..”
“Kenapa awak nak tahu?”
“Kita kan kawan? Awak ada adik-beradik? Mak ayah awak kerja apa?”
“Err…maaf, kalau awak nak tahu tentang keluarga saya, saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu.”
“Wae?”
Hara hanya tunduk dan mendiamkan diri, tidak menjawab pertanyaan Gi Kwang. Beberapa minit mereka membisu, akhirnya Hara bersuara, “Suatu hari nanti awak akan tahu jugak.” Lalu Hara memberi seukir senyuman kepada Gi kwang. Tampak manis dengan rambut panjangnya yang dilepas. “Maaflah kalau pertanyaan saya membuat awak tersinggung. Mungkin saya tak patut tanya pasal keluarga awak. Tapi, sebagai kawan, tak kan pasal diri awak pun saya tak boleh tahu?”
“Apa yang awak nak tahu?”
“Err…Apa yang awak suka?”
“Saya sukakan ketenangan. Kadang-kadang saya akan pergi ke atas bukit atau tepi pantai untuk mencari ketenangan. Kadang-kadang juga saya akan meluahkan perasaan saya sebagai sebuah lukisan. Saya akan melukis untuk melepaskan tekanan perasaan saya. Saya juga suka menulis seperti sajak dan lagu. Ah, kalau awak nak dengar lagu saya, saya boleh nyanyi…”
Gi Kwang tersenyum, “Boleh juga..” Hara mula menyanyi. Lagunya sungguh mendayu-dayu. Sungguh merdu didengar di samping merasai tiupan angin yang lembut membelai. Kemerduannya mampu melayangkan fikiran Gi Kwang. Dia kini seperti hanyut dibawa angin.
Pada malamnya, Gi Kwang bermimpi. “Gi Kwang, I’m so sorry…I need to go, forever. Please forget me...,” suara yang didengar itu langsung tidak tahu dari mana arahnya. Dia bermimpi dia sedang berada di sebuah taman yang indah dihiasi bunga-bunga yang mekar. Dia mencari-cari arah suara tersebut. Kemudian dia ternampak kelibat seorang gadis yang berjalan pergi darinya. Wajahnya langsung tidak dapat dicam. Ketika dia berlari-lari ingin mendapatkan gadis tersebut, dia tersedar dari tidurnya. “Ah! Mimpi apa ni? Apa maksud semua ni?” Dia berkata sendiri.
Sejak dia mengalami mimpi itu, dia menjadi begitu pendiam dan suka menyendiri. Gi Kwang yang dulunya seorang yang peramah dan ceria kini semuanya berubah. Dia kini sering mengelamun. Semuanya yang dia lakukan menjadi serba salah. Semuanya menjadi tidak menentu.
Sudah seminggu lebih dia menyendiri, meminggir diri dari kawan-kawannya termasuk Changmin dan Woo Young. Begitu juga dengan Hara. Sejak hari itu, entah mengapa, dirinya diselubungi perasaan rindu. Yang anehnya, rindu pada Hara, bukan pada dua kawan karibnya itu. Dia sendiri tidak faham akan perasaannya sendiri.
Adakah hatinya kini terbuka untuk Hara? Adakah cintanya yang disimpan rapat kini dicuri Hara? ‘Baru dua bulan lebih aku kenal dia, takkan dah jatuh hati?’ Dia bermonolog sendiri. ‘Tetapi apa kaitannya Hara dengan mimpi itu? Sejak dapat mimpi tu, aku sering terfikirkan Hara..’
Seharian dia berfikir melayani perasaannya itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berterus-terang pada Hara. Mungkin dengan cara ini dia dapat menghilangkan keresahan pada dirinya. “Hara…long time no see. Boleh jumpa sekarang? Tempat biasa…,” sekeping mesej dihantar pada Hara. Hatinya mula berdebar-debar.
Dilihat Hara sudah pun menunggunya di sebuah bangku. Terasa hatinya berdegup kencang. ‘Perasaan apakah ini…’ Dengan perlahan dia mengatur langkahnya berjalan menuju ke arah Hara. “Hara…” Hara menoleh. “Sorry saya lambat…Dah lama tunggu?” Tanya Gi Kwang berbasa-basi. “Emm, tak jugak. Ada apa awak nak jumpa saya?”
“Saya…nak bagitahu sesuatu kat awak…”
“Apa dia?”
“Saya…saya…saya rasa awak dah curi hati saya…”
“Bo? Apa maksud awak?”
Hara kelihatan sedikit kaget. Gi Kwang menarik nafas panjang sebelum meneruskan penjelasannya. Dia merenung tepat ke dalam mata Hara. “Saranghamnida…” Akhirnya ucapan itu berjaya diucapkan. Amat berat baginya untuk mengucapkannya. Pasti kelihatan tidak logik, baru dua bulan lebih berkenalan tetapi sudah mengucapkan kata-kata cinta. Hara terdiam. Mukanya kelihatan resah.
“Wae?”
“Molla…Saya asyik terfikir pasal awak. Sejak saya berjauhan dari awak, saya mulai rindu kat awak. Perasaan saya jadi tidak menentu…”
“Saya rasa awak tak patut cintakan saya…Saya takkan jadi pasangan yang baik, walau untuk sesiapapun, termasuk awak.”
“Wae?”
Airmata Hara mula menitis. Pertanyaan Gi Kwang langsung tidak dijawab. Hara berlari meninggalkan Gi Kwang. Kini Gi Kwang diselubungi penuh tanda tanya. Terlalu banyak persoalan baginya tentang Hara. ‘Hara gadis misteri…’
Seminggu sudah berlalu. Sejak hari itu, kelibat Hara langsung tidak kelihatan di mana-mana. Kadang-kadang Gi Kwang tercari-cari akan Hara. Hari ini sekali lagi dia berjalan pulang ke rumahnya. Dia ingin berjalan melalui hadapan rumah Hara. Teringin sekali dia berjumpa dengan gadis yang telah mencuri hatinya itu.
Keputusannya hampa. Rumah Hara kelihatan sunyi seperti tidak berpenghuni. Dia berdiri tercegat di hadapan rumah tersebut. Tiada respon setelah berkali-kali dia menekan loceng rumah. Dia pulang dengan perasaan hampa.
Malam itu, dia susah untuk tidur. Matanya terasa segar, langsung tidak mengantuk. Entah mengapa, wajah Hara sentiasa bermain-main di mindanya. Setelah hampir dua jam dia berbaring di atas katil empuknya, barulah dia lena dibuai mimpi.
Malam itu juga, dia didatangi satu mimpi. Mimpi yang sama seperti sebelum ini. Di taman, kelihatan seorang gadis yang cuba melarikan diri darinya. Tetapi kata-katanya kali ini sedikit berbeza, “Gi Kwang, I’m sorry. Masaku dah makin dekat. Tolong buang perasaan cintamu padaku. Tolong lupakan aku…” Belum sempat Gi Kwang mengecam wajah gadis itu, tiba-tiba pandangannya menjadi samar-samar. Lalu dia terbangun dari tidurnya. ‘Mimpi apa pula ni!’ Dia terasa geram.
Hari ini, masih hampa. Hara masih belum kelihatan pada pandangannya. “Tutt..tutt…,” sekeping mesej masuk ke telefon bimbitnya. “Gi Kwang, let’s meet tonight. I will wait infront of your house.” Gi Kwang terkejut menerima mesej itu. Setelah berminggu-minggu Hara tidak kelihatan, tiba-tiba mahu berjumpa dengannya malam ini. Gi Kwang terasa berdebar, resah pun ada. Tidak sedap hati. ‘Apakah yang akan berlaku malam ni?’
Seperti yang dijanjikan, Gi Kwang menunggu penuh harapan di ruang tamu rumahnya. Dia menunggu loceng rumahnya ditekan. Belum sampai 15 minit, “Ding! Dong!” Gi Kwang terkejut. Tiba-tiba dadanya berdegup kencang. ‘Hara?’ Dia berbisik dalam hati. Tanpa berlengah dia bangun dan menjenguk di tingkap rumahnya. Ternyata sangkaannya benar. Cepat-cepat dia membuka pintunya lalu menuju ke arah Hara yang telah pun menunggunya di luar.
“Hara?” Hara hanya tersenyum. Di wajahnya terpamer keresahan dan kesedihan. “Apa yang dah berlaku, Hara?” “Awak sepatutnya tanya apa yang akan berlaku…,” senyuman manis Hara mulai pudar. “Eehh?” Hara tersenyum kembali melihat wajah Gi Kwang yang tercengang. “Sebenarnya saya datang cuma nak bagi buku ni…,” kata Hara sambil menghulurkan sebuah buku kepada Gi Kwang.
“Buku apa ni?”
“Diari saya…”
“Diari? Buat apa bagi diari awak kat saya? Bukankah diari tu buku private seseorang?”
“Dalam tu ada tentang semua kisah hidup saya. Awak pernah kata yang awak nak tahu pasal saya, dalam tu ada semua jawapannya. Saya sarankan awak baca pada esok pagi. Sebab malam ni mungkin awak tak banyak masa untuk baca semuanya.”
“Err…terima kasih…”
“Maaf, saya kena pergi sekarang. Annyeong..” Hara berjalan pergi darinya. Entah mengapa, Gi Kwang hanya melepaskan Hara begitu sahaja. Terasa aneh. Kini tumpuannya tertarik pada diari milik Hara itu. Dia meneliti diari itu sambil berjalan masuk ke rumahnya.
Dia mengikut saranan Hara supaya membacanya pada keesokannya. Tanpa berfikir panjang, dia meletakkan diari tersebut lalu melelapkan mata di atas katil empuknya.
“Kringggg! Kringggg!” Bunyi jam loceng Gi Kwang mula memecah suasana. Jarum jam menunjukkan waktu pukul 7.00 pagi. Tanpa membuang masa, dia bangun lalu berjalan ke bilik air untuk mengurus diri. Sesudah selesai pengurusan diri, matanya tertaut pada diari yang diterimanya malam tadi di atas meja. Dia mengambil diari tersebut. Dengan tenang dia duduk di atas katil dan perlahan-lahan membuka dairi tersebut. Dengan tenang dia membaca.
“Hari ini kurasakan dunia sangat kejam. Kebahagianku telah dirampas. Kemalangan ngeri yang telah meragut nyawa ibu bapaku tidak dapat kulupakan. Kini aku tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini. Bagi seorang anak tunggal seperti aku. Pastinya aku akan kesunyian untuk menghadapi hidupku yang bakal aku lalui. Nampaknya aku harus lalui semua cabaran dan dugaan hidup bersendirian.”
“Hari ini aku temui seseorang. Seseorang yang telah menjanjikan kebahagiaan hidupku.Seorang lelaki yang akan menemaniku seumur hidupku…”
“Sekali lagi dunia merampas kebahagiaanku, lelaki yang telah berjanji untuk menjadi pasangan hidupku, telahpun pergi meninggalkan aku bersama teman wanitanya yang baru. Hatiku hancur. Semua kenangan manis kami, semuanya bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri bagiku. Mulai hari ini, aku tekad untuk tidak bercinta lagi…”
Air mata Gi Kwang mula mengalir. Terasa sebak di dada. Sungguh perit rasanya kalau berada di tempat Hara. Sebatang kara hidup di dunia. Kebahagiaannya dirampas berkali-kali. Kemudian, dia menyambung pembacaannya.
“Hari ini, berhijrah ke suatu tempat yang baru, meninggalkan tempat asalku, demi melupakan segala kenangan pahitku. Aku akan masuk ke pusat pengajian yang baru.Aku akan tinggal di rumah ibu saudaraku yang telah lama ditinggalkan ….”
“Hari ini aku bertemu seorang jejaka. Terasa rapat dengannya biarpun baru pertama kali berjumpa. Di perpustakaan, tempat pertemuan pertama kami. Di hadapan rumahku sendiri, pertemuan kami yang kedua. Gi Kwang…”
“Hari ini, Gi Kwang meluahkan perasaannya padaku. Sungguh tidak sangka bahawa dia akan mengucapkan kata-kata cinta padaku. Ingin sekali aku membalas cintanya. Namun, apakan daya, aku tidak mahu mengecewakannya sepertimana aku dikecewakan dahulu. Lagipun, aku belum bersedia untuk bercinta lagi. Maka, aku tinggalkan dia…”
“Mulai hari ini, aku tidak akan datang ke kuliah lagi. Aku ingin menjauhkan diri daripada Gi Kwang. Aku ingin dia lupakan aku. Aku tak mahu dia akan lebih kecewa jikalau aku menolak cintanya….”
Pagi itu, semua persoalan yang bermain-main di mindanya kini terjawab. Hatinya tersentuh. Ternyata, bukan semudah itu bagi Hara untuk menolak cintanya. Semua yang dilakukan Hara adalah bersebab. Sebab itulah dia bagi pandangan Gi Kwang, Hara merupakan seorang gadis misteri. Hidupnya penuh cabaran. Kacau bilau! Terasa simpati menusuk kalbunya.
“Malam ini, akan aku serahkan diari ini kepada Gi Kwang, satu-satunya orang yang paling aku percayai sekarang. Akan aku titipkan amanah kepadanya pada diari ini untuk dijaga apabila aku sudah tiada lagi di dunia ini, apabila rohku akan bercerai dari jasadku, apabila nyawaku dicabut malaikat maut…”
Terasa gerun menyelubungi dirinya. ‘Apa maksud semua ni?!’ Pembacaannya kini sampai ke muka surat terakhir yang ditulis Hara.
“Dear Gi Kwang, masa awak baca diari ni, mungkin saya dah tak ada kat dunia ni. Jangan cari saya lagi. Tolong lupakan saya. Tolong jaga diari ni baik-baik. Jagalah diari ini sebagaimana awak nak jaga saya sebagai cinta awak…”
Terus Gi Kwang menutup diari itu. Dia tidak sanggup. Air matanya kini mengalir deras. Sudah tidak dapat ditahan esakannya. Anggota badannya serta-merta menjadi lemah bagai semua tenaganya telah disedut keluar dari badannya. Diari milik Hara itu terlepas dari tangan Gi Kwang. Dilihatnya, sekeping foto keluar dari buku tersebut. Nampaknya Hara telah memberikan sekeping foto miliknya sebagai kenangan. Gi Kwang mengambil foto tersebut lalu ditatapnya.
Kemudian dia mencapai diari yang jatuh itu lalu menatapnya, “Fiction of Hara” Dia mencapai sekeping kertas dan sebatang pen lalu menulis surat kepada Hara biarpun Hara tak akan dapat membacanya.
“Hara, akan aku jaga diari ini sehingga akhir hayatku.
I still can’t forget you
I still can’t trust everything
Even today I can’t send you away like this
I will rewrite it again, our story will not end
I will bury fact that reality is seeping into my skin for now
I rewrite it once again, the start beginning with you and I smiling happily
In case you will leave me, the background is a small room without an exit
I kiss you as if there is nothing wrong
I can’t leave your sweet presence
There is no such thing as an end for us”
-The End –
Read more...